"Habistu macam mana sekarang ni?" Soal Nadim. Matanya melirik pada Nuha dan Ammar yang menunduk sepi. Marah Nadim masih belum reda lagi. Dia begitu bengang dengan Ammar. Sanggup dia memperlakukan Nuha seperti perempuan yang tiada harga diri. Pasti Nuha akan menjadi trauma selepas ni.
Nadim mengalihkan pandangannya kepada Nurani. Nurani pasti kecewa dengan Ammar. Lelaki yang dia cinta rupanya mempunyai nafsu serupa binatang.
Datin Harizah dan Dato Muzaffar turut berada diruang tamu rumah Pak Yussof. Mereka berdua hanya diam tidak bersuara. Jauh disudut hati, mereka berdua kecewa dengan apa yang terjadi.
"Saya minta maaf atas semua yang berlaku. Tapi sumpah, saya tak apa-apakan Nuha. Nura, Nura percayakan Ammar kan? Nura percayakan Ammar cuma sayangkan Nura?" Ammar cuba untuk meraih simpati Nurani. Dia mahu Nurani mendengar dirinya. Kerana dia tahu, Nurani mencintai dirinya.
Nurani cuma menunduk. Dia diam umpama mulutnya digam dengan gam gajah. Sakit hatinya sampai tak boleh nak bersuara. Dia sangat kecewa dengan Ammar. Hanya air matanya saja mampi menggambarkan pedih dihati.
"Masa Nuha hantarkan fail Kak Rina, Ammar suruh Nuha urutkan dia sebab dia lenguh dan penat. Nuha tak nak sebab tak manis. Kami berdua bukan mahram. Tapi dia kata kalau tak turut apa dia mahu nanti dia akan buang Nuha. Bila Nuha nak menurut, tiba-tiba aje dia terkam Nuha. Nasib baik abang Nadim sampai sebelum dia rogol Nuha." Nuha mereka cerita. Dia mahu membuatkan Ammar dibenci oleh Nadim dan Nurani. Barulah senang dia mahu meneruskan rancangannya.
"Bohong! Saya sama sekali tak buat apa yang Nuha kata tu. Tolonglah percayakan saya. Hei, Nuha. Kenapa kau menipu macam ni? Bila masa aku nak rogol kau? Aku dah agak kau mesti ada agenda jahat kan? Kau nak tengok aku dan Nurani berpisah kan?" Tengking Ammar.
Nuha menggeleng laju. Semakin kuat tangisnya apabila ditengking oleh Ammar. Sebenarnya dia takut juga melihat muka keruh milik Ammar iti. Jelas sekali kemarahan yang membara diwajah Ammar.
"Sudah. Sekarang ni, kita kena fikirkan jalan penyelesaian." Dato Muzaffar mula bersuara.
"Nuha nak Ammar bertanggungjawab keatas Nuha. Nuha ada maruah. Tapi Ammar senang-senang pijak maruah Nuha." Ujar Nuha. Dia mahu Ammar mengahwini dirinya.
"Apa yang kau merepek ni, Nuha? Kau suruh aku bertanggungjawab atas apa yang aku tak buat? Kau nak aku nikah dengan kau? Jangan mimpilah Nuha! Aku cuma akan mengahwini Nura."
"Sudah! Saya tak nak kahwin dengan awak, Ammar! Saya nak awak bertanggungjawab pada kakak saya. Awak buat silap yang besar kalau awak cuba mengapa-apakan Kak Nuha. Dia kakak kandung saya. Awak kena hormat dia. Bukan pijak maruah dia!" Nurani mula menaikkan suaranya kepada Ammar demi mempertahankan Nuha. Dia tidak sanggup melihat Nuha bersedih.
"Apa yang Nura cakap ni? Kita dah janji nak kahwin kan Nura?"
"Ya, tapi itu sebelum awak buat kakak saya macam perempuan murah. Sekarang, saya tawar hati pada awak. Kalau awak masih ada nilai perikemanusiaan dalam diri awak, awak nikah dengan Kak Nuha."
"Tapi Nura..."
"Kami dari pihak Ammar, kami setuju untuk menikahkan Ammar dengan Nuha. Kami turut berduka cita dengan apa yang berlaku. Kami tak sangka Ammar sanggup menconteng arang ke muka kami. Nuha, aunty minta maaf." Ucap Datin Harizah lalu menghampiri Nuha. Tubuh Nuha yang sedikit menggeletar itu dipeluk erat. Kasihan melihat nasib gadis baik seperti Nuha menjadi seperti itu. Dia sebagai perempuan amat memahami Nuha. Dia tahu Nuha memerlukan tubuh hangat untuk dipeluk.
Nuha membalas dakapan Datin Harizah. Entah kenapa, hatinya sedikit tersentuh. Tiba-tiba dia merindukan Mak Asmah. Dia sudah lama tidak merasakan kasih sayang seorang ibu semenjak kematian maknya.
KAMU SEDANG MEMBACA
Rintihan Rasa ✔️
RomanceSTART - 15 NOVEMBER 2020 END - 24 FEBRUARI 2022 Nuha Madina seorang gadis yang membesar dengan layanan seorang ayah yang dibezakan antara dia dan Nurani Marisa, adik kandungnya. Dia tidak pernah merasa kasih Pak Yussof walaupun dia memang anak kandu...