Bab 12

272 39 3
                                    

Langit serulean beransur hilang dan digantikan oleh hadirnya langit senja. Kebetulan tasik yang terletak di kawasan rekreasi kampus menghadap arah terbenamnya matahari. Dapatlah aku dan para pelajar yang lain menikmati keindahannya.

"Tak lama lagi matahari tenggelam. Kena tunggu esok kalau nak tengok matahari lagi." Gumamku perlahan.

Aku sempat mengajak Hani ke tasik untuk beriadah tapi dia ada rancangan dengan rakan sekampungnya untuk keluar makan bersama pula. Aku pun terpaksalah pergi sendiri. Tak apalah. Kadang-kadang, bersendirian pun elok juga. Lebih tenang.

Telefon aku keluarkan. Menangkap gambar langit sebelum matahari tenggelam sepenuhnya dan aku ditinggalkan dengan langit kelabu yang menghampiri malam hari. Hasil gambar aku muat naik ke sosial media dengan emoji matahari. Tiba-tiba, satu pesanan ringkas masuk.

Helios: Duduk seorang-seorang, okay ke tu?

Aku menoleh ke kiri dan kanan. Di seberang tasik, kelihatan seorang jejaka melambaikan tangannya. Tak silap lagi, itu dia. Aku mengetik balasan.

Aku: Ok.

Helios: Nak saya temankan tak?

Mesejnya aku baca tapi tak aku balas. Telefon aku letakkan ke bawah. Malas melayannya yang tiba-tiba berlagak ramah.

"Terus offline eh?"

Aku menahan keluhan apabila suara yang dikenali itu menyapaku. Tanpa meminta izin, dia duduk di atas tikar yang aku bawa.

"Kenapa duduk seorang? Hani dengan Jasmine mana?"

"Ada hal."

Helios menoleh ke kirinya. Aku memalingkan wajah. Semakin aku menyembunyikan raut wajahku darinya, semakin galak dia mahu melihatku. Alih-alih, dia tertawa kecil.

"Janganlah nangis. Nanti orang lain salah faham pula." Tuturnya.

"Bila masa pula aku menangis ni?" Aku terus menatap tepat ke anak matanya semata-mata mahu membuktikan aku baik-baik saja. "Suka-suka je."

"Kalau tak nangis, baguslah tu." Sambungnya kemudian menghembuskan keluhan panjang.

"Aku kesianlah kat Helios. Lepas kau buang dia, dia bukan main serabut lagi. Aku dengan Rowan ajak keluar pun dia tak nak."

Teringatkan kata-kata Lutfi itu, aku kembali melihat. Dengan rambut tersikat rapi, mata kelihatan segar dan badan dengan BMI normal...

"Kenapa tengok orang macam tu?" Dia menyentapku dari lamunan.

"Tak adalah. Kau nampak okay je."

Helios mengerutkan dahinya. "Siapa cakap aku tak okay?"

Kawan kau yang suka membatu api tulah. Siapa lagi kalau bukan Lutfi?

"Kau buat apa kat sini? Kenapa tak join kawan-kawan kau tu?" Aku menjuihkan bibir ke arah Rowan dan Lutfi yang mencuba alat bersenam yang disediakan di sepanjang tasik.

"Oh." Helios mengeliat. "Saja. Nak temankan kau."

Pfft. Nak temankan aku konon. Dia ingat dia siapa nak temankan aku? Dah jadi ex tu, buatlah cara ex. Acah-acah peduli pula pasal aku.

"Kau pun janganlah selalu keluar sendiri macam ni. Memanglah kita dalam kampus tapi tak semua orang ada niat baik." Tambahnya seraya mencerap pantulan langit senja pada tasik.

"Sebab itu ke kau keluar dengan Hani? Sebab tak nak dia sendiri?" Sebelum aku menyedarinya, mulutku mengajukan soalan berbaur sindiran itu.

Wajah Helios berkerut seribu. Kepala yang tak gatal dia garu. Kelihatan bingung dengan tuduhanku.

"Bila masa aku keluar dengan Hani?"

"Masa sem break hari tu."

Kepala dia geleng laju. "Mana ada. Siapa cakap aku keluar dengan dia?"

