"It's wrong to love you.
I'll just stand quietly next to you.
So that you won't notice.
So that he won't misunderstand."My Turn - Park Won
Hujung minggu, hari yang aku nantikan tiba jua. Setelah berminggu aku bekerja tanpa henti, akhirnya aku dapat menikmati hari cuti. Seharian aku hanya duduk (terkadang berbaring) di hadapan TV, melayan drama-drama Korea yang sedang mencipta nama di seluruh dunia. Ini semua salah Hani. Dia yang menjebakku ke dalam dunia Korea ini.
"Kejap, kejap! Maksudnya, drama ni sad endinglah?"
Hani mengeluh panjang. Sambil melayan drama, aku juga berada di talian dengan Hani.
"Kau ni banyak tanyalah! Tengok jelah!"
"Alah, bagilah spoiler sikit! Kau ni kedekutlah!" Balasku sambil memicit keluar coklat Choki-choki pada keropok Bika perisa ayam dan menyuapnya ke dalam mulut. Kombinasi yang aneh tapi lazat. "So, lelaki ni matilah?"
"Eh, orang lain bila layan drama, tak nak spoiler! Yang kau ni beriya sangat nak spoiler kenapa?" Rungut Hani di hujung talian.
"Aku tak sukalah suspen-suspen ni. Buat stress je."
"Kalau macam tu, baik tak payah tengok drama genre thriller!"
"Eh, suka hati akulah!" Getusku. "So, dia mati ke tak?"
"Iya! Mati! Arwah!"
"Innalillahwainnalillahirojiun." Aku menggelengkan kepala. "Handsome macam ni pun boleh mati."
"Kau ingat orang handsome ni kebal, hidup tak mati sampai bila-bila ke? Tolong sikit. Tuhan tak pilih kasih macam kau tahu? Handsome sikit, terus bagi layanan istimewa!"
"Diamlah!"
Aku mencebik. Suka-suka mengata orang. Yang dia pun dua kali lima, lima kali—
"Eh, by the way, kau dah tengok MV Matahari ke?"
"Matahari?"
"Helios."
"Oh." Aku menggeleng kepala meski Hani tak dapat melihatku. "Belum lagi. Kenapa?"
"Aku bukanlah apa. Selama ni aku dengar cerita pasal korang dari mulut kau je. So I only know from your point of view. Honestly, Helios yang kau cerita selama ni... well, anggap jelah dia memang lelaki sampah. Sampah pun rasa terhina sebab kena banding dengan dia."
Aku tak dapat menahan tawa. Hani kalau dah mengata orang, bukan main tajam lagi kata-kata dia.
"Tapikan Bunga, lepas aku tengok MV dia, sorry to say this but I don't think he's that bad."
"Maksud kau?"
"Bukan aku nak cakap selama ni kau tipu aku. Bukan macam tu. It's just that, dalam MV tu, aku dapat tengok cerita dia. His point of view and now, aku faham kenapa dia buat apa yang dia buat."
"Oh."
"Bunga. Aku rasa kau patut tengoklah."
"Nanti aku ada masa aku tengoklah." Balasku acuh tak acuh. "Eh Hani. Dah lewat ni. Aku hang up dulu."
"Hm."
"Bye-bye. Assalamualaikum."
"Waalaikumussalam."
Talian dan TV aku matikan. Aku bangun dari sofa. Pembungkus keropok dan coklat aku sumbat masuk ke dalam tong sampah bersama tisu bersalut hingus. Usai mengemas ruang tamu, aku duduk semula pada sofa. Setengah jam berlalu dan kata-kata Hani masih terngiang-ngiang di telinga. Akhirnya aku mengetepikan ego dan menaip Matahari di ruang carian. Sekelip mata, hasil terpampang.
Video aku tekan. Petikan gitar menyapa lembut gegendang telinga. Babak berganti babak. Aku semakin hanyut. Dalam tak sedar, kaca dalam mata jatuh mengalir pada pipi. Meski pelakon wanita dalam video itu bukanlah aku dan pelakon lelaki itu bukanlah dia, jalan cerita mereka berasa begitu dekat denganku dan aku melihat aku dan dia di tempat mereka.
Hampir lima minit kemudian, video sampai ke penghujungnya. Alunan piano dihentikan dan aku duduk dalam ruang yang penuh dengan esakanku. Sepuluh digit aku dail. Dua kali deringan dan panggilan dijawab.
"Kau kat mana?"
Kedinginan malam menyelimuti tubuh tak aku endahkan. Sekejap menoleh kiri, sekejap ke kanan. Mencari dia di mana berada.
"Bunga."
Aku menoleh.
"Helios."
Dia berdiri di hadapanku dengan pakaian kasualnya. Kaca mata yang selalunya menyembunyikan sepasang matanya itu tak kelihatan. Helios yang berada di hadapanku sama seperti Helios yang aku kenal dulu. Seolah-olah dalam tempoh lima tahun ini, tiada apa-apa yang berubah.
"Kenapa kau nak jumpa aku malam-malam macam ni? Kau—"
"Kenapa kau tipu aku?"
Helios mengurut tengkuknya, kekok.
"Tipu apa?"
"Kau cakap kau dah lupakan aku. Kenapa kau tipu?"
"Tipu apanya? Betullah aku—"
"MV Matahari!" Cantasku. "Every scene dalam MV kau, semuanya pasal kita. Kau cakap kau dah lupakan aku, tapi kenapa kau masih ingat semua pasal kita? Tasik, coklat, library, konvo! Kau tak lupa satu pun. Kenapa kau tipu aku?"
"So what?!" Dia meraup wajahnya. "So what kalau aku masih ingat semua tu?"
Aku maju selangkah.
"Kau... dah tak suka aku lagi ke?"
Helios menatap mataku dengan dalam. Bibir terketar mahu berkata dusta. Akhirnya, dia bungkam tanpa suara.
"Then why? Why do you want to throw me away?"
"It's not that simple, Bunga."
"What is?! Aku suka kau, kau suka aku. That's it, Helios. That's it."
Dia menggelengkan kepalanya. Masih mengelak pandangan mataku.
"Aku menyesal. Aku menyesal sebab lepaskan kau. Lima tahun aku rasa menyesal, tak cukup lagi ke Helios? Tak boleh ke kita jadi macam dulu lagi?"
"Perasaan kita tak penting, Bunga. Even aku still suka kau sekalipun, aku takkan balik kat kau. Bukan sebab aku nak buat kau rasa bersalah, menyesal sebab semua ni bukan salah kau seorang. So please stop."
"Then why?! At least tell me why!"
"Sebab kita toxic! We broke up twice! Aku tak percayakan kau, tak pernah minta maaf kat kau. Kau tak pernah beritahu aku kenapa kau sedih, tak pernah try to communicate! We're toxic for each other! Sampai bila-bila pun kita akan jadi macam ni. Aku tahu aku takkan happy dengan kau and kau takkan pernah happy dengan aku."
"Helios—"
"Bunga, tolonglah! Aku merayu sangat-sangat. Kau jangan seksa diri kau macam ni. Hidup ni panjang Bunga. Kau hidup bukan untuk aku je."
Aku kehilangan kata-kata.
"Lepaskan aku?" Helios menatapku dengan mata berkaca, merayu. "Hm? Tolong lepaskan aku. Lupakan aku."
Aku tertunduk. Memandang batu kerikil pada jalan bertar. Bayang-bayangnya perlahan-lahan menghilang bersama derapan tapak kaki dan bayanganku bersendirian.
Ingatanku salah. Aku sangka kau memungkiri janjimu untuk sentiasa ada. Rupanya, kau hanya melepaskan aku yang berkali-kali membuangmu. Maafkan aku. Aku salah.