Nurani melipat bajunya untuk dimasukkan ke dalam beg sambil air matanya mengalir lebat. Dia buntu kemana harus dia tuju sekarang ni. Duit yang ada hanya cukup untuk tambang bas dan makan dua hari. Dimana dia mahu dapatkan duit untuk teruskan hidup di luar sana?
"Ya Allah, kau bantulah aku. Aku tak tahu di mana aku nak berteduh selepas ni. Aku tak ada duit yang banyak nak teruskan hidup aku." Pinta Nurani dalam doanya.
"Mak abah, Nurani dah tak boleh tinggal sini. Pasti Nura rindu kenangan kita di rumah ni. Disinilah tempat Nura membesar. Disinilah mak lahirkan Nura dan jaga Nura sampai Nura besar. Nura terpaksa pergi. Tapi Nura akan bawa memori di rumah ni kemana saja Nura pergi. Mak abah doakan Nura ya."
Nurani bangkit dari duduknya. Dia mencapai sehelai kertas dan sebatang pen. Dia menulis setiap isi hatinya dan juga amanah Pak Yussof yang pernah abahnya itu katakan. Nurani risau kalau dia tak sempat untuk memberitahu amanah Pak Yussof. Nurani berjalan menuju ke bilik kosong yang dahulunya milik Pak Yussof. Almari baju dibuka lalu dia menggeledah almari itu mencari sesuatu. Sehelai sampul berisi surat yang dicari telah dia jumpai. Nurani kembali kebiliknya.
"Abah... Nura dah tulis semua yang abah amanahkan pada Nura dalam surat ni. Sampul ni pun Nura sertakan sekali dengan surat Nura ni. Nura harap bila Kak Nuha baca ni, Kak Nuha akan maafkan kita kan abah? Akan sampai masanya Nura pun ikut mak dan abah. Kasihan Kak Nuha dan abang Nadim nanti..." Suara Nurani tersekat sekat kerana sebak melampau. Dia juga tertanya-tanya apa isi sampul yang Pak Yussof amanahkan padanya itu. Dengan perlahan, Nurani membuka sampul itu. Terdapat sehelai surat didalamnya. Satu persatu patah perkataan dibaca Nurani didalam hati. Nurani tergamam. Dia menangis dengan lebih teruk lagi. Kepalanya digeleng laju sambil tangan kanan menekup mulutnya itu.
**
"Saya kasihan dengan abang Nadim. Kalaulah boleh, biar saya saja yang gantikan tempat abang Nadim..." Ujar Nuha sambil matanya merenung keluar tingkap kereta. Mereka berdua balik sebentar kerumah dan akan datang semula pada waktu malam untuk melawat.
Ammar hanya diam mendengar. Dia juga sebak dengan keadaan Nadim. Doktor sahkan Nadim lumpuh separuh badan untuk sementara waktu. Pasti Nadim sangat berduka dengan apa yang dia lalui sekarang ni. Bayangkan nikmat berjalan yang diberi sudah diambil kembali. Dia tak tentu lagi mampu menjadi seperti Nadim. Sedikitpun Nadim tidak menyalahkan takdir. Malah Nadim hanya berkata dia redha dengan apa yang sudah ditakdirnya untuknya.
"Boleh tak malam ni saya nak tidur dekat hospital temankan abang Nadim? Saya tahu mesti dia sedih kalau dia seorang diri di hospital tu."
Ammar hanya mengangguk perlahan. Walaupun dia tidak pernah kesah tentang Nuha. Tapi entah kenapa dia malas mahu mencari pasal dengan perempuan itu. Ini bukan masa yang sesuai untuk mereka berdua bergocoh.
Masih menjadi tanda tanya dimana Nurani pergi di hospital tadi. Lama juga mereka melawat Nadim tapi Nurani langsung tak muncul. Terakhir kali dia nampak Nurani sebelum dia pergi berjumpa dengan doktor. Selepas itu, Nurani hilang macam tu saja.
"Nura memang betul betul tak nak jumpa Ammar ke? Nura masih marahkan Ammar sebab khianat cinta Nura? Maafkan Ammar, Nura. Ammar janji akan betulkan balik keadaan ini seperti sedia kala. Ammar tahu cinta Nura masih ada lagi untuk Ammar. Nura tunggu Ammar." Ammar masih mencintai wanita bernama Nurani. Sungguh dia rindui kenangan bersama gadis itu. Kalaulah perkara ni tak berlaku pasti dia dan Nurani dah menjadi keluarga bahagia sekarang.
Sedikit sebanyak hal ini menjadikan rasa bencinya terhadap Nuha meluap-luap. Nuha lah punca Nurani menjauh darinya. Nuha lah punca dirinya tidak bahagia. Nuha lah punca Nurani terseksa menanggung luka di hati. Tidak mungkin dia akan membiarkan Nuha bahagia hidup bersama dengannya. Ammar sudah berikrar untuk membuat wanita itu terseksa sehingga dia sendiri yang pergi dari hidup Ammar.
**
Siang berganti malam, Nuha menolak kerusi roda menuju ke bilik wad Nadim. Mereka baru saja selesai berjumpa dengan doktor tadi. Tubuh Nadim dipapah supaya lelaki itu berpindah ke katil. Setelah itu, Nadim berbaring.
"Abang Nadim tidur ya. Tapi sebelum tidur, kena baca doa dulu." Pesan Nuha sambil tersenyum nipis.
"Abang gembira sangat Nuha jaga abang Nadim. Dah lama tak rasa kasih sayang Nuha. Dulu, Nuha manja sangat dengan Abang Nadim." Nadim terharu sambil memandang lama wajah Nuha.
"Abang Nadim kan abang Nuha. Mestilah Nuha kena jaga abang Nadim. Abang Nadim, lepas ni abang Nadim tinggal dengan Nuha ya? Biar Nuha jaga abang Nadim."
"Ish Nuha ni. Takkan lah abang Nadim nak tinggal sekali dengan Nuha dan Ammar. Nanti kalian mesti tak selesa dan tak ada privasi." Lembut Nadim menolak. Dia bukan apa, dia segan.
"Siapa kata? Nuha nak abang Nadim tinggal sekali supaya ada yang boleh uruskan abang Nadim."
"Tapi Nura macam mana? Takkan lah dia tinggal seorang diri di rumah tu? Tak apa lah Nuha, kan ada Nura boleh tengokkan abang Nadim. Nanti sekali sekala, Nuha baliklah kampung jenguk abang Nadim. Bukannya teruk mana pun sakit abang Nadim ni. Abang Nadim tak boleh berjalan untuk sementara waktu aje. Nanti lambat-laun, abang Nadim mesti sihat semula." Nadim masih menolak pelawaan Nuha untuk tinggal bersama.
Nuha hanya diam tidak menjawab. Kalau lah Nadim tahu dia sudah menghalau Nurani pasti teruk dirinya dimarahi nanti. Tapi tak apa lah, perkara ini tidak akan pernah bocor sebab yang tahu hanyalah dia dan Nurani. Tidak mungkin Nurani akan memberitahu Nadim.
"Abang Nadim tidurlah. Nuha ada dekat sebelah ni temankan abang Nadim. Nanti kalau abang Nadim nak apa apa, bagitahu saja pada Nuha ya?" Nuha mencapai selimut lalu dia menyelimuti tubuh Nadim supaya abangnya itu tidak kesejukan semasa tidur. Tangan Nadim dikucup lembut.
Nuha tulus mahu menjaga Nadim. Dia sungguh menyayangi lelaki itu. Baginya lelaki itu lah yang sentiasa menjadi pembela buat dirinya. Wajah Nadim yang sudah lena tidur itu dipandang lama. "Terima kasih abang Nadim sebab sentiasa membela Nuha masa Nuha kecil. Nuha tak akan pernah lupa jasa abang Nadim terhadap Nuha. Nuha janji, akan sentiasa ada untuk abang Nadim walau apa jua terjadi. Nuha sayangkan abang Nadim."
"Nuha akan pastikan tak ada pengacau dalam keluarga kita ni. Tak kira apa sekali pun, Nuha tak akan biarkan Nurani muncul dalam keluarga kita." Gumam Nuha didalam hati.
KAMU SEDANG MEMBACA
Rintihan Rasa ✔️
Любовные романыSTART - 15 NOVEMBER 2020 END - 24 FEBRUARI 2022 Nuha Madina seorang gadis yang membesar dengan layanan seorang ayah yang dibezakan antara dia dan Nurani Marisa, adik kandungnya. Dia tidak pernah merasa kasih Pak Yussof walaupun dia memang anak kandu...