Setelah beberapa hari duduk di hospital, Nadim kini dibenarkan untuk pulang. Tapi entah kenapa Nadim terasa kekurangan. Sudah berapa lama Nurani tidak menjenguknya. Nurani sakitkah sampai tidak mahu datang melawatnya? Ataupun Nurani tiada duit untuk menaiki teksi ke hospital?
"Abang Nadim fikir apa tu?" Tegur Nuha sambil mendekati Nadim yang duduk termenung dibirai katil wad itu.
"Tak ada apa. Cuma pelik, sejak berapa hari ni, Nurani tak ada datang pun. Nuha tahu kenapa Nura tak datang jumpa kita?" Soal Nadim ingin tahu.
"Tak tahu lah. Mungkin dia penat kot. Ataupun dia malas nak datang. Tapi tak apa, Nuha kan ada nak jaga abang Nadim. Mari Nuha tolong abang Nadim duduk atas kerusi roda ni. Kita nak balik rumah ni." Balas Nuha sambil tersengih kecil. Dia memapah Nadim agar duduk diatas kerusi roda.
Nadim hanya mengangguk lemah. Dia tidak mahu berfikir lama tentang Nurani. Lagipun bukannya dia tidak akan jumpa Nurani dirumah nanti. Harini dia akan pulang. Pasti Nurani sedang menunggunya dirumah. Nadim tidak sabar mahu pulang, sudah lama mereka tiga beradik tidak berkumpul bersama.
"Dah beres ke semua? Kalau dah jom kita bertolak? Risau traffic jammed pula nanti. Hari pun dah nak masuk petang dah ni." Tegur Ammar yang baru muncul dari luar bilik. Dia pun tidak sabar mahu menghantar Nadim ke rumahnya. Pasti dia akan bertemu dengan Nurani nanti. Terubat jua kerinduan dihati.
"Jom abang Nadim? Nuha tolak abang Nadim keluar." Nuha mula menolak perlahan kerusi roda menuju keluar dari ruangan tersebut. Dia sempat memandang wajah Ammar yang tersengih seperti orang angau itu. Riak muka menyampah mula ditunjukkan. Mujur lelaki itu tidak melihat dirinya.
"Macam lah aku tak tahu kau senyum macam tu sebab kau tak sabar nak jumpa Nurani kan? Senyumlah sepuasnya Ammar Huzair. Sebab bila kau sampai saja dirumah itu nanti. Jangankan Nurani, bayang Nurani pun kau tak sempat jumpa. Puas hati aku dapat halau perempuan tak guna tu." Kata Nuha didalam hatinya sambil memerhati Ammar. Teruja benar rasanya mahu melihat Ammar tergamam apabila ketiadaan Nurani. Sesedih mana pun Ammar atas pemergian Nurani, dia tidak peduli. Dia tahu sedihnya Ammar bukan lama mana pun. Lambat laun pasti dia akan lupakan Nurani juga.
Nurani akan lenyap dari ingatan semua orang! Itu yang dia mahu selama ini. Dia tidak mahu Nurani muncul lagi dalam hidupnya. Cukuplah selama ini dia sakit hati apabila Nurani ada.
Sampai sahaja dihadapan rumah mereka, Ammar pantas mengeluarkan kerusi roda dari dalam bonet kereta. Nuha pula membuka pintu untuk Nadim yang berada ditempat duduk belakang. Setelah itu, Ammar membantu Nadim untuk duduk diatas kerusi rodanya itu.
Rumah usang itu dipandang lama. Entah kenapa, Nuha merasa rindu pula dengan rumah itu. Serta merta ingatan menyinggah pada Mak Asmah. Wanita itulah yang sentiasa berada hatinya sehingga sekarang. Segala kenangan bersama maknya itu membuatnya rindu yang tidak terhingga. Tanpa disedari air matanya jatuh menitis. Sungguh terasa sebak jiwanya sekarang. Tapi dalam kerinduan, terdapat kebencian dan dendam yang terbuku disanubarinya. Perbuatan Pak Yussof dan Nurani tidak akan dia lupa sampai ke mati.
Nuha berhenti daripada termenung panjang. Dia mengikuti Ammar yang menolak kerusi roda Nadim kearah pintu hadapan itu.
"Assalamualaikum Nura, abang Nadim dah balik ni. Nura tak nak buka pintu ke?" Soal Nadim dengan nada teruja. Tidak sabar mahu melihat reaksi Nurani apabila melihat kepulangannya.
Nuha hanya memerhati sambil mendiamkan diri.
"Nuha tahu kan mana abang Nadim selalu letak kunci ganti? Boleh tolong ambilkan?"
Nuha mengangguk. Dia menapak menuju ke bawah rumah kayu itu. Rak kayu yang berada disebelah tempat Nadim selalu memarkir motorsikal didekati. Nuha mencapai kotak kecil lalu mengeluarkan kunci rumah dari dalamnya. Kemudian, dia menuju ke arah Nadim dan Ammar semula.
KAMU SEDANG MEMBACA
Rintihan Rasa ✔️
RomanceSTART - 15 NOVEMBER 2020 END - 24 FEBRUARI 2022 Nuha Madina seorang gadis yang membesar dengan layanan seorang ayah yang dibezakan antara dia dan Nurani Marisa, adik kandungnya. Dia tidak pernah merasa kasih Pak Yussof walaupun dia memang anak kandu...