8 Tahun Lalu...
Buku-buku nota yang diperlukan untuk kuliah hari hari ini aku keluarkan dari rak buku dan masuk ke dalam beg. Ketika itu, Hani masuk ke dalam bilik dan duduk pada katilnya. Tuala yang digantung di tengkuk digunakan untuk mengelap air pada muka. Baru selesai membersihkan diri.
"Kelas pagi ke?" Tanya Hani.
"Hm."
Satu lagi cuti semester berlalu dan kami kini berada di semester keempat. Bersisa empat semester lagi dan kami akan meninggalkan kampus untuk membina kerjaya masing-masing.
"Kau okay tak ni?" Tanya Hani lagi.
"Hah?" Aku mengerlingnya sementara tangan sibuk menyusun pen dalam kotak pensel.
"Hari ni, nak tak nak, kau kena jumpa dia juga."
Aku tergamam. Membeku sejenak di tempatku. Ekspresi aku perbetulkan agar kelihatan selamba di depan Hani. Kepala aku angguk. Berpura tak terkesan.
"Kau... tak takut ke kau—"
"Aku okaylah." Cantasku. "Itulah. Aku pun ingatkan aku susah nak move on dari dia tapi sepanjang sem break lalu, aku rasa okay. In fact, aku pun dah tak ingat dah apa-apa pasal kami lagi. So kau tak payah risaulah."
"Iya ke?" Hani tersenyum lega tapi dalam masa yang sama mengeluh perlahan. "Kan seronok kalau aku pun boleh lupakan Farhan macam tu je."
Zip beg aku tarik tapi tak sampai ke penghujungnya kerana buku-buku tebal yang duduk di dalam. Terpaksalah aku mengeluarkan semua satu-persatu dan menyusunnya mengikut saiz agar mudah untuk dizip.
"Lama-lama nanti lupalah. First love aku pun macam tu juga. Ambil bertahun nak lupakan."
"Iya ke?" Tanya Hani, penuh berharap.
"Iya." Nafas lega aku hembuskan apabila beg berjaya dizip penuh. "Okaylah. Aku nak gerak dulu. Takut terlambat masuk kelas pula nanti."
"Oh, okay! Jumpa nanti!"
"Alright!"
Kasut aku sarungkan ke kaki dan berlari menuju ke arah lif yang kebetulan berada di aras kami. Setelah masuk ke dalam kiub besi itu, barulah aku menunduk mengikat tali kasut. Ikat ketat-ketat biar tak terlerai nanti.
"Ground floor." Umum lif tersebut dan pintu terbuka luas.
Setibanya aku di aras bawah blok kediaman mahasiswi, aku dikejutkan dengan pemandangan para pelajar perempuan yang keluar masuk bilik mendobi dengan rata-ratanya memakai hoodie meskipun matahari sudah naik dan musim tengkujuh telah lama pergi.
Walaupun ini kediaman mahasiswi di mana sesiapa saja yang berjantina lelaki tak boleh sesuka hati masuk dan keluar, terkadang ada kerja-kerja membaik pulih paip atau lif yang tersekat dan hampir semua pekerja penyelenggaraan terdiri daripada jantina lelaki. Tak hairanlah kenapa ramai pelajar perempuan yang memakai hoodie dan kadang-kadang, ada juga yang melilit tuala mandi di kepala sebagai langkah berjaga-jaga.
Tapi yang mengejutkanku, kenapa masih ramai lagi berada di dormitori? Siap sidai baju lagi walhal baru kelmarin majoriti pulang ke kampus. Takkan tak ada kelas pagi kut? Jealouslah aku.
"Hoi, tengok apa tu?" Jasmine muncul entah dari mana.
Aku menggelengkan kepala. Lantas memandangnya.
"Kita breakfast dulu nak tak? Sempat lagi ni." Cadangnya.
"Okay."
Lobi dormitori kami tinggalkan dan membelok ke kanan di mana laluan pejalan kaki yang akan membawa kami terus ke kafeteria berada. Masih ada sejam setengah lagi sebelum kelas bermula. Bas pula datang berkala, setiap lima belas minit. Jadi pasal pengangkutan tak perlu nak risau.