Oh. Jadi... ini salah satu helah si penipu itu lagi? Biadab! Memang tak suka tengok orang bahagiakan? Semua benda dia nak hancurkan! Yang si Helios ni pun satu. Carilah kawan yang elok sikit.

"Lagipun rumah aku dengan dia, bukannya dekat. Jauh tu." Sambung Helios, semakin bingung.

"Oh." Dek malu, hanya sepatah keluar dari mulutku.

"Siapa cakap aku keluar dengan Hani? Hani?"

"Taklah."

"Dah tu?"

"Tak adalah."

Haih, kalaulah aku ni jahat orangnya, memang kat sini juga aku sebut nama si Lutfi tu. Lagipun, aku tahu Lutfi tu licik orangnya. Nanti dia mesti putar belit cerita punyalah! Daripada bazir tenaga bergaduh dengan orang akal pendek macam tu, baik aku diam je.

"Kau suka Hani ke?"

"Hah?" Helios tertawa.

Aku memandangnya serius. Ya, memang dia tak pernah keluar berduaan dengan Hani tapi aku perasan cara dia melayan Hani. Selain daripada aku, perempuan lain yang rapat dengannya hanya Hani seorang saja. Boleh jadi dia simpan perasaan kat Hani.

"Taklah." Nafinya, kecut perut melihatku serius bertanya.

"Kalau kau suka kat dia, aku boleh tolong."

Helios membuat gerak tangan seolah-olah menjentik dahiku. Jelingan dihadiahkan buatku sambil kepala digelengkan.

"Kau nak tolong ex kau kejar kawan baik kau sendiri?"

"Dah dia tengah single, kau pun single. Kenapa tak boleh?"

"Sure ke nak tolong?"

Aku tergamam. Keyakinan yang terpahat dalam diri sebentar tadi perlahan-lahan terhakis mendengar pertanyaannya. Riak selambanya itu aku pandang lama. Menghitung sesal sendiri kerana beriya mahu membantunya.

Helios mengukirkan senyuman kecil. Dapat membaca air mukaku yang panik kerana dia mengiyakan tekaanku.

"Eleh, tadi bukan main beriya lagi nak tolong orang. Sekarang nak nangis pula."

"M-Mana adalah!" Aku menggigit bibir bawah, mengunci mulut.

"Aku tak suka dialah." Tuturnya lembut.

Aku memaling muka. Tak membeli kata-katanya. Mulut senanglah cakap tak suka. Isi hati tu, siapa je yang tahu.

"Aku suka kau."

HAH?!

"Kenapa? Pelik ke?" Helios menjongketkan keningnya. "Kita pun baru je putuskan? Tak sampai dua bulan pun. Normallah kalau aku masih suka kat kau."

Aku memaksa tawa. Walaupun sudah sekian lama mengenalinya, masih tak tahu bila masa dia bergurau dan bila masa dia serius. Tapi ada sekelumit rasa dalam hati berharap kata-katanya itu serius meskipun dituturkan dengan nada bergurau.

"S-So? K-Kau nak get back ke?" Balasku tergagap-gagap.

Membalas gurauan dengan gurauan.

"Kalau aku kata 'iya', kau nak jawab apa?"

Aku tunduk. Dah kenapa pula tiba-tiba sangkut dalam situasi macam ni? Tadi elok je berbual macam kawan. Sekarang jadi macam ni pula.

"Bunga..." Panggilnya perlahan. "Can we try again?"

"Tak apa ke kalau kita cuba lagi?"

"Kenapa?"

"Macam mana kalau kita gaduh and then break up macam dulu?"

"Macam mana kalau kita takkan gaduh lagi?"

Aku mengeluh panjang. Matahari tenggelam sepenuhnya dan meninggalkan cahayanya untuk menyinari langit buat saat-saat terakhir. Senyuman aku lakar dan menjangkiti Helios. Jam di tangan dia tilik.

"13 Mac."

"Hah?"

"Tarikh hari ni." Dia kembali memandangku. "13 Mac."

13 Mac; aku harap, kita akan baik-baik saja dan aku harap, peluang kedua kita takkan sia-sia dan kita akan kekal selamanya.

Sun's FlowerWhere stories live. Discover now