"Usah kau berpura pura kita bahagia.
Aku tahu kau takut tapi jangan bimbang,
Sudah terbukti,
Dalam reminisensi aku 'kan hilang."Reminisensi - Insomniacks
"Kenapa?"
Aku menahan keluhan. Usia hubungan ini belum sampai sebulan. Kami masih dalam fasa mengenali hati budi satu sama lain. Tapi bukan ini caranya untuk melupakan masa laluku. Aku tak mahu mempergunakan kebaikan hati sesiapa. Cara itu hanya akan memerangkapku dalam serba salah.
"I thought you're happy with me." Tuturnya perlahan, kecewa.
"I am happy, Eric." Aku memaksa senyuman. "But happy isn't enough. I... tak suka you. I mean, I don't love you."
"Tapi you boleh cubakan?"
Ya. Aku juga pernah mengungkapkan hal yang sama kepada diri sendiri tapi realitinya, mustahil.
Masuk akalkah berusaha untuk merasakan cinta? Bukankah cinta seharusnya datang dengan sendirinya?
"I'm sorry."
"Bukan sebab dia ke? Bukan sebab you masih suka Helios?"
Itu bukan satu-satunya sebab mengapa. Aku nak cari diri aku. Diri aku yang sebenarnya. Yang menyorok entah di mana.
"I datang jumpa you bukan sebab nak bagitahu pasal ni je."
Aku menarik keluar sepucuk surat dari dalam beg tanganku dan aku sorong ke arahnya. Dia mengambilnya dan mengeluarkan surat dari dalam sampul putih. Isi surat tersebut dia baca dan air mukanya berubah serta-merta.
"Apa ni?"
"Surat berhenti kerja."
"Exactly." Eric meletakkan surat tersebut ke atas meja. "I get it, you want us break up, okay. Okay I boleh terima. Tapi takkan sampai nak berhenti kerja?"
"I suka kerja kat sini tapi ni bukan tempat I. I belajar bisnes, I nak kerja dalam bidang yang sama. Itu minat I. This? This isn't."
Eric mengurut perlahan dahinya. Setelah lama berdiam diri, dia menghembus keluhan panjang.
"Fine. Fine I takkan halang you tapi I ada kerja terakhir untuk you."
"Apa dia?"
"You tahukan Helios akan perform kat award show malam ni? I want you to be his manager."
Keluhan sinisku pecah. "Kenapa? Is this some sort of balas dendam sebab I—"
"I tak adalah sampai nak berdendam." Cantas Eric. "I just—think you'd want to watch his performance.
Kalau itu syarat untuk dia melepaskan aku...
"Fine. Ada apa-apa lagi ke?"
Eric menggeleng.
"I pergi dulu."
Aku bangun dan berpaling darinya. Langkah demi langkah sehinggalah aku keluar dari ruang kerjanya. Butang lif aku tekan. Mata aku pejam seketika. Teringatkan aku perlu bersemuka dengan Helios setelah apa yang berlaku tempoh hari, membuatkan aku lebih tertekan.
Mata aku buka semula dan pantulanku pada lif aku pandang. Wajahnya serupa denganku. Hanya sedikit berbeza dengan aku yang dulu kerana dimakan usia. Tapi perbezaanya dulu dan sekarang tidaklah ketara mana. Tapi mengambil masa untuk aku mengenali wajah sendiri.
Aku pernah cakap, aku memilih untuk tak berubah agar satu hari nanti, takdir kita bersilang dan kau masih mengenaliku. Tapi dalam tak sedar, Bunga yang dulunya mekar semakin layu dan lemah.