Bab 7

332 41 5
                                    

9 Tahun Lalu...

"Bunga?!"

"Oh mak kau!" Aku terbeliak.

Hani, rakan sebilikku tertawa sambil menggelengkan kepala. Dia beralih ke meja belajarnya yang diletakkan bersebelahan denganku. Kerusi ditarik perlahan dan punggung dihenyakkan. Salinan nota diletakkan ke atas meja.

"Aku tengok kau ni asyik tidur je tapi exam performed." Keluhnya.

Bahu aku jongketkan. Aku pun tak tahu nak jelaskan macam mana. Anggap jelah anugerah Tuhan sebab berbakat dalam pelajaran. Tapi itulah, kalau setakat berbakat dalam pelajaran je tapi bab-bab lain ke laut, tak boleh juga.

Hani membelek notanya dan menarik keluar koleksi pen highlighter dari dalam laci. Suka tengok nota dia. Warna-warni. Siap ada lukisan kartun dengan kata-kata motivasi lagi. Sementara notaku pula, pen biru dan hitam. Lukisan pula... awan berkepul-kepul. Dah itu je yang aku reti lukis.

"Lusa paper apa eh?" Soalku.

Hani menyanyi kecil sambil menggoyangkan kepalanya mengikut rentak lagu yang bermain di headphone yang dia kenakan. Aku memanjangkan tangan, mahu memanggilnya. Alih-alih, aku teringatkan sesuatu.

"Kalau kau nak tahu kau suka dia ke tak, cubalah rapat-rapat dengan dia. Chat dia ke?" Suara Jasmine terngiang-ngiang di telingaku.

"Kenapa?" Hani membawaku kembali ke realiti.

Aku melihat tanganku yang terletak pada bahunya. Laju-laju aku menarik tanganku. Kepala aku gelengkan. Hani mengangguk dan memakai semua headphone berwarna merah itu. Menyambung nyanyiannya.

Telefon aku keluarkan dari dalam laci. Membuka ruangan bual kelas dan mencari nama yang bermula dari huruf H. Hanis, Hannah... Helios. Satu-satunya nama jejaka yang bermula dari huruf H itu aku tekan. Ruang bual kami kosong. Tiada sejarah perbualan.

Aku memejam mata seketika dan menarik nafas dengan dalam sebelum mengetik pembuka bicara.

Aku: Helios?

Er... macam tak sopan je. Sepatutnya aku bagi salam dulu. Jari pantas menaip salam. Belum sempat menyudahkan satu perkataan itu, dia membalas.

Helios: Aah

Aku: Bunga ni

Dia... tahu nama akukan?

Helios: Tahu

Aku menggigit bibir. Mengetik, memadam, mengetik dan memadamnya lagi.

Helios: Kenapa Bunga?

Aduh, nak cakap apa ni? Aku meneguk liur. Kecut perut. Tak sangka ini reaksiku kali pertama menyapanya dahulu.

Aku: Nak minta jadual exam

Helios: Ooh. Okay kejap

Tangan membeku memegang telefon. Degupan jantung bertambah laju seiring dengan saat yang berlalu. Seakan-akan mulai hilang kewarasan akal. Aku gementar. Lebih gementar dari hari pertama berjauhan dari keluarga.

Helios sent you a photo

Helios: Nah

Bunga: Thanks

Tanda hijau malap dan dia hilang dari ruang bual. Aku merenung mesej terakhir yang aku hantar. Telah dibuka dan dibaca tapi tak dibalas. Mungkin... dia ada hal mendadak. Ah, lagipun ucapan terima kasih je. B-Buat apa dia nak balas? Balas dalam hati pun cukuplah.

Sedang aku berperang dengan diri sendiri, telefonku berbunyi lagi. Menyangka itu mesej dari ruang bual kelas, aku membukanya dengan keluhan. Tiba-tiba—

Sun's FlowerWhere stories live. Discover now