Datin Harizah ralit termenung sendiri di balkoni rumahnya. Entah apa yang difikirnya itu. Mungkin dia merindui menantunya itu. Ya lah, sudah lama juga tak jumpa dengan Nuha. Bila agaknya Nuha mahu datang menjenguknya. Banyak sangat gossip yang mahu di kongsi.
"Mama!" Sergah Nuha dari belakang membuatkan Datin Harizah terperanjat. Nasib baik dia bukan jenis melatah sangat. Kalau tidak, mahu riuh sekampung dibuatnya.
"Nuha, Nuha datang juga jumpa mama. Mama rindu Nuha tahu? Baru tadi mama terfikirkan Nuha. Tiba tiba Nuha datang." Datin Harizah lantas memeluk tubuh menantunya itu melepaskan rindu.
"Entahlah mama. Tiba tiba saja dapat petunjuk supaya jumpa mama hari ni. Jadi tepat la masanya Nuha jumpa mama kan?"
"Mama rindu Nuha sangat tahu? Dekat dua bulan juga kita tak jumpa. Ammar tu bukannya reti nak bawa Nuha kat mama. Suka sangat kurung isteri." Datin Harizah memuncungkan bibirnya.
"Tak ada lah ma. Nuha aje yang tak berapa sihat sejak kebelakangan ni. Tapi hari ni Nuha dah datang nak lepaskan rindu."
"Nuha tak sihat? Nuha sakit apa? Pergi klinik tak?" bertubi tubi soalan diberikan kepada Nuha. Jelas ada riak kerisauan dimukanya itu.
"Pening pening aje mama. Sikit aje lah. "
"Ni Ammar mana?" Soal Datin Harizah sambil matanya meliar mencari kelibat Ammar. Dari tadi dia hanya nampak Nuha saja. Ammarnya mana dia pun tak tahu.
"Ammar tak ada. Nuha datang sorang saja mama." ujar Nuha.
"Habis tu Nuha datang naik apa? Memang nak kena lah Ammar ni biar isteri dia sorang sorang datang sini. Kalau apa apa jadi dengan Nuha nanti macam mana? Mama pula yang risau tahu?"
"Nuha naik Grab lah mama. Mama jangan lah risau. Ni kan Nuha selamat depan mata mama ni." Nuha tersenyum nipis. Dia mencapai tangan Datin Harizah untuk menenangkan wanita itu.
Sedang mereka berbual bual, tiba tiba Nuha terasa mahu muntah. Cepat cepat dia meminta diri mahu ke tandas. Datin Harizah mula risau kembali. Dia mengekori Nuha ke tandas. Kedengaran Nuha sedang muntah. Teruk juga muntahnya itu. Datin Harizah mula terfikir sesuatu.
"Kalau dah muntah teruk macam ni. Tak ada sebab lain ni." Datin Harizah mula menggeleng kepala sambil tersenyum lebar. Dia menunggu Nuha keluar dari tandas.
"Mama.." panggil Nuha lemah. Dia cuba menahan tubuhnya supaya tidak jatuh dengan memegang dinding.
"Nuha kenapa ni sayang?" Tanya Datin Harizah dengan nada cemas.
"Nuha..." tak sempat Nuha menghabiskan ayatnya dia terus tak sedarkan diri dan hampir rebah. Mujur ada Datin Harizah untuk menyambutnya.
**
Setelah mendapat panggilan daripada Datin Harizah mengatakan Nuha pengsan tak sedarkan diri. Kelam kabut juga Ammar pulanh ke rumah Datin Harizah demi melihat keadaan Nuha. Fail bersepah di atas meja pula hanya dibiarkan tak berkemas. Baginya, Nuha lebih penting.
Sampai sahaja di rumah Datin Harizah, Amamr terus mendapatkan Nuha. Kelihatan Nuha sedang terbaring lemah tapi sudah sedarkan diri.
"Kenapa Nuha pengsan? Sayang okay ke sekarang ni? Jom kita pergi hospital nak?" Ammar lantas mencempung tubuh Nuha untuk dibawa ke kereta namun sempat ditahan oleh Datin Harizah.
