Bab 3

3.6K 160 5
                                    

Nurani memandang imej dirinya yang cantik memakai baju kurung kedah merah jambu bercorak bunga kecil berwarna putih. Bertudung selendang putih yang dililit kemas. Nurani memang lawa orangnya. Ditambah pula dengan sikap sopan-santunnya. Sekali pandang saja sudah boleh membuatkan ramai jejaka kampung itu jatuh hati.

Kalau nak dibandingkan Nurani dengan Nuha, Nuha lebih cantik. Kulitnya putih gebu dan bersih tanpa sebarang cela. Mempunyai hidung kecil yang mancung dan bibir yang kecil. Boleh buat orang jatuh cinta pada pandangan pertama. Tapi, kalau orang dapat tahu perangai sebenarnya... terus berubah hati!

Nurani menarik nafas panjang. Berdebar rasanya apabila Ammar kata dia akan sampai dalam masa 10 minit lagi. Perasaan suka dan debar bercampur dalam lubuk hati. Dia akan berjumpa Ammar. Paling dia bimbang, ibu bapa Ammar juga akan hadir bersama. Apa agaknya pandangan orang tua Ammar terhadap dirinya nanti. Apa mereka akan suka? Atau sebaliknya?

Langkah diatur untuk keluar dari biliknya. Dia mahu membuat air untuk dihidangkan kepada tetamu. Sampai sahaja didapur, Nurani melihat susuk tubuh Nuha yang turut berada disitu. Nuha sedang mengacau air kordial oren yang baru siap dibancuh. Nurani memandang Nuha yang cantik berbaju kurung. Jarang sekali dia mahu melihat Nuha memakai cantik begini. Selalunya kalau tetamu datang, dia akan duduk terperuk dalam bilik. Kali ini, tidak pula.

"Cantiknya Kak Nuha. Ada apa-apa Nura boleh tolong?" Tegur Nurani mendekati Nuha. Wajah keruh Nuha dipandang teragak-agak.

"Dah memang aku ni cantik. Kau tak payah nak bagitahu benda yang aku dah tahu." balas Nuha dengan wajah sinis. Senduk yang diguna untuk mengacau air diletak ditepi. Dia memandang Nurani yang menunduk sepi dihadapannya sambil menyilangkan tangannya.

"Kau mesti seronokkan ada orang nak merisik kau kejap lagi? Tapi aku rasa pelik. Macam mana orang boleh jatuh hati dengan kau eh? Kau tak ada lah lawa mana pun. Kalau nak dibanding kau dengan aku... macam langit dan bumi. Kau tahu?" Nuha cuba untuk menyakitkan hati Nurani. Dia mahu Nurani sedar yang dia itu tidak mempunyai rupa pun. Menyampah betul dia lihat Nurani yang berangan ada orang yang tulus mahukan dia.

"Nura memang tak lawa Kak Nuha. Tapi, Ammar kata... dia terima kekurangan Nura. Rupa tak menjaminkan kebahagiaan." Balas Nurani tapi kepalanya masih menunduk. Dia tidak berani untuk bersemuka dengan Nuha yang menyinga itu.

Tidak semena-mena penampar Nuha singgah dimuka Nurani. Kuat juga tamparan itu sampai mengeluarkan bunyi yang agak kuat. Nuha mendengus geram sambil merenung Nurani dengan pandangan tajam.

Air mata Nurani gugur menahan pedih. Dia memegang pipi kirinya yang memerah kerana ditampar oleh Nuha.

"Itu balasan untuk orang yang biadap dengan aku. Itu baru sikit Nurani. Aku boleh buat lebih dari tu. Kau jaga mulut kau! Jangan sampai mulut