"Sakitnya hati aku!" Omel Nuha perlahan didalam bilik pejabatnya. Dia memandang fail-fail yang berselerak diatas mejanya itu. Nafas kasar dihembus. Belum apa-apa lagi Ammar sudah membuat dirinya bengang.
Baik dia jadi pembersih saja kalau dia sendiri yang harus membersihkan bilik yang bersepah itu. Nama saja pembantu peribadi tapi cara layanan macam tukang sapu. Memang kurang asam punya Ammar!
"Macam mana bilik? Okay?" Tegur Ammar sambil tersenyum. Dia memasuki bilik Nuha. Tangan disilangkan.
Nuha mengetap giginya. Okay? Memang tidak lah! Sudahlah kecil, bersepah pula tu. Dadanya dipegang. Dia cuba untuk bersabar. "Okay sangat Encik Ammar." Senyuman manis dihadiahkan kepada Ammar yang berdiri dihadapannya.
"Baguslah kalau kau suka. Kemas lah apa yang patut dalam bilik ni. Persekitaran mempengaruhi kerja." Ammar memandang sekeliling bilik itu. Tanpa menunggu jawapan Nuha, Ammar menyusun langkah untuk beredar.
Kaki dihentak kuat apabila Ammar hilang dari pandangan. Geram sungguh tengok wajah konon bagus Ammar ni. Mentang-mentang majikan besar dalam syarikat. Nak buli-buli pulak. Tunggu sajalah nanti Ammar. Tunggu saja nanti masa yang sesuai. Tiba masanya nanti, kau akan menyesal buat aku begini.
NURANI yang baru saja selesai menghidangkan makanan lantas mendaki tangga kayu untuk ke bilik Pak Yussof. "Abah, dah tengah hari ni. Abah tak bangun tidur lagi. Abah tak lapar ke? Nura dah siap masak." Nurani menggerakkan tubuh Pak Yussof supaya bangun dari tidur.
Tiada reaksi dari Pak Yussof membuatkan Nurani sedikit bimbang. Pipi abahnya itu ditepuk perlahan.
"Abah... bangun... Jangan lah buat Nura risau." Nurani tersenyum hambar. Tubuh Pak Yussof digoncang dengan kencang supaya Pak Yussof tersedar.
"Abah..." panggil Nurani lebih kuat. Jarinya dihala pada hidung abahnya itu. Air mata Nurani menitis laju. Tiada hembusan nafas dia rasakan. Nurani seperti tidak percaya dengan apa yang berlaku. Tubuh abahnya itu digoncang lagi.
"Abah!" Nurani cemas. Dia mundar-mandir mencari telefon pintarnya untuk menelefon Nadim yang berada dikebun getah.
"Assalamualaikum Nura. Kenapa telefon abang Nadim ni?"
"Abang Nadim, abah..." Nurani hilang kata-kata. Hatinya teramat sedih sehingga tidak dapat bercakap.
"Nura, jangan lah buat abang Nadim risau. Kenapa dengan abah? Abah jatuh ke?" Nadim mula bimbang.
"Abah dah tak ada." Tangisan kuat dilepaskan. Nurani jatuh terduduk. Bahu terhenjut-henjut kerana menangis teruk.
Nadim membulatkan matanya. "Pasti Nurani main-main saja kan? Jangan lah bergurau macam ni Nura. Abang Nadim tengah kerja ni." Lembut suara Nadim menegur Nurani. Dia tidak percaya dengan apa yang Nurani beritahu. Susah hatinya untuk menerima apa yang dikatakan.
"Nurani tak main-main abang Nadim. Baliklah cepat."
Spontan Nadim berlari kearah motorsikalnya yang diparkir di tepi pondok usang. Dia harus cepat pulang kerumah untuk memastikan apa yang Nurani katakan itu benar. Matanya menitiskan air mata hangat disaat dia ralit menunggang motorsikal. "Abah..." panggil Nadim perlahan.
MELIHAT suasana biliknya yang hampir siap dikemas, Nuha melabuhkan punggungnya diatas kerusi. Nafas penat dilepaskan. Jam di pergelangan tangan ditilik sekilas. Sebentar lagi dah nak masuk waktu makan tengah hari. Perutnya berbunyi kerana lapar dan penat. Cepatlah sikit masa makan tengah hari. Dia tidak tahan dah ni. Kebulur sangat dah ni.
KAMU SEDANG MEMBACA
Rintihan Rasa ✔️
Любовные романыSTART - 15 NOVEMBER 2020 END - 24 FEBRUARI 2022 Nuha Madina seorang gadis yang membesar dengan layanan seorang ayah yang dibezakan antara dia dan Nurani Marisa, adik kandungnya. Dia tidak pernah merasa kasih Pak Yussof walaupun dia memang anak kandu...