"Don't look back,
I'm not crying.
You'll be fine.Now you have to walk alone."
Burden - Park Won
"Kau menangis sebab aku ke?"Aku tergamam. Lidah kelu. Berapa lama Helios berdiri mendengar perbualanku dengan Farhan tadi dan sejauh mana dia mendengarnya?
"Dari cara Farhan cakap, macam baru-baru ni je." Sambungnya.
"Hm." Aku mengakuinya. "Macamlah kau tak pernah menangis sebab aku." Tambahku dengan nada bergurau pula.
Alih-alih, dia bungkam seperti aku sebentar tadi. Anak matanya ditalakan ke arah lain. Tak ingin bertentangan mata denganku.
"Kau pernah....?"
Dia tersenyum kelat.
"We broke up. Normal la kalau aku menangis sebab kau."
"Tapi kenapa?" Sebelum sempat aku hentikan, pertanyaan itu sudah meluncur keluar dari mulutku sendiri. "Kenapa kau menangis?"
"Boys can't cry?"
"No. You can't cry." Aku mengetap bibir. "At least not because of me."
"Kenapa tak boleh?"
Aku memalingkan wajah. Mata aku pejam seketika. Menenangkan hati yang bergelora bagai dilanda badai.
"Kenapa kau menangis sebab aku?" Tanya Helios perlahan. "We broke up a long time ago, kan? So kenapa kau still—"
Helios mematikan ayatnya sendiri. Membiarkannya bergantung tetapi kami tahu apa penghujungnya.
"Sebab aku suka kau." Luahku meskipun tiada keberanian untuk menatapnya. "Sebab aku masih suka kau."
"Bunga, don't do this to yourself."
"Kenapa? Kenapa tak boleh? It's my life. I can do whatever I want."
"Aku dah cakapkan? Lupakan aku. I said that to you five years ago!" Helios meraup mukanya. "Kau tahu tak macam mana hidup aku sepanjang lima tahun ni?"
Aku diam membisu. Ada sebahagian dari diriku berharap dia juga sengsara, juga terseksa seperti aku dan sebahagian lagi berharap dia tak pernah melalui apa yang aku lalui. Ianya terlalu perit. Aku tak mahu menjadi penyebab dunianya hancur.
"I go wherever I want. Do whatever I want. Meet whoever I want. Aku buat semua yang aku nak. Semua yang aku tak boleh buat bila kau ada dengan aku. Aku rasa bebas. Hidup aku bebas, Bunga."
"Kenapa kau bagitahu aku semua ni?"
"So you can feel sorry for yourself."
Aku mengesat pipi yang basah. Masih tiada keberanian untuk menatapnya.
"Kenapa susah sangat kau nak lupakan aku? I didn't even love you that much."
"Tipu!" Aku mengetap gigi, menafikannya. "If you didn't love me that much, kenapa kau tulis lagu pasal aku? Kenapa konsep MV kau cerita kita? Kenapa kau menangis sebab aku?!"
Helios kembali bungkam. Dia bangun dan membuka pintu.
"Lupakan aku."
Pintu tertutup rapat. Esakanku pecah. Penglihatan semakin kabur dan tatkala aku cuba untuk berdiri, aku berakhir dengan melutut pada lantai. Dada semakin sesak. Studio kalis bunyi penuh dengan esakanku. Aku berpaut kuat pada lengan kerusi. Cuba untuk berdiri sekali lagi tapi kali ini, penglihatanku malap dan hentakan kuat terasa di pipi kiri.
7 Tahun Lalu...
"Bunga!" Hani memaut manja lenganku. "Jom balik!"
"Er..."
Perlahan-lahan, aku menolak tangannya. Bibirnya muncung sedepa. Melihatku dengan mata bulatnya. Meminta simpati.
"Er... aku nak balik dengan Helios." Kataku sambil menyengih.
"Balik dengan Helios? T-Tapi dorm lelaki dengan perempuan... kan jauh tu!"
"Tahu... tapi..."
