Selesai saja mandi, Ammar terus menyiapkan dirinya. Dia bergegas mahu ke pejabat kerana hari ini ada perjumpaan penting dengan client. Kalau boleh dia tak mahu lambat. Sebab itu lah dia bersiap awal. Minyak wangi dicapai lalu disembur pada badannya. Dia haruslah rapi dan harum. Demi menjaga hati client, dia menjaga kekemasan dirinya. Tapi memang setiap hari Ammar kemas saja. Tak pernah lah dia selekeh ke tempat kerja.
Nuha terjaga daripada tidurnya apabila terhidu bau minyak wangi Ammar yang semerbak. Memang ketika mengandung ni deria baunya kuat betul. Walaupun hanya sembur sedikit minyak wangi, terasa hidungnya seperti tertusuk dengan bau tersebut. Macam tuang sebotol minyak wangi ke dalam hidung.
"Abang nak pergi mana?" Soal Nuha dengan nada malas. Dia separuh sedar separuh mamai. Matanya yang seperti silau digosok perlahan. Kemudian dia menguap sambil menekup mulutnya itu.
"Abang macam biasalah sayang. Nak pergi kerja." Jawab Ammar dengan senyuman. Tali leher dibetulkan agar lebih kelihatan rapi. Pantulan dirinya dicermin ditatap lama sambil tersenyum sendiri. Kelihatan gembira sungguh Ammar hari ini. Ya lah, untung nak mari. Bukannya selalu dapat jumpa client yang bagi untung terlebih lebih lebih lumayan ni.
"Tak payah lah pergi kerja. Abang duduk aje rumah jaga Nuha. Hari ni Nuha rasa tak sedap badan." Pinta Nuha. Dia bukannya tak sihat sangat pun. Mengada ngada saja lebih sebab tak nak Ammar pergi kerja. Lagipun dia memang saja mahu beri Ammar kerja banyak hari ni.
"Nanti balik rumah abang jaga Nuha. Nuha kena banyak rehat. Abang ada meeting penting dengan client hari ni. Nuha tunggu abang balik ya?" Ammar mendekati Nuha lalu kepala Nuha diusap lembut. Dia tahu pasti isterinya akan memahami kerjanya. Bukannya sehari dua dia tinggal dengan Nuha. Selalunya Nuha faham saja tanggungjawab Ammar dipejabat.
"Oh client tu lagi penting? Habistu Nuha yang sakit badan sebab anak abang ni? Abang tak kisah pula?" Nuha menjeling tajam. Apa yang penting sangat client tu dia pun pelik.
"Bukannya macam tu. Nuha mestilah lebih penting untuk abang." Terus Ammar memujuk. Haih. Kenapa pula dengan Nuha hari ni? Tiba tiba saja tak mahu bagi Ammar pergi kerja. Akalnya bercelaru. Sudahlah ada meeting penting. Tiba tiba pula Nuha buat hal tak mahu lepaskan Ammar pula.
"Cancel sajalah meeting tu. Itu pun kalau abang sanggup." Nuha menyilangkan tangannya tanda marah. Dia tersenyum sinis. Dia tahu Ammar pasti akan menurut juga kemahuannya itu. Jaranglah Ammar akan mengecewakan dirinya.
"Ya lah, abang batalkan meeting tu ya." Terus Ammar mencapai telefonnya lalu mendail nombor client tersebut. Dia menyatakan alasan kerana terpaksa membatalkan perjumpaan pada hari ini. Nasib baik client tersebut okay saja tidak marah.
"Dah sayang. Hari ni abang tak pergi kerja." Ammar tersenyum pasrah. Walaupun terasa sedikit sedih kerana terlepas peluang yang besar, tapi dia hanya redha saja. Mungkin bukan rezeki. Demi Nuha apa pun dia sanggup termasuk kehilangan untung. Apa salahnya berkorban deni kebahagiaan isteri. Rezeki suami tu terletak pada redha isteri.
"Baguslah. Abang tahu tak? Rumput kat belakang rumah tu dah panjang sangat dah. Semak mata Nuha tengok. Kadang kadang bila Nuha nak jalan situ nak tersadung dibuatnya. Boleh tak abang potong rumput tu hari ni?" Nuha sudah memulakan suruhannya itu. Rumput belakang rumah tu bukannya sikit. Boleh tahan banyak juga disebabkan halaman belakang rumah mereka yang luas. Tak apa lah. Lagi banyak lagi bagus. Puas juga melihat Ammar kerja sampai berpeluh sebaldi.
"Boleh. Kejap abang tukar baju." Ammar akur. Dia membuka almari pakaiannya lalu dia capai baju t-shirt untuk dipakai di dalam rumah.
"Lepas abang siap potong rumput, abang masakkan Nuha bubur nasi. Nuha jadi teringin nak makan bubur nasi yang abang masak masa Nuha sakit dulu." Suruh Nuha lagi. Namun bukan sampai situ arahannya. Ada banyak lagi kerja yang bakal Nuha berikan kepada Ammar.
Ammar mengangguk. Dia segera menukar bajunya lalu menuju ke halaman belakang rumah. Tanpa berlengah dia memotong rumput panjang yang memenuhi halaman belakang rumah tersebut. Banyak juga di potong, tapi masih belum luak. Macam tak bergerak langsung pun ada. Mujur masih pagi. Kalau tengah hari pasti dia pengsan kerana keletihan dan panas terik matahari. Ammar menyeka peluh di dahinya. Kemudian dia menyambung kembali kerjanya.
Habis saja dia memotong rumput, Ammar lantas masuk ke ruang dapur. Tangan dicuci bersih lalu dia mencapai periuk untuk dia masak bubur nasi yang Nuha mahu itu.
**
Nuha menuruni anak tangga dengan perlahan. Dia mahu menuju ke dapur untuk membasahkan tekaknya yang terasa kering itu. Belum dia menjejakkan kaki di dapur. Dia terhidu bau aroma mee segera dari arah dapur. Dahinya berkerut. Dia memang sudah agak siapa yang berada di dapur. Pasti Ammar tengah curi tulang. Disuruh buat kerja rumah, boleh pula dia menjamu selera.
"Abang buat apa ni? Nuha kan suruh abang kemas rumah. Kenapa abang makan pula?" Soal Nuha dengan nada marah. Dia memeluk tubuhnya sambil berkerut dahi.
"Masa abang buat kerja tiba tiba abang rasa lapar. Abang makan lah sekejap. Dari tadi abang belum jamah apa apa lagi. Nuha kenapa turun dapur ni? Nak apa apa ke? Abang buatkan." Ammar seakan terasa serba salah. Di dalam hati terfikir juga salahkah dia mahu menjamah mee segera ni walau sedikit. Sudah perutnya berkeroncong lama. Tapi dia tahu dia salah juga sebab buat kerja separuh jalan. Sudahlah Nuha memang jenis pantang kerja yang belum siap tapi ditinggal bertangguh.
"Nuha nak abang selesaikan dulu kerja. Peninglah kepala Nuha tengok berselerak ni. Kalau iya pun abang nak makan, biarlah kerja tu siap. Ini tidak! Sambung buat kerja sampai habis dulu baru abang boleh makan!" Arah Nuha lalu beredar dari situ. Puas hati dia dapat menengking Ammar. Panas pula hatinya melihat lelaki itu sedap sedap makan.
Ammar pula hanya menurut. Dia meletakkan mangkuk mee segera yang baru dimakan suku di bawah tudung saji. Dia menyambung kembali kerjanya yang tergendala tadi.
KAMU SEDANG MEMBACA
Rintihan Rasa ✔️
RomanceSTART - 15 NOVEMBER 2020 END - 24 FEBRUARI 2022 Nuha Madina seorang gadis yang membesar dengan layanan seorang ayah yang dibezakan antara dia dan Nurani Marisa, adik kandungnya. Dia tidak pernah merasa kasih Pak Yussof walaupun dia memang anak kandu...