Bab 9

2.4K 96 0
                                    

Nuha menuruni anak tangga kayu dengan tergesa-gesa. Risau lambat pula mahu ke tempat kerja barunya itu. Dia tidak mahu berbuat kesalahan pada hari pertama bekerja. Nanti pasti Ammar akan melihatnya sebagai orang yang tidak berdisiplin. Gembira hatinya apabila Nurani kata Ammar menyuruhnya datang ke pejabat. Pasti dia diterima kerja itu nanti. Ammar mestilah akan menurut permintaan Nurani. Cinta mati lah katakan.

Nurani yang sudah selesai menghidangkan sarapan pagi tersenyum melihat Nuha yang kemas berbaju kurung. "Cantiknya Kak Nuha." Puji Nurani dengan penuh ikhlas.

"Thank you" balas Nuha dengan senyuman kelat. Dia berdiri dibelakang kerusi sambil memerhati mee goreng yang dimasak Nurani itu.

"Nak pergi mana pakai baju kurung ni?" Soal Nadim yang turut mahu ke dapur. Dia melihat Nuha dengan pandangan pelik. Meja makan didekati. Dia melabuhkan punggung lalu merenung mee goreng yang dihidang Nurani. Kencang bunyi perut Nadim kerana lapar. Tidak sabar mahu menjamah mee goreng itu.

"Nak pergi kerjalah." Jawab Nuha. Dia menilik jam tangan ditangan kanannya. Lagi berapa minit lagi sebelum pukul 8 pagi. Dia mahu cepat pergi ke pejabat Ammar.

"Kerja mana pula? Abang Nadim tak tahu pun?"

"Nuha kerja di syarikat keluarga Ammar. Okaylah Nuha nak kena pergi ni. Nanti lambat pula."

"Cepatnya Kak Nuha nak pergi. Ammar kata pukul 10 pagi kan? Kak Nuha tak nak sarapan dulu ke?"

"Tak kot. Sampai sana baru sarapan." Jawab Nuha sambil menyelongkar beg tangannya mencari dompet. Dompet yang sudah dijumpai itu dibuka. Dia berdecit. Dia bukannya ada duit nak makan pun. Duit yang ada cukup untuk bayar teksinya nanti.

"Abang Nadim, boleh tak kalau Nuha nak pinjam duit? Nuha tak cukup duit lah."

"Nuha makan ajelah di rumah dulu. Lagipun masih awal. Tak perlu kelam kabut sampai tak sempat nak sarapan. Duduk makan." Arah Nadim, tegas. Dia bukan tidak mahu memberi adiknya itu wang untuk sarapan. Tapi apa salahnya Nuha berjimat. Nanti dia bagilah duit untuk makan tengah hari di kedai makan. Sarapan pula dirumah saja.

"Abang Nadim cakap ajelah Abang Nadim tak nak bagi Nuha duit. Kan senang Nuha faham. Dah lah, Nuha dah lambat. Tak makan pagi pun tak apa lah. Tak ada siapa yang kisah kalau Nuha tak makan pun, kan?" Nuha menjeling tanda tidak berpuas hati. Dia menyusun langkah untuk beredar dari situ.

"Kak Nuha!" Panggil Nurani tergesa-gesa. Dia berlari anak mendapatkan Nuha sebelum Nuha pergi.

"Apa?" Nuha mengangkat keningnya.

Nurani menyeluk poket seluarnya. Not RM50 dua keping dikeluarkan lalu dihulur kepada Nuha. "Nura tak ada banyak duit pun nak bagi Kak Nuha. Tapi cukupkan RM100 ni untuk Kak Nuha? Kak Nuha jangan lupa sarapan nanti kat sana. Nura doakan keselamatan Kak Nuha."

Nuha tersenyum tawar lalu mengangguk. Dia menoleh kebelakang lalu meneruskan langkahnya.

Nadim bangkit dari duduknya lalu mendapatkan Nuha. "Nuha tak nak abang Nadim hantar?" Memandangkan Nurani sudah memberi Nuha duit, dia menawarkan diri untuk menghantar Nuha ke tempat kerja.

Nuha berpaling lalu tergelak sinis. Dia memandang motorsikal buruk milik abangnya yang terletak dibawah rumah mereka. Dia naik motorsikal itu ke pejabat? Memang minta simpanglah! Malu lah dia dengan pekerja yang lain kalau mereka ternampak dia naik motorsikal buruk itu.

"Tak payah lah. Elok-elok Nuha boleh sampai awal. Tak pasal-pasal datang lambat. Motor buruk abang Nadim tu bukan boleh percaya. Dibuatnya rosak tengah jalan, naya Nuha nanti. Nuha nak kena berjalan kaki pula. Tak kuasa lah Nuha. Nuha naik teksi aje. Dah lah, Nuha nak gerak dah ni."  Langkahnya disambung semula.

Rintihan Rasa ✔️Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang