Bab 72

10.1K 270 12
                                    

Nuha memerhati Zarith yang ralit memandu keretanya. Entah kenapa dia merasa terharu. Masih ada manusia sebaik Zarith yang sanggup untuk menolong dirinya.

Hari ini Zarith mahu membawanya membeli barangan dan pakaian untuk bayi yang bakal lahir tak lama lagi. Puas juga Nuha menolak tapi Zarith masih memaksa. Katanya Zarith begitu teruja untuk menyambut kelahiran anak Nuha. Sebab itu dia mahu belanja kelengkapan supaya senang Nuha bersalin nanti.

"Rasa rasa baby tu lelaki ke perempuan ya?" Zarith tersenyum lalu menoleh ke arah Nuha. Nuha pantas mengalihkan pandangannya.

Nuha mengusap perutnya yang membuyung itu. Dia gembira mahu memberitahu jantina bayinya tetapi ada sedikit perasaan sedih dijiwanya. Sepatutnya Ammarlah yang begitu teruja untuk menunggu berita tentang jantina bayi. Tapi harapan cuma tinggal harapan. Soalan itu sedikit pun tak timbul dari bibir Ammar.

"Perempuan." Nuha tersenyum nipis.

"You dah ada nama ke untuk baby girl you?" Soal Zarith lagi.

Nuha menggeleng perlahan. "Belum fikir lagi."

"Kalau belum, elok sangat kalau you fikir sekarang Nuha. Bolehlah i jadi saksi nama anak you. Tapi kalau lah anak lelaki, i dah lama suruh you letak nama Zarith. Biar kacak dan tampan sepanjang masa." Zarith tersengih. Dia sengaja mahu mengusik Nuha biar suasana kereta itu sedikit ceria. Tak adalah muram saja.

Nuha tergelak kecil. "Zarith, terima kasih tau semua ni. I tak tahu macam mana i akan balas budi you."

"Apalah you ni. I buat semua ni tak minta balasan pun. Cuma Nuha. I ada satu permintaan..."

"Apa dia?" Nuha menjadi tertanya tanya. Dahinya berkerut menunggu sambungan dari Zarith.

"I nak kahwin. I rasa dah tiba masa yang sesuai untuk i tamatkan zaman bujang i. So..." 

Nuha seakan tergamam.

***

Nadim berjalan perlahan menuju ke sebuah kedai runcit berdekatan. Dia mahu membeli sebotol air mineral buat basah tekak. Haus juga tekaknya tambahan pula perutnya juga sedikit lapar kerana tidak menjamah makanan lagi.

Tiba tiba matanya terpana pada kedai pakaian bayi yang berada tidak jauh dari kedai runcit itu. Lebih kurang dua kedai selepas kedai runcit itu.

"Nuha mesti dah nak bersalin. Bagus juga kalau aku belikan baju untuk anak buah aku." Tidak jadi Nadim menuju ke kedai runcit. Sebaliknya dia menuju ke kedai pakaian bayi terlebih dahulu. Ingatannya tersinggah pada anak Nuha yang bakal lahir. Jadi tidak salah kalau dia dahulukan pakaian bayi dahulu. Takut dia terlupa pula nanti. Sementara dia ingat, baik dia pergi.

Mata Nadim meliar pada baju baju bayi yang comel belaka. Bibir Nadim tidak lekang mengukir senyuman senang. Macam dia pula yang bakal menimang cahaya mata. Tapi apa salahnya, dia bakal menimang anak saudaranya juga kan.

Tiba tiba bahu Nadim tergesel pada bahu seseorang yang melintas disebelahnya. Nadim pantas menoleh. Macam tidak percaya orang yang berlanggar bahu dengannya itu adalah orang yang dicarinya.

Nuha menenung Nadim dengan riak sedikit terkejut. Hatinya berdebar laju.

"Abang Nadim..." Panggil Nuha didalam hati. Dia tidak berani mahu membuka mulut di hadapan Nadim kerana dia tahu Nadim membenci dirinya. Walaupun rasa rindu itu terlalu kuat dihati Nuha, tapi dia sedar diri. Dia langsung tak diperlukan oleh Nadim.

Nuha berhenti merenung Nadim. Air mata yang hampir keluar diseka laju. Nuha menyusun langkah untuk berlalu. Sekilas Nuha memandang Zarith yang berada dihadapannya sedang memerhati dia dan Nadim.

"Nuha..." panggil Nadim sambil menahan Nuha dari beredar.

"Maafkan abang Nadim." Ucap Nadim lalu menarik Nuha berada didakapannya. Dia memeluk erat tubuh Nuha yang sudah menangis teresak esak.

"Nuha yang patutnya minta maaf. Nuha banyak dosa dengan keluarga kita." Air mata Nuha mengalir lebat sekali. Serta merta suasana di kedai pakaian bayi itu berubah sayu.

Nadim melepaskan pelukannya. Dia memandang wajah Nuha lama. Rindu sekali dia pada Nuha. Kalau boleh dia tidak mahu melepaskan pandangannya.

"Abang Nadim buat apa kat sini? Beli barang baby untuk siapa?" Soal Nuha sambil tersengih. Dia mahu menceriakan balik keadaan. Tangannya mengelap mata yang basah kerana air mata.

Nadim berpaling pada perut Nuha yang membuyung sambil tersenyum nipis.

"Abang Nadim nak belikan baju untuk anak buah abang Nadim yang nak lahir ni..." Balas Nadim. Matanya beralih pula pada Zarith yang dari tadi diam sambil melihat mereka berdua.

"Ini siapa?" Soal Nadim pula. Dia tersenyum nipis membalas senyuman dari Zarith. Zarith kelihatan sedikit janggal apabila bertemu dengan Nadim. Mungkin malu.

"Ini Zarith, kawan Nuha..." Balas Nuha sambil tersenyum kepada Zarith.

"Dah kebetulan kita jumpa ni. Apa kata kejap lagi kita pergi makan? Lagipun dah masuk waktu makan tengah hari dah ni. Sambil tu boleh kita berborak lagi."  Sampuk Zarith dengan sopan. Nuha dan Nadim hanya mengangguk setuju.

***

Nadim menyedut air teh o ais untuk membasahkan tekak. Setelah itu dia menoleh ke arah Nuha yang tersenyum memandang dirinya. Makanan di hadapan langsung tak terusik. Sejak datang kedai muka Nuha memang begitu teruja sekali. Seakan tak percaya dia sedang bertemu dengan Nadim.

"Nuha kenapa tak makan lagi? Sejuk nanti makanan tu." Celah Nadim.

"Nuha tunggu abang Nadim makan. Dah lama kita tak makan sekali kan abang Nadim?"

Nadim mengangguk. "Syukur Allah temukan kita. Abang Nadim macam separuh mati risaukan Nuha dengan keadaan Nuha yang tengah sarat ni."

"Nuha ingatkan Nuha dah tak ada peluang nak hidup lagi. Duit tak ada, tempat berteduh pun tak ada. Nuha takut sangat abang Nadim. Nuha tahu bahaya duduk kat luar. Tapi Alhamdulillah, Zarith ada untuk tolong Nuha." Nuha berpaling kearah Zarith yang dari tadi membisu.

Zarith tersenyum sambil menunduk.

"I cuma tolong apa yang patut." Balas Zarith.

"Zarith, terima kasih sebab tolong Nuha. Terima kasih sebab tolong jaga dan tengokkan adik abang Nadim ni."

"Memang tanggungjawab saya nak tolong kawan saya. Mana tahu esok esok saya susah, Nuha pula tolong saya kan?" Zarith mengangkat keningnya sambil tersengih.

Nuha tersenyum kecil lalu mengangguk setuju.

"Bukan setakat Nuha tolong. Abang Nadim pun sedia nak tolong Zarith kalau ada apa apa."

Zarith tersenyum lebar.

"Tunggu apa lagi? Jomlah kita makan. Kalau sejuk tak sedap pula makanan ni kan?" Sampuk Zarith lalu mencapai sudu untuk menjamah makanan.

Nuha dan Nadim mengangguk. Mereka turut mencapai sudu dan garpu. Selesai sahaja bacaan doa makan, mereka bertiga menikmati makanan yang dipesan.

Rintihan Rasa ✔️Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang