Sejak tadi Nuha hanya duduk dihadapan televisyen menonton cerita cerita yang disiarkan di layar kaca itu. Malam itu memang malam membosankan sekali. Nuha dan Ammar langsung tiada idea mahu membuat apa. Kalau tak main telefon pintar, tengok televisyen pula. Perkara itu mereka lakukan berulang kali. Mahu keluar rasa malas pula. Malam ini bukan mood mahu keluar bersiar siar pada waktu malam.
Ammar mendekati Nuha yang duduk di atas katil dan masih ralit matanya memandang kaca televisyen. Rambut Nuha di usik perlahan.
"Buat apa tu?" Soal Ammar lalu duduk bersebelahan Nuha.
"Tengah tengok tv ni."
"Malam ni bosan semacam lah. Kau tak rasa bosan ke?"
Nuha mengeluh kecil. "Bosan lah. awak tak nampak saya tengok tv aje dari tadi? Tu sebab nak hilangkan bosan lah."
"Nampak lah. Kau okay tak kalau aku nak tanya kau satu soalan?" Wajah Ammar seperti ragu ragu. Entah kenapa terbit pula rasa mahu bertanya. Lagipun memang dia dah lama mahu bincangkan perasaannya. Lama lama simpan buat jadi pekasam buat apa.
"Soalan apa?" Nuha seperti berminat mahu mendengar. Dia mengubah posisinya menghadap Ammar.
"Aku nak tanya, betul kau sayangkan aku?" Ammar mula mengajukan soalan pada Nuha.
Nuha tergamam. Dia pantas melarikan pandangannya. Satu senyuman sinis muncul di bibirnya. Ammar betul betul anggap serius dengan kata katanya kah? Itu bermakna ia berita gembira lah. Ammar sudah termasuk dalam perangkap yang dia cipta. Tak sia sia dia mencederakan diri demi Ammar. Akhirnya Ammar buta juga dengan pengorbanan yang konon ikhlas itu. Padahal dia mahu jatuhkan Ammar saja. Dulu kan dia pernah berhasrat mahu membuat Ammar sujud di kakinya.
Sekarang, hasratnya sudah menjadi nyata. Pasti selepas ini dia akan menjadi permaisuri. Nuha ketawa jahat di dalam hati.
"Memang saya ikhlas sayang dan cintakan awak. Cuma saya tahu saya tak layak untuk ada tempat dalam hati awak. Kenapa awak cakap pasal hal ni?" Nuha cuba mengawal mukanya dari menunjukkan riak jahat. Muka sayu di paparkan dihadapan Ammar.
"Aku tak pasti apa yang aku rasa. Yang pasti aku rasa selesa sangat dengan kau. Salah ke kalau aku cakap yang aku nak kita ubah cara kita? Maksud aku, tak salah kan nak mencuba hidup macam suami isteri yang lain?" Tergagap gagap Ammar mahu menyatakan isi hatinya.
Nuha seakan terpana. Dia benar benar terkejut dengan apa yang Ammar sampaikan.
"Awak jangan main main lah Ammar. Saya tak suka dipermainkan. Kalau awak tak yakin, jangan bincang tentang ni. Akhirnya nanti saya yang sakit."
"Aku serius Nuha. Aku dah lama fikir tentang perkara ni. Kau selamatkan aku dan bahayakan nyawa kau sendiri. Semua tu cukup menunjukkan keikhlasan kau."
"Jadi? Awak terima saya sebab awak terpaksalah kan? Sebab saya selamatkan awak. Kalau masa tu, saya tak ada. Mungkin sekarang saya dibenci dan dimaki awak. Betul?" Wajah Nuha berubah keruh. Dia memang tidak berpuas hati. Begitu senang lelaki mengucapkan ayat begitu.
Ammar menarik nafas perlahan. Kedua tangan Nuha dicapai dan dibelai lembut. Mata Ammar menatap lama wajah Nuha. Dia mahu bertentang mata dengan Nuha biar Nuha dapat rasa apa yang cuba dia jelaskan.
Nuha tidak melawan. Dia membenarkan saja tangan Ammar mendarat di tangannya.
"Aku percaya, kau jodoh aku. Jodoh yang ditakdirkan untuk aku. Jodoh datang dari berbagai cara, Nuha. Aku dah tak peduli pasal itu. Kalau dah tertulis yang kita berjodoh, tak ada yang boleh menghalang. Aku percaya, Allah hadirkan kau untuk aku."
