Bab 71

10K 294 17
                                    

Ammar mengesat matanya yang masih mamai. Dia menilik jam didinding yang menunjukkan jam 9 pagi. Seketika Ammar menguap. Dia baru bangun dari tidur. Hari ini dia tidak masuk kerja. Malas mahu datang pejabat.

Semenjak Nuha tak ada ni, dia tak jadi fokus. Sifat malas mula membuak buak. Dia tidak berminat mahu membuat apa apa. Kalau boleh masanya mahu dihabiskan dengan termenung dan tidur. Mahu makan pun jadi tidak berselera.

Ammar menapak keluar dari bilik. Dia menuruni setiap anak tangga ke bawah untuk menuju ke ruang tamu. Dia masih menguap bagi menghilangkan mengantuknya.

"Abang baru bangun? Nuha dah masakkan abang nasi goreng pataya. Mesti abang suka..." Suara itu muncul tidak tahu dari mana. Ammar kelam kabut menoleh kiri kanan. Rupanya itu suara di dalam fikiran Ammar. Terngiang ngiang dikepalanya suara Nuha yang pasti muncul setiap kali dia turun menuju kedapur.

"Nuha, abang rindu Nuha..." Wajah Ammar mula memerah menahan tangis.

"Mana Nuha pergi? Abang cari Nuha tak jumpa jumpa."

***

Nadim termenung seorang diri ditangga rumahnya. Dia terkenangkan Nuha. Dia tak sanggup bayangkan bagaiman kehidupan Nuha sekarang. Apa agaknya yang sedang Nuha buat? Dia bingung kemana lagi Nuha pergi kalau bukan pulang ke kampung? Ammar juga tak tahu dimana Nuha berada.

"Kenapa Nuha? Kenapa Nuha tak balik sini? Kenapa Nuha suka susahkan orang? Nuha tak pernah berubah kan?" Nadim teresak menangis. Didalam hatinya dia begitu sebak dan risau tentang Nuha. Bagaiman Nuha mahu teruskan hidup dengan keadaannya begitu?

"Nuha tahu kan abang Nadim dah tak ada siapa lagi selain Nuha? Kalau Nuha tak ada nanti. Tinggallah abang Nadim sebatang kara didunia ni. Sanggup Nuha tinggalkan abang Nadim?"

Nadim menyeka air matanya. Dia mencuba untuk berhenti menangis. Dia menyimpan hasrat didalam hatinya untuk mencari Nuha. Dia pasti Nuha akan ditemui tak lama lagi. Nalurinya kuat menyatakan Nuha sedang selamat.

***

"You tak terfikir ke nak jumpa sesiapa? I mean. Family you mesti nak jumpa you sekarang ni." Zarith memandang Nuha yang sedang termenung sambil mengusap perutnya. Dia sebak melihat wajah Nuha yang sembab seakan menangis semalaman. Pasti Nuha tak sedap hati. Malamnya mesti dipenuhi dengan tangisan. Sama ada menangis kerana rindu atau kecewa.

Kadang kadang dia kasihan dan tertanya tanya kenapa Ammar sanggup melukakan hati Nuha. Walaupun tak dinafikan, dia tahu Nuha juga ada sisi buruknya. Tapi kenapa? Kenapa sampai begitu sekali Ammar menguji Nuha? Kenapa harus melibatkan keselamatan Nuha dan anak dalam kandungannya? Tidak bolehkan Ammar merendahkan sedikit egonya demi isteri yang sedang sarat mengandung itu?

"Siapa lagi yang i nak jumpa? Abang kandung i sendiri buang i. I cuma ada anak i aje." Nuha tersenyum sebak.

"Kalau boleh i minta pada Allah. I nak jumpa mak dan abah i. I nak jumpa Nurani. Mereka bertiga aje yang i nak. I tak kuat nak hadap semua ni. Kalau bukan sebab anak i, nama i tak kan wujud dah dalam hidup sesiapa." sambung Nuha lagi.

Zarith menunduk.

"Ammar nak sangat jumpa you. Tapi i tak pernah bagitahu apa apa pun pasal you. Cuma setiap kali sembang berdua, dia akan kaitkan you. I tengok keadaan dia teruk. Mungkin dia terlampau rindukan you, Nuha. You tak nak jumpa dia?"

Nuha perlahan menggeleng.

"I belum sedia lagi..."

"Sampai you bersalin nanti?"

Nuha menoleh ke arah Zarith. Mulutnya terkumat kamit mahu menjawab. Tapi dia sendiri tiada jawapan. Mungkin kerana dia juga berfikir begitu.

Takkan lah dia mahu menyorok sampai anaknya lahir? Ammar kan berhak untuk berjumpa dengan anaknya sendiri. Lagipun selama ni, memang anak ni yang Ammar akan risaukan. Bukan dirinya.

***

Nadim menoleh kiri dan kanan sebelum dia melintas jalan raya untuk menuju ke stesen bas berdekatan. Dia menjinjing sebuah beg sederhana besar berisi baju. Dia mahu ke bandar untuk mencari Nuha. Pasti Nuha masih berada disitu.

"Abang Nadim akan cari Nuha sampai jumpa. Lepastu kita mulakan hidup baru di kampung. Abang Nadim nak ambil Nuha balik tinggal dengan abang Nadim..." Gumam Nadim di dalam hati.

Rintihan Rasa ✔️Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang