Bab 10

280 39 0
                                    

"Even if I'm exhausted with regret at times,
We were together during those hard times."

Someday - Huh Gak

Kejut dari lena, perkara pertama aku sedari ialah kegelapan. Cahaya yang menerobos masuk dari langsir agak malap. Memikirkan fajar belum tiba, aku memutuskan untuk melelapkan mata buat lima minit lagi. Aku memandang jam dinding sekilas dan menutup mata. Baru pukul 7 pagi.

Eh, kejap. 7 pagi?!

Aku bingkas bangun. Mata celik. Aku memandang sekelilingku dan menyedari semalam aku tertidur pada sofa setelah mengadu pada Hani. Tangan aku panjangkan. Menyelak kain langsir. Patutlah rumah gelap. Langit kat luar pun gelap, mendung semacam.

"Hani?"

Aku memandang pintu bilikku yang sedikit terkuak. Apabila dia tak menyahut, aku menolak selimut ke tepi dan menghampiri bilik tidurku. Pintu aku tolak dan aku menjengah ke dalam. Hani tak kelihatan.

"Hani?"

Pintu bilik mandi pula aku ketuk. Tiada bunyi air yang mengalir. Juga tiada sahutan dari dalam. Ke mana pula perginya budak ni?

Telefon pada meja kopi aku capai. Berhasrat untuk membuat panggilan hanya untuk menyedari dia meninggalkan mesej untukku sebelum pergi. Katanya dia keluar sebentar untuk membeli sarapan pagi. Aku menghembus nafas lega. Hujung mataku menangkap satu mesej yang belum dibuka. Penghantarnya nombor yang aku tak kenali.

"This is notice. You have been accepted as junior artist manager in Klef..." Aku terkebil-kebil, membaca mesej itu berulang kali.

Pintu rumah dibuka tapi perhatianku tetap pada skrin telefon.

"Eh, dah bangun?"

Hani meletakkan plastik berisi nasi lemak yang dibalut dengan daun pisang ke atas kaunter dapur yang terletak bersebelahan pintu masuk. Beg dia turut letakkan sebelum menghampiriku.

"Hani."

"Hah? Kenapa?"

"Aku dapat masuk."

"Hah?" Hani mengambil telefonku. "Blablabla... accepted... junior artist manager... BUNGA!" Dia menekup mulut.

Setelah sekian lama tak mengukirkan senyuman atas kegembiraan, akhirnya hari ini tiba. Tawaku pecah kerana keterujaan yang tak dapat aku bendung. Aku dan Hani saling berpegang tangan dan meloncat keriangan tanpa mempedulikan jiran di aras bawah. Jeritan nyaring kami.

"Eh, tapi kejap, kejap!" Hani meneliti semula pesanan ringkas itu. "BUNGA! Kau biar betul?!"

"Kenapa?"

"Mesej ni tiga hari lalu kut! Kerja kau start hari ni!"

"HAH?!"

"Start pukul 9."

"HAH?!"





Hujung skirt aku perbetulkan. Pantulanku pada cermin pintu bangunan yang menempatkan syarikat penerbitan lagu-lagu hits Malaysia abad ke-21 itu aku renung. Memeriksa penampilanku buat kali terakhir sebelum masuk ke dalam. Setibanya aku di situ, seorang gadis berpakaian formal menyapaku.

"Boleh saya tahu cik cari siapa?"

"Er... saya Bunga. Saya pergi interview hari tu."

"Oh!" Dia tertawa manis. "Saya dah dapat notis pasal Cik Bunga. Boleh tunggu sekejap?"

"Oh, okay." Aku mengangguk. "Er... kalau boleh tak payahlah panggil cik-cik ni. Panggil Bunga pun cukup."

Dia mengangguk. "Kalau macam tu, boleh panggil saya Ain."

"Ain." Aku melontarkan senyuman, salam perkenalan.

Kalau nasibku baik, aku mungkin akan bekerja di sini untuk satu jangka masa yang lama. Alang-alang dah satu tempat kerja, baik panggil nama je terus. Lagipun, aku budak baru. Maksudnya dia ada senoriti ke atasku. Tak perlulah formal sangat.

"Bunga?"

Aku menoleh.

"Jasmine?"

Gadis yang memakai kot putih dipadankan dengan kemeja merah di dalam itu tersenyum memandangku. Tak seperti layanan terhadap pekerja baharu yang lain, dia malahan memelukku seperti kawan lama.

"Kau apa khabar?" Soalnya setelah pelukan kami terlerai.

"Okay. A-Aku okay." Aku tertawa, masih terkejut dengan kemunculannya. "Kau buat apa kat sini?"

Jasmine menunjukkan kadnya. Tertulis 'Manager' di bawah sekeping gambar berukuran passport dengan wajahnya. Maksudnya... aku junior artist di bawah naungannya?

"Jom. Aku kenalkan kau dengan yang lain."

Aku mengangguk. Setelah mengucapkan terima kasih kepada Ain, aku dan Jasmine menaiki lif yang membawa kami ke aras 7 bangunan itu. Mujurlah aku tak gayat orangnya. Kebetulan pula dapat meja bersebelahan tingkap yang menayangkan lanskap bandaraya Kuala Lumpur.

"Attention, attention!" Umum Jasmine dengan nada bergurau, membuatkan semua kepala menoleh ke arah kami. "Hari ni kita ada pekerja baru."

"Hai. Saya Bunga. Junior artist manager."

"Hai Bunga!" Seorang jejaka yang berpakaian kasual menghampiri kami dengan secawan kopi di tangan. "Bunga yang ni dah dipetik ke belum?" Soalnya berkias.

Jasmine memandangku dengan alis dijongketkan. Turut tertanya soal itu. Aku menggaru kepala, tak tahu jawapan yang tepat bagi soalan itu.

"Dah, dah! Kau tak payah nak menggatal pula eh?" Faham akan keadaanku, Jasmine bersuara. "Pergi sambung kerja!"

"Isy!" Jejaka tadi beredar dengan mulut muncung sedepa.

"Itu Kamil. Kau tak payah layan sangatlah dia tu. Memang miang orangnya." Bisik Jasmine. "Anyway, ini meja kau tapi most of the time, kitorang tak guna pun meja sebab ke hulu hilir urus artist. Selalunya duduk kat sini untuk bergosip je." Dia tertawa kecil.

"Oh, okay."

"Jom kita pergi makan kat kafe."

"Hah?"

Aku baru je mula kerja. Takkan dah nak curi tulang?

Melihat reaksiku Jasmine tertawa lagi. "Rileklah. Aku tak ada kerja lagi nak bagi kat kau."

"Oh."

Terlupa pula aku akan bekerja di bawah Jasmine.

Tanpa berkata apa, aku membuntutinya ke aras tiga bangunan di mana kafeteria untuk para pekerja ditempatkan. Agak luas tempatnya. Sesuailah dengan bilangan pekerja di syarikat besar seperti ini.

Sesampainya kami di kafeteria, Jasmine mengisi pinggannya dengan roti bakar dan jem serta secawan kopi sementara aku hanya mengambil jus oren yang dihidangkan. Kami memilih meja secara rawak memandangkan tak ramai pekerja yang bersarapan pagi.

"So, kau single lagi tak?"

"Hah?"

Jasmine meletakkan roti bakarnya ke bawah dan menghirup kopi hangatnya sebelum kembali memandangku. Alis dijongketkan. Lama terputus hubungan, sepertinya Jasmine masih orang yang sama. Orang yang takkan mengaku kalah sehinggalah dia dapat jawapan yang memuaskan.

"Ha'ah. Single lagi." Aku mengaku kalah.

"Kenapa? Belum move on lagi ke?"

"Amboi, mulut kau ni! Dari dulu sampai sekarang, memang tak ada tapiskan?"

Jasmine tertawa. Itulah Jasmine. Jujur tak bertempat orangnya. Apa yang terlintas dalam fikiran, semua disembur keluar.

"Tapi aku dah agak dah benda ni jadi. Cuma tak sangka pula bertahun."

"Maksud kau?"

"Kau tak boleh move on."

Aku bersandar pada kerusi. "Macam mana kau tahu? Kau psikik ke?"

"Masa mula-mula korang break up, I think it's going to be easy for you to move on. Tapi lepas korang get back together..." Jasmine menggelengkan kepala.

Aku membuang pandangan jauh ke bangunan-bangunan yang setara dengan aras kami berada. Hanya keluhan sinisku kedengaran.

Sun's FlowerWhere stories live. Discover now