"I think I'm tired.
I think I'm blind.
Don't know how to feel,
Don't know how to heal."Things I Do For Love - Sunnee
"Eh?"
Hani menanggalkan headphone yang dia kenakan. Lagu hits dari Korea Selatan sayup-sayup kedengaran. Dia mengangkat kerusinya, duduk berdekatanku. Mencuri pandang skrin telefonku.
"Kenapa?"
"Aku try call Helios tapi dia tak angkat."
Hani mengeluh kuat. Sudah masak dengan rungutanku yang rata-ratanya hanya tentang Helios.
"Dia busylah tu!" Balas Hani.
"Tapi..." Aku menyerahkan telefonku kepadanya. "Aku tak jumpa account Facebook dia."
"Hah?"
Hani mengembalikan telefonku dan mencapai telefonnya. Jari menaip pantas nama akaun Helios di laman media sosial itu dan mendapat keputusan yang sama. Tiada sesiapa dengan nama akaun itu berdaftar dengan aplikasi tersebut.
Tak berpuas hati, aku merampas telefonnya dan mendail laju nombor telefon Helios yang sudah aku hafal. Jawapannya tetap sama. Hanya suara operator wanita yang berbicara. Juga mengatakan sepuluh digit itu tak berdaftar dengan talian mereka.
"Dia deactivate account dia ke? Dengan nombor telefon dia sekali?" Tanya Hani.
Kalau tadi panggilan telefon Hani dapat menembusi, maksudnya dia hanya menyekatku tapi memandangkan panggilan dari kedua-dua telefon kami tak dapat menembusi...
"Korang gaduh ke?"
Aku menggeleng kepala. Masih cuba memproses apa yang sedang berlaku.
"Tadi korang balik sama-samakan? Dia tak ada cakap apa-apa ke?"
"Tak. Alif cakap dia lepak dengan Rowan, dengan Lutfi. So aku balik dululah."
"Oh."
Hani menggaru kepala. Sama-sama bingung dalam situasi ini.
"Kau ada buat salah kat dia ke? Cuba fikir betul-betul."
"Mana ada. Kitorang dah lama tak gaduh. Kalau nak gaduh pun, dia selalu ajak slow talk sampai aku tenang."
Hani mengetap bibir. Kaki digoyangkan.
"Kalau sampai deactive accounts semua ni, aku rasa... korang akan gaduh teruklah."
Aku memejam mata. Menghembuskan keluhan dengan Hani mengusap perlahan belakangku. Apa pula salah aku kali ni?
Belakang aku sandarkan pada dinding. Berdiri tak jauh dari lif bangunan fakulti. Menurut mereka, Helios belum kelihatan. Jadi aku memutuskan untuk menunggunya di lobi.
Suara garau membuatkan aku menoleh. Dari kejauhan, Helios, Rowan dan Lutfi mengatur langkah ke arahku. Sementara Rowan dan Lutfi sibuk berbual, Helios diam tak bersuara dengan pandangannya dilontar jauh ke hadapan.
Aku tak dapat menahan diri dari memandangnya dari atas ke bawah. Rambut yang kebiasaanya disikat rapi dibiarkan tak terurus. Kemeja yang dia kenakan kusut. Tali kasut juga tak diikat. Begitu berbeza dengan penampilan hariannya.
"Helios—"
Dia menepisku kasar. Butang lif ditekan dan dia masuk ke dalam. Lutfi lalu di hadapanku dengan senyuman sinis tertampal di bibirnya.
"Korang naiklah dulu. Aku nak pergi toilet kejap."
Helios mengangguk dan menekan butang tutup.
"He—"
"Bunga." Rowan menghentikanku.
Pintu lif tertutup rapat dan sudah terlambat untuk menghentikannya dari berlalu pergi. Aku memandang Rowan kesal. Kalau bukan sebab dia—
"Aku nak cakap pasal Helios kejap."
Pintu lif aku pandang sekilas sebelum akur dan mengikuti Rowan dari belakang. Dia membawaku ke ruang legar terbuka yang terletak di tengah-tengah bangunan. Aku melabuhkan punggung pada bangku taman yang disediakan.
"We saw you."
Alisku bertaup.
"Kelmarin kau balik dengan Alif, kan?"
Aku mengangguk. Alih-alih, mataku membulat. Akhirnya memahami situasi ini.
"Aku dengan Alif tak ada apa-apalah! Kelmarin, aku—aku nak balik dengan Helios tapi Alif cakap korang nak keluar, pergi lepak. Kebetulan pula Alif pun nak tunggu bas. So kitorang jalanlah sama-sama."
"Hm. Aku tahu kau dengan Alif tak ada apa-apa tapi Lutfi cakap—"
"Dia cakap apa lagi?"
Rowan mengeluh.
"Dia cakap dia selalu nampak kau dengan Alif keluar sama-sama."
"Dia cakap macam tu? Depan Helios?" Tawa sinisku pecah. "Aku tak fahamlah! Dari awal lagi dia burukkan aku depan Helios. Reka cerita semata-mata nak buat aku nampak buruk depan Helios. Dia nak apa sebenarnya? Aku ada buat dia tersinggung ke? Kenapa dia benci sangat kat aku?!"
"The problem is—" Rowan berdiri menghadapku. "Dia tak benci kau. Dia suka kau."
"Suka aku? Cuba kau cakap, siapa je perempuan kat kampus ni yang dia tak suka? Kalau dia suka aku sekali pun, takkan dia nekad sangat nak rosakkan relationship aku dengan Helios?"
Rowan menjongket bahu. Juga pening memikirkan kelakuan buruk rakannya itu.
"Helios pun satu! Dia sendiri cakap kat aku yang Lutfi memang macam tu. Suka sangat jadi batu api tapi tengoklah sekarang! Dia juga yang percaya cakap Lutfi!" Aku menghela nafas panjang, cuba untuk menenangkan diri sendiri tapi berakhir dengan esakan. "Dia cakap aku selalu keluar dengan Alif? Apa dia ingat aku ni perempuan murahan ke nak keluar dengan semua lelaki?"
Rowan menarik keluar sehelai sapu tangan yang dia lipat kemas dalam begnya kemudian dihulurkan kepadaku. Dia duduk di sebelahku.
"So, kau nak buat apa? Nak break up lagi ke?"
"Aku tak tahu."
Aku mengesat air mataku tapi masih ada yang bersisa. Aku berputus asa dan membiarkannya saja lalu bangun dari bangku taman yang kami kongsi itu.
"Thanks Rowan sebab beritahu aku."
"Hm." Dia mengangguk.
"Aku pergi dulu."
Aku dikejutkan oleh Rowan yang meraih pergelangan tanganku. Menyedari kelakuannya, dia melepaskanku.
"Kenapa?" Soalku.
Rowan menatapku lama tanpa bersuara. Ada sesuatu yang dia ingin sampaikan tapi mungkin kerana masanya belum tepat, dia akhirnya menggelengkan kepala. Membiarkan aku pergi dan meninggalkannya sendirian di situ.