Seperti rutin hariannya, Nuha akan menyiapkan sarapan pada waktu pagi untuk Ammar dan juga Nadim. Dia mahu membuat Nasi Goreng Pataya. Pagi pagi lagi memang ini lah kerjanya. Sekarang ni memang Ammar asyik nak makan masakan Nuha. Dah tak gemar nak makan luar lagi.
Sedang Nuha ralit membungkus nasi goreng dengan telur, tiba tiba Amma datang menyergah. Bahu Nuha terhenjut kerana terperanjat. Mujur tak terpelanting kuali. Dahi Nuha berkerut seribu. Mahu saja dia mencubit lengan Ammar sampai lebam. Baru dia puas hati.
"Abang ni suka sangat buat Nuha terkejut. Macam tak ada kerja lain saja." Marah Nuha lalu menyambung semula kerjanya tadi.
"Alah Nuha marah ke? Maafkan abang ya. Abang janji abang tak buat dah. Kalau abang buat lagi, abang janji lagi." Ammar menyengih. Dia menunjukkan barisan giginya yang rapi dan tersusun itu.
Nuha mengerutkan keningnya lalu menjeling.
"Sayang masak apa ni? Sedapnya bau. Dari bilik abang boleh hidu tau." Bahu Nuha dipegang sambil dia menghidu lagi masakan Nuha.
"Nuha buat nasi goreng pataya untuk suami tercinta." jawab Nuha lalu mengambil pinggan. Dia meletakkan pinggan di atas kuali lalu diterbalikkan. Kelihatan nasi goreng pataya yang kemas dan nampak sedap.
"Rajinnya isteri abang ni. Untung abang dapat isteri macam Nuha. Abang bahagia tau dengan Nuha. Abang rasa abanglah manusia paling beruntung kerana memiliki Nuha. Abang akan bahagiakan Nuha sebagaimana Nuha buat abang bahagia. Itu janji abang. Mari abang tolong hidangkan nasi goreng ni atas meja. Kasihan abang tengok isteri abang ni pagi pagi dah masak." Ammar pantas mencapai nasi goreng yang berada ditangan Nuha lalu di letakkan di atas meja. Setelah itu dia mengambil kain lap meja untuk membersihkan meja yang sedikit berhabuk.
Dalam diam Nuha tersenyum meleret. Dia menjungkitkan bibirnya tanda meluat. Naik geli pula dia dengar kalimah yang keluar dari mulut Ammar. Bahagia? Lambat lagi lah dia nak bahagia dengan lelaki bernama Ammar ni. Cinta pun tidak inikan pula bahagia.
"Sekarang ni memanglah gembira si Ammar tu. Apa apa disediakan. Tengoklah nanti. Entah dia dapat lagi ke tidak merasa aku masak. Tak ada masa aku nak buang masa aku masak untuk kau. Aku buat pun bersebab lah. Ingat aku lupa ke yang aku nak buat kau jadi orang suruhan? Tak lama lagi kerja ni semua kau yang kena buat. Aku jadi permaisuri kat rumah ni duduk rumah goyang kaki." Ujar Nuha di dalam hati sambil tersenyum senget.
**
Senyuman Ammar memang tak ada lekang daripada rumah sampailah ke pejabat. Di pejabatnya pun dia masih tersengih macam kambing. Asyik teringat Nuha saja. Setiap kali Nuha melintas difikirannya, pasti senyum lebar sampaikan kalau diukur pun boleh jadi 10 meter lebarnya. Amboi!"Wah, asyik senyum saja kau ni. Dah kenapa macam orang tak betul saja?" Tegur Zarith yang masuk ke bilik Ammar. Dia melabuhkan punggung diatas kerusi dihadapan Ammar.
"Mana tak senyumnya. Hari ni aku pergi kerja, isteri aku masak special."
"Untunglah. Orang tu dah berbini." Zarith menjeling kecil.
"Mestilah. Kalau hari hari bini aku masak sedap macam ni. Boleh gemuk aku jadinya."
Ketawa Zarith pecah. "Ya lah, sekarang ni pun aku tengok kau pelan pelan menuju ke situ. Pipi kau tu, dah naik dah. Habislah, lepasni tak ada dah awek nak mengorat."
"Tak ada awek tak ada hal bro. Sebab aku ni dah berbini. Kau tu, bila lagi?" Ammar sengaja mengusik. Dia tergelak besar melihat air muka Zarith mula berubah.
"Aku ni bukan tak nak ada bini. Cuma aku belum sedia lagi. Nanti kalau aku dah sedia confirm kahwin. Tak silap bukan kahwin satu, kahwin dua terus. Kalahlah kau dengan aku lepasni." Zarith mengangkat kedua keningnya tanda bangga.
"Suka hati kau lah nak kahwin satu ke dua ke sepuluh sekali pun. Asalkan pandai galas tanggungjawab. Jangan tahu nak bini banyak saja tapi peranan suami kau tak tahu." Nasihat Ammar, ikhlas. Dia kalau tak mahu lah sahabat nya itu lalai menjadi suami suatu hari nanti. Peranan suaminya bukannya mudah macam apa yang orang sangka. Kalau tak boleh bahagiakan isteri, tak payah lah jadi suami.
"Aku gurau ajelah. Memang tak lah aku nak pasang bini sampai banyak macam tu. Seorang aje cukup dah. Mar, kau ada adik perempuan kan? Tak silap aku dia dah nak habis belajar kan? Kau tak nak ke kenalkan aku pada adik kau tu? Tak payah lah susah susah kau nak cari adik ipar lain. Ni kat depan kau ni kan ada. Adik ipar ekpress!"
Ammar membuat gaya hendak muntah. "Tak kuasa aku nak jadikan kau adik ipar."
"Alah sombong betul la. Kau nak bakal adik ipar macam mana? Bagitahu aje aku ciri ciri ipar idaman. Aku boleh berubah jadi macam kau nak. Demi abang ipar apa salahnya. Kan abang Am kan?" Zarith tersenyum nakal.
"Merepek aje kau ni lah. Pergi sambung buat kerja sana. Nak curi tulang lah tu." Ammar tiba tiba menjadi tegas.
"Ya lah. Aku nak sambung kerja lah ni. Tengah hari ni amacam? Free ke? Aku nak ajak lunch sekali ni." Zarith mula bangkit dari duduknya. Dia mahu keluar dari bilik Ammar tapi dia berhenti sebentar mahu mendengar jawapan dari Ammar.
"Aku rasa tak boleh kot. Sebab..."
"Bini kau dah masak kan? Kau nak kat rumah aku tahu." Zarith mencelah sebelum Ammar sempat menyambung ayatnya.
Ammar tersengih seperti kerang busuk. Dia menggosok kepalanya tanda serba salah.
"Sudah lah kau. Memang selepas ni aku makan sorang lah jawabnya." Zarith berlalu dari situ dengan wajah memuncung. Tapi sebenarnya dia tak merajuk pun. Dia sengaja buat macam tu. Fahamlah dia orang dah berbini. Tak kan nak makan luar pula kan kalau isteri dah penat penat masak di rumah.
"Eh merajuk pula. Apa lah. Macam mana nak jadi ipar kalau kuat merajuk." Ammar tergelak kecil melihat karenah Zarith yang konon merajuk itu. Sudah besar panjang pun nak merajuk lagi.
KAMU SEDANG MEMBACA
Rintihan Rasa ✔️
Любовные романыSTART - 15 NOVEMBER 2020 END - 24 FEBRUARI 2022 Nuha Madina seorang gadis yang membesar dengan layanan seorang ayah yang dibezakan antara dia dan Nurani Marisa, adik kandungnya. Dia tidak pernah merasa kasih Pak Yussof walaupun dia memang anak kandu...