"If I knew we were going to break up,
I wouldn't have loved you so much."Goodbye Road - iKON
Cawan terletak bersebelahan monitor komputer aku capai dan aku bawa rapat ke bibir. Mahu menghangatkan badan dengan kopi. Alih-alih, cawan kosong. Hanya aroma kopi yang tinggal.
"Hai bos!" Kamil bingkas berdiri, menyapa jejaka berkemeja kelabu yang lalu di hadapan ruang bekerja kami.
"Hai." Balas Eric.
Pandangannya ditalakan sejenak ke arahku dan senyuman herot terukir di bibir. Setelah itu, dia meneruskan langkah. Entah mengapa dia masuk ke dalam pantri.
Hairan dan tertanya-tanya, aku memutuskan untuk mengikutinya. Sekaligus membancuh secawan lagi kopi agar aku kekal segar dan dapat menyiapkan tugasan hari ini. Sebaik saja aku masuk ke dalam pantri, Eric menoleh dengan lagak selamba. Sudah menjangka kedatanganku.
"Hai." Sapanya.
"Hai...?" Aku mengecilkan mata, memandangnya penuh curiga. "Buat apa kat sini?"
"Er—" Dia mencapai cawan terdekat. "—nak bancuh kopi."
"Bancuh kopi?" Aku mendekatinya dengan sebelah alis terjongket. "Kenapa tak suruh PA you je yang tolong bancuhkan? Bukan setiap aras ada pantri ke?"
"Er..."
Eric menggaru kepala. Menggunakan seluruh sel otaknya untuk mencipta alasan. Aku merampas cawan di tangannya dan meletakkan kedua-dua cawan kami pada kaunter. Serbuk kopi aku masukkan ke dalam mesin kopi.
"Nak jumpa I ke?"
"Eh, macam mana you tahu?"
Dah dia tak pandai berlakon. Sah-sahlah aku tahu.
"Marah ke?" Soalnya.
"Taklah." Aku menekan butang pada mesin dan kopi hitam pekat mengalir turun. "Tapi kalau boleh jangan buat selalu. Nanti apa pula kata orang?"
Eric tertunduk. Mulut muncung sedepa.
"Okay..." Gumamnya perlahan.
"Nah!" Aku menghulurkan cawan berisi kopi. "Nanti lepas dah minum, jangan lupa bagi balik. Dahlah pantri ni kekurangan cawan."
"Iya ke? Should we go shopping then?"
Shopping? Dia ingat pantri ni aku punya ke sampaikan nak pergi shopping cawan?
"Hm... sedap!" Eric tersenyum lebar setelah menghirup kopi yang aku bancuh. "Tak sabarnya nak kahwin. Boleh you bancuhkan kopi untuk I tiap hari!"
"Kahwin?"
Aku menoleh ke arah datangnya suara tadi. Jantung hampir luluh melihat Helios tercegat di depan pintu. Sama-sama bingung dalam situasi ini.
"I got my coffee. I should go now." Eric bersuara. "Balik nanti jangan lupa text I tahu?" Pesannya.
"Hm. Okay." Aku mengangguk.
Eric meninggalkan pantri manakala Helios pula masuk ke dalam. Sempat mengerling satu sama lain sebelum meneruskan haluan masing-masing.
"Kau dengan Eric?" Soalnya sambil membuka pintu peti sejuk.
"Ha'ah."
"Since when?" Soalnya lagi.
Setin Pepsi dikeluarkan dari dalam peti sejuk dan pintu ditutup semula. Penutup tin dibuka dengan sebelah tangan dan separuh isi tin dikosongkan.
"Marah ke?"
Helios berhenti meneguk minuman bergas di tangan dan memandangku. Kening dijongketkan. Kurang faham.
"Pepsi." Minuman di tangannya aku tuding. "Selalunya kau minum Pepsi bila kau marah... atau merajuk."
"Oh." Dia tertawa. "Itu dulu." Jawabnya.
Dulu. Berapa banyak hal tentang kau yang berubah yang aku tak tahu? Kau berubah dan aku masih Bunga yang sama. Kau lupakan aku dan aku masih teringatkan kau dalam setiap nafas.
Aku memilih untuk tak lupakan kau sebab aku takut, macam mana kalau kau masih nakkan aku? Kau muncul kembali dan kata kau dah lama lupakan aku tapi aku masih berkata 'macam mana kalau dia masih nakkan aku?'. Betul kata kau. Aku degil orangnya.
Tapi tak lama lagi semua itu akan berakhir. Akhirnya, seiring dengan waktu yang berlalu, aku juga akan melupakanmu. Harapnya begitulah.
"So, sejak bila kau dengan Eric?" Soalan diulang.
"Seminggu lalu." Jawabku tanpa teragak.
"Oh." Helios mengangguk dan meneguk sisa minumannya.
"Shooting MV kau start esokkan?" Aku sengaja mengubah topik.
"Ha'ah. Aku dengar kau tarik diri. Kenapa?"
Aku tersenyum kelat. "Aku rasa kau pun tahu kenapa."
"Aku yang marah ke kau yang marah ni?" Usiknya.
"Marah kenapa? Aku tak marah kau punlah." Aku mencapai cawan berisi kopiku. "Aku just... nak mulakan hidup baru. It's not good to be around my ex every day." Sambungku dengan nada bergurau.
Helios tertawa. Kepala diangguk berkali-kali. Bersetuju.
"Okaylah. Aku nak sambung kerja dulu. Goodluck on your shooting!"
"Bunga, kejap!" Panggilnya.
"Hm?"
"Er... congrats." Kedua hujung bibirnya melengkung ke atas. "I wish you all the best with him. Kalau dah kahwin nanti, jangan lupa jemput aku."
"Rileklah. Nama kau paling atas." Selorohku.
Helios tertawa. Menjelingku, menerima gurauanku. Aku berlalu pergi dari pantri dan untuk pertama kalinya, hatiku tak rasa keberatan untuk berpaling darinya.