Nuha menunduk. Dia seakan berfikir sejenak. Kemudian, tangan Ammar dikucup perlahan.
"Setiap hari saya berdoa supaya awak akan belajar cintakan saya. Hari ini, saya dapat peluang macam ni. Saya terharu dan macam tak percaya." Perlahan air mata palsu Nuha jatuh ke pipi. Demi untuk mengaburi mata Ammar, dia boleh saja berlakon menangis.
"Selama ni, memang hati ni dah rasa lain macam. Cuma baru harini, abang ada kekuatan untuk meluahkan semua isi hati abang pada Nuha." Ammar mula mengubah panggilannya walau bunyinya seperti kurang selesa. Tapi kalau hari hari digunakan, pasti terbiasa nanti.
Nuha seakan terpana. Abang? Ammar bahasakan dirinya abang? Ini maknanya Ammar memang sudah betul betul serius mahu menjadi suaminya? Maksudnya, dia sudah merampas tempat Nurani di hati Ammar? Nuha mula tersenyum sinis. Walaupun dia memang tak selesa langsung mahu memanggil Ammar sebagai 'Abang'. Tapi dia akan cuba.
"Saya kena panggil awak, 'abang'?" Nuha mengerutkan keningnya.
"Abang tak kesah. Ikut hati Nuha. Abang faham sekarang ni Nuha memang tak selesa. Tapi kita cuba biasakan panggilan ni. Boleh?" Pinta Ammar sambil tersenyum.
"Abang..." Panggil Nuha perlahan. Suaranya sedikit bergetar ketika memanggil.
"Ya Nuha?" Ammar tersenyum senang apabila Nuha sudah mula memanggilnya 'abang'.
"Nuha sayang abang. Abang jangan tinggalkan Nuha, ya? Nuha tak boleh hidup tanpa abang." Ucap Nuha membuatkan Ammar terharu. Mana mungkin dia akan tinggalkan Nuha.
"Takkan la abang nak tinggalkan isteri abang. Nuha akan sentiasa berada disisi abang dan menjadi bidadari untuk abang." Kepala Nuha dikucup dengan penuh kasih. Terasa lega sekali hatinya dapat berbuat demikian. Memang meluahkan perasaannya merupakan pilihan yang tepat. Dia merasa bahagia sekali apabila sudah serius dengan Nuha.
**
Malam itu, merupakan malam pertama Nuha dan Ammar menjalankan tanggungnya mereka sebagai suami isteri. Ammar akhirnya memberi nafkah batin untuk isterinya. Terasa bahagia sekali Ammar apabila dapat menikmati kehidupan seperti suami isteri yang lain. Tiada lagi perang mulut antara dia dan Nuha. Kini, Ammar akan cuba sehabis baik untuk menjaga hati isterinya. Dia tak akan sia siakan Nuha lagi.
Sewaktu Ammar nyenyak tidur kerana keletihan, Nuha terjaga dari tidurnya. Nuha memerhati Ammar yang lena disebelah. Dia memeluk tubuhnya dengan perasaan risau.
"Betul ke apa aku buat ni? Kalau aku mengandung nanti macam mana? Aku tak bersedia." Ujar Nuha perlahan sambil menggelengkan kepalanya.
Dia tidak mahu mengandung. Lagi lagi dia terpaksa menyimpan benih Ammar di dalam rahimnya. Dia tak akan dapat menerima anak dari lelaki itu. Dia tidak sukakan Ammar pun. Tak mungkin dia mahu mengandungkan anak Ammar, lelaki yang dibencinya itu.
"Aku tak mahu anak kau melekat di dalam rahim aku. Aku tak nak anak aku berbinkan nama kau." Ucap Nuha perlahan sambil menitiskan air mata tidak relanya itu.
KAMU SEDANG MEMBACA
Rintihan Rasa ✔️
RomanceSTART - 15 NOVEMBER 2020 END - 24 FEBRUARI 2022 Nuha Madina seorang gadis yang membesar dengan layanan seorang ayah yang dibezakan antara dia dan Nurani Marisa, adik kandungnya. Dia tidak pernah merasa kasih Pak Yussof walaupun dia memang anak kandu...