Bab 15

261 38 2
                                    

"Every time that I see you, you're stealing my heart. Every moment I share with you like I'm living in a dream."

The Moment - DMEANOR


Ini termasuk kali ketiga aku meninggalkan meja kerja dan bergerak ke bilik air. Hujung gaun bermotifkan flora aku tarik ke bawah agar menutup buku lali. Bibir merah muda aku calit dengan gincu agar tak kelihatan pucat di hadapannya nanti. Kedudukan shawl juga aku betulkan agar simetri.

Nafas aku tarik sedalamnya dan wangian bunga lavender dari pewangi yang menyembur setiap lima minit itu sedikit, sebanyak menenangkan aku yang gemuruh. Puas dengan penampilanku, aku kembali ke meja kerjaku. Namun setibanya aku di ruang pekerja, mereka sedang berhibur dengan gelak ketawa.

Di hadapanku, ada jejaka yang memakai t-shirt hitam dipadankan dengan celana jeans dan Jasmine berdiri di samping sebagai pengurusnya. Mereka sepertinya belum menyedari kehadiranku dan aku juga terlalu gemuruh sampaikan kotak vokal tak mengeluarkan suara.

"Saya Helios, penulis dan penyanyi lagu Matahari. Ini first day saya as a singer under Klef and..." Dia melirik Jasmine, berharap pengurusnya itu akan mencelah kerana dia kehabisan kata.

Jasmine tertawa kecil sebelum maju selangkah ke hadapan. Helios menghembus nafas lega. Bahunya tak lagi setegang tadi. Membiasakan diri sementara Jasmine memperkenalkan staf yang ada kepadanya. Setiap nama yang disebut, dia mengulangi nama-nama itu dengan perlahan. Berharap nama-nama mereka takkan gugur dari ingatannya.

"Eh, Bunga! Buat apa kat situ?" Kamil orang pertama yang menyedari kehadiranku.

Mereka semua menoleh ke arahku. Tak seperti mereka yang hanya mengerlingku sekilas pandang, Helios tak putus memandangku. Dengan teragak-agak, dia mengukirkan senyuman yang membasuh segala perasaan negatif yang aku rasakan saat itu. Langkah aku buka, keluar dari bayangan.

"Hai." Sapaku, hampir tak kedengaran.

"Hai." Balas Helios.

Kami saling bertatapan dan bunga yang aku sangka telah lama layu kembali mekar di taman. Hormon Oxytocin, Dopamine dan Serotonin mengalir laju dalam badan. Membuatkan aku terasa seolah-olah sedang terapung di udara.

"Eh, kejap!" Kamil menyampuk. "Kalau Jasmine dengan Bunga ex-classmates, Jasmine dengan Helios pun ex-classmates, maksudnya korang berdua dah lama kenallah?" Kamil menuding ke arahku dan Helios bersilih ganti.

"Er..." Aku terkebil-kebil.

"Kalau dah lama kenal, kenapa kelmarin you lari bila nampak Helios?" Tambah Kamil lagi.

"Er..."

"Dah, dah! Banyak tanya pula!" Jasmine menyampuk dan menyelamatkan keadaan. "Bunga, Helios, how about kita pergi kafe dulu and talk about work over there?"

Kerja. Aku hampir terlupa aku datang ke sini untuk kerja.

Bersetuju dengan cadangan Jasmine, kami bertiga turun ke aras tiga di mana kafe khas untuk para pekerja berada. Sepanjang perjalanan, Helios diam tak bersuara. Jasmine pula menuding ke kiri dan kanan, memperkenalkan tempat-tempat yang ada dalam bangunan itu kepada Helios. Sementara itu, aku diam-diam mengikuti mereka dari belakang.

Sun's FlowerWhere stories live. Discover now