Untuk sarapan pagi hari ini, aku memilih untuk makan Fluffy Bun Gardenia yang aku dapatkan dari kedai runcit bersebelahan kafeteria. Hanya dua bun masuk ke mulut sebelum perut penuh kerana air Milo panas. Sementara itu, Jasmine perlahan-lahan menikmati roti kosong cicah karinya.
"Eh, Bunga!" Lutfi menyapa dengan sepinggan nasi lemak dan air kosong di tangan. "Eh, Jasmine pun ada!" Dia terus menarik kerusi dan duduk di hadapanku.
"Eh, hai!" Sapa Jasmine pula.
Sejujurnya, apa yang Lutfi kata tentang aku sampai sekarang masih berbekas di hati. Lebih-lebih apabila teringatkan mulutnya itulah yang menjadi alasan untuk aku dan Helios mengikut haluan masing-masing. Tapi aku rasa tak ada faedahnya nak besarkan masalah. Setakat ini, yang tahu apa yang terjadi antara aku dan Helios hari itu hanya aku dan Hani sahaja.
"Bunga, kau ni nampak je ayukan tapi bukan main kejam lagi." Lutfi bersuara.
Jasmine terbeliak mendengarnya. Aku pula memasang muka tak berperasaanku.
"Aku kesianlah kat Helios. Lepas kau buang dia, dia bukan main serabut lagi. Aku dengan Rowan ajak keluar pun dia tak nak."
Jasmine merapat. "Tapikan Bunga, kenapa korang break eh? Aku tengok korang hari tu happy semacam je."
Cawan kosong di tangan aku genggam erat. Tak putus dari memandang Lutfi meskipun Jasmine yang mengajukan soalan.
"Tanyalah Helios."
Hujung bibir Lutfi melengkung ke atas. Tersenyum herot. Mungkin, alasan perpisahan kami bukanlah rahsia macam yang aku sangkakan.
"But it's okay though. Aku tengok Helios pun dah okay dah sekarang. Siap keluar jogging dengan Hani lagi masa sem break."
"Hani? Hani yang kitorang kenal ke?" Jasmine mendahuluiku dan Lutfi mengangguk.
Hani... yang aku anggap kawan? Sebab itu ke dia tanya aku pasal Helios sebelum aku pergi tadi? Sebab dia tak nak aku jadi penghalang antara dia dan Helios?
"Sejak bila pula aku keluar dengan Helios ni?"
Kami bertiga mendongak. Gadis bertudung merah mudah dipadankan dengan baju kurung cotton menatap tajam Lutfi. Alis tebalnya bertaup. Amarahnya terhadap lelaki itu semakin meluap-luap dalam diri.
"Eh, Hani..." Jasmine menggigit bibir.
Apabila Hani memandangku, raut wajahnya yang ketat berubah lembut. Seolah-olah menampakkan yang dia dianiaya.
"Bunga, aku tak pernah keluar dengan dia."
"Iya ke?" Soal Lutfi dengan nada mengusik.
"Eh, kau tak payah nak membatu apilah! Buat apa aku nak keluar pergi jogging dengan ex kawan aku sendiri?" Herdiknya.
"Manalah aku tahu." Lutfi menjongket bahu. "Bukan aku yang cakap. Helios sendiri yang bagitahu aku. Kalau tak percaya, tanya Rowan." Sambungnya.
Hani menarik kerusi. Duduk di sebelahku. Tanganku dia raih dan dipegangnya erat. Sepasang mata bulat itu memandangku sedih.
"Bunga, aku serius tak tahu pasal ni. Aku tak pernah pun jumpa dia senyap-senyap belakang kau. Betul, aku tak tipu." Jelasnya, merayu.
Kalau difikirkan semula, Hani sendiri mengaku dia belum lupakan Farhan. Takkanlah dalam masa yang sama dia nak keluar dengan Helios pula? Itu bukan Hani yang aku kenal. Tapi... kenapa pula Helios nak reka cerita? Melainkan ini satu lagi helah Lutfi.
+
I really hate Lutfi.