Hani mengeluh panjang. Memandangku dengan jengkel, tanda dia mengaku kalah. Aku memeluknya erat. Berterima kasih kerana selalu memahami kehendakku. Tepat pada masanya, Jasmine meninggalkan bilik kuliah. Selalu menjadi salah satu orang terakhir untuk keluar kerana perlu mengemas pen warna-warni miliknya yang tak terkira jumlahnya.
"Aww, korang tunggu aku ke?" Jasmine mengerdipkan matanya, acah terharu.
"Perasan!" Hani menjolok pipi Jasmine sebelum memaut lengannya. "Jomlah balik dulu!"
"Eh, Bunga? Tak balik sekali ke?"
"Hmph! Dia nak balik dengan Helios!"
"Helios?" Jasmine menatapku.
"Ha'ah. Dah lama tak borak dengan dia."
"Oh."
"Alah, kau mana tahu! Kaukan single!" Sampuk Hani, menyakat Jasmine.
"Eleh, cakap orang! Dia pun sama!" Balas Jasmine, menjelingnya. "Bunga, kitorang balik dulu. Jangan balik lewat sangat. Hari nak hujan ni."
"Yes bos!"
Mereka mengharungi awan murung dan bergurau-senda sambil menuju ke arah pondok perhentian bas di hadapan bangunan fakulti. Sementara itu, aku menanti kehadiran Helios tak jauh dari lif. Menendang batuan kecil yang ada di ruang legar terbuka.
"Mana dia ni? Lamanya..." Rungutku sendirian.
Ding!
Pintu lif terbuka perlahan. Aku pantas menoleh ke arah lif.
"Eh, Bunga?"
Harapanku musnah apabila bukan Helios yang muncul di sebalik pintu lif yang terbuka. Sebaliknya hanyalah salah seorang rakan sekelas kami.
"Hai Alif." Sapaku.
"Hai. Kenapa tak balik lagi? Hari nak hujan ni."
"Tengah tunggu Helios."
"Helios? Tapi... Helios cakap dia nak pergi lepak dengan Lutfi dengan Rowan sekali."
"Oh." Aku menggaru kepala. "Iya ke?"
"Ha'ah."
"Oh, tak apalah kalau macam tu..."
"Kau balik naik bas, kan?"
"Hm. Kau?"
"Naik bas juga."
"Oh." Aku mengangguk faham. "Kalau macam tu, jomlah sekali."
"Jom."
Nampaknya, rancangan aku hari ni tak menjadi. Tak apalah. Kerja yang pensyarah bagi pun dah hampir siap semuanya. Malam ni, bolehlah bergayut kat telefon dengan Helios hehehe
"Orang bercinta memang suka gelak sendiri eh?" Alif bersuara. "Ingatkan Helios je yang selalu gelak, senyum sendiri. Rupanya girlfriend dia pun sama."
"Iya ke? Dia... selalu macam tu ke?"
Alif mengeluh kuat.
"Kau tahu tak, hari korang get back together, dia siap tulis ucapan untuk anniversary korang lagi? It wasn't even a day since you two got back together tapi dia dah prepare nak celebrate ulangtahun. Ini bukan setakat mabuk cinta ni. Ni dah lebih ni!"
"Dia... buat macam tu?" Aku menggigit bibir, menyembunyikan senyuman. "Lagi? Dia buat apa lagi? Dia pernah cerita apa-apa pasal aku tak?"
"Hmph! Yang itu lagilah! Asyik-asyik Bunga, asyik-asyik Bunga. Bunga itu, Bunga ini. Kadang-kadang dia cerita benda yang sama sampai sepuluh kali. Nasib baiklah kawan. Kalau tak, dah lama kitorang humban dia dalam tasik!"
Jangankan tersenyum, aku malahan sudah asyik dengan tawaku. Senang hati mendengar cerita Alif tentang telatah Helios.
Helios, Helios. Habislah kau! Aku dah tahu rahsia kau muahahaha! (ketawa jahat).