"Kenapa tanya Nuha? Cuba tanya budak kecil tu kenapa dia buat Nuha pengsan." Datin Harizah sudah mula memberi isyarat. Dia tersengih melihat Nuha sudah tersenyum kecil.
Ammar mula berasa pelik. Dia memandang sekeliling ruangan bilik itu mencari 'budak kecil' yang disebut oleh Datin Harizah. Puas juga dia mencari, namun tak jumpa juga. Budak kecil apa yang dimaksudkan oleh Datin Harizah? Dia memang tak faham. Otaknya memang lambat menangkap apa yang cuba Datin Harizah sampaikan.
"Budak? Mana ada budak dalam bilik ni. Biar betul mama ni? Nuha, nampak budak kecil tak? Abang cari tak jumpa pun." Ammar masih giat mencari. Datin Harizah dan Nuha hanya tergelak melihat ekpresi wajah Ammar yang aneh.
"Budak tu menyorok." Ujar Nuha sambil tidak mahu berterus terang.
"Sorok dimana? Malas lah abang nak cari. Abang risaukan Nuha saja ni." Ammar seperti sudah mengalah. Dia lebih risaukan Nuha.
Nuha tersenyum kecil. Dia mencapai tangan Ammar lalu dia bawa ke perutnya yang masih kempis itu. Tangan Ammar yang sudah mendarat di perutnya itu dibelai lembut.
"Budak kecil tu menyorok dalam ni."
Ammar berfikir sejenak sebelum dapat menangkap kata kata Nuha. Dia memang lambat memahami setiap bait kata Nuha. Tapi tak lama kemudian terus Ammar tersenyum lebar.
"Nuha mengandung ke?" Ammar betul betul teruja. Dia sudah bersiap sedia mahu melompat keriangan. Sebaik sahaja Nuha mengangguk, Ammar lantas terkinja kinja tanda gembira yang teramat.
Nuha hanya tersenyum nipis. Walaupun dalam hatinya masih ragu ragu tapi entah kenapa dia juga turut gembira dan tak sabar mahu menunggu kelahiran bayi yang sedang dikandungnya itu. Melihat raut wajah Ammar yang terlampau teruja itu sedikit sebanyak menimbulkan rasa meluat kepada Nuha.
"Terima kasih sayang. Berita ni lah berita yang paling gembira."
"Selepas ni Ammar kena layanlah perangai Nuha. Ragam orang mengandung ni lain tahu?" Pesan Datin Harizah.
"Ya mama. Ammar faham. Mesti lepas ni Nuha minta macam macam kan. Tak apa, demi Nuha abang sanggup buat apa saja. Nuha nak bintang kat langit pun abang boleh petikkan." Ujar Ammar dengan ayat gurauan dihujungnya. Satu ruangan bilik itu tergelak mendengar lawak Ammar.
"Abang jangan macam macam tau. Kalau Nuha minta betul betul bintang tu baru abang tahu. Nak bergurau pula." Nuha menjeling manja.
"Ala sayang janganlah macam tu. Sudah terang lagi bersuluh abang tak mampu nak buat tu. Tapi demi Nuha, abang boleh buat apa saja tau. Kecuali bintang tu lah." Ammar tersengih kambing.
Nuha menggeleng lalu mencubit lengan Ammar sehingga lelaki itu terjerit kecil.
"Aduh mama. Ketam cantik ni dah mula sepit Ammar lah." Ammar mengadu sakit kepada Datin Harizah.
"Padan lah muka. Suka sangat mengusik kan. Cubit dia lagi Nuha. Cubit mulut dia sekali." Datim Harizah seakan menyokong saja. Apa dia peduli Nuha nak cubit Ammar. Lagi dia gelakkan saja adalah.
Sedang dua beranak itu meriah bergelak ketawa, Nuha mula memikirkan agenda jahat untuk mengenakan Ammar. Senyuman sinis mula ditunjukkan.
KAMU SEDANG MEMBACA
Rintihan Rasa ✔️
RomansaSTART - 15 NOVEMBER 2020 END - 24 FEBRUARI 2022 Nuha Madina seorang gadis yang membesar dengan layanan seorang ayah yang dibezakan antara dia dan Nurani Marisa, adik kandungnya. Dia tidak pernah merasa kasih Pak Yussof walaupun dia memang anak kandu...