Nuha yang baru selesai mengemop lantai dapur menyeka peluhnya yang menitis didahi. Dia melepaskan nafas lega. Besar sangat dapur sampai naik lenguh dia mengemop. Mujur kerjanya sudah siap. Nuha melangkah menuju ke ruang tamu. Kelihatan Ammar sedang melepak sambil menonton televisyen. Ammar didekatinya lalu dia melabuhkan punggung diatas sofa bersebelahan sofa dimana Ammar berada.
"Ammar, aku dah siap mop lantai dapur tu. Semua kerja dah siap." Ujar Nuha. Dia menyandarkan belakang badannya pada sofa itu. Nikmatnya dapat berehat semasa tubuhnya penat.
Ammar mengangguk. Matanya fokus memandang skrin televisyen.
"Barang dapur banyak yang dah nak habis. Nak kena beli. Nanti aku tuliskan senarai barang perlu kau beli."
Ammar yang mendengar lantas berpaling kearah Nuha sambil menunjukkan reaksi pelik. "Aku kena beli?" Soal Ammar kembali.
"Habis tu? Aku yang kena beli ke?" Nuha mengangkat tinggi keningnya.
"Amboi sedap kau mengarah aku. Kau majikan atau aku majikan? Kau tu orang gaji kau lah yang beli barang dapur tu semua. Lagipun, kau yang banyak guna barang dapur kan?" Marah Ammar.
"Ikutkan hati memang aku nak beli sendiri pun tapi aku mana tahu pasaraya terdekat. Kenderaan pun tak ada. Nak pergi macam mana?"
"Kau tak payah nak banyak alasan eh. Apa guna telefon canggih-canggih kalau tak reti nak guna Waze? Paling senang pun pergi lah Google. Kenderaan? Kau tahu tak makhluk bernama Grab? Kau kuno sangat ke tak pernah naik Grab?"
"Eleh." Balas Nuha sepatah sambil menjeling.
"Apa eleh? Aku tak nak banyak alasan ye. Tugas kau sebagai orang gaji tu kau jangan nak main langgar aje. Kau ingat sikit kau duduk sini bukan sebagai isteri aku. Tapi sebagai pekerja yang kena mengemas dan mengurus rumah. Jangan nak senang-senang suruh aku buat itu ini macam boss besar pulak."
"Habistu takkan tak boleh nak tolong langsung? Kalau ye pun kau benci aku, at least berbakti lah sikit. Kalau tak nak tolong pun, please lah muka tu kawal. Tak payah lah nak ketat aje memanjang. Tahu lah kau tu boss." Bidas Nuha dengan beraninya. Dia sedikit pun tak gentar dengan Ammar. Kecuali masa dia menyelinap masuk dalam bilik Ammar haritu.
"Banyak mulut kau kan. Aku cakap sepatah kau balas 20 patah."
"Bila masa kau cakap sepatah? Aku dengar berpatah-patah tahu tak? Nasib baik tak patah telinga aku ni mendengar kau bercakap."
"Sudah! Buat air liur aku kering aje bercakap dengan kau ni. Kau pergi tulis senarai barang kena beli. Nanti aku beli." Ammar akhirnya menurut.
"Ha macam tu lah baru boss yang mengamalkan demokrasi. Nanti aku tuliskan. Sekarang ni aku nak rehat." Nuha menyusun langkah untuk menuju ke biliknya. Tapi ditahan oleh Ammar.
"Sabar dulu. Duduk sini aku ada hal nak cakap." Ujar Ammar.
Langkah Nuha termati. Dia kembali ke sofa tadi. Wajahnya berkerut kerana perasaan ingin tahu. Apa hal yang mahu Ammar cakapkan tu? Perkara pentingkah? Tentang apa? Macam-macam persoalan terbuku dilubuk hatinya itu.
"Mama haritu ada call aku. Dia suruh-"
Belum sempat Ammar menghabiskan kata-katanya, telefon pintarnya berdering tanda ada panggilan masuk. Ammar segera mencapai telefonnya itu. Segera dia menjawab panggilan itu apabila nama papanya terpapar di skrin.
"Assalamualaikum papa, ada apa call Ammar?" Soal Ammar terlebih dahulu. Bukan selalu Dato Muzaffar menelefon dirinya. Kalau papanya itu menelefon, maksudnya ada sesuatu yang penting atau kecemasan.
"Waalaikumsalam. Ammar, mama jatuh tangga tadi."
"Allahu. Macam mana boleh terjatuh?" Soal Ammar dengan nada yang begitu bimbang sekali.
KAMU SEDANG MEMBACA
Rintihan Rasa ✔️
Roman d'amourSTART - 15 NOVEMBER 2020 END - 24 FEBRUARI 2022 Nuha Madina seorang gadis yang membesar dengan layanan seorang ayah yang dibezakan antara dia dan Nurani Marisa, adik kandungnya. Dia tidak pernah merasa kasih Pak Yussof walaupun dia memang anak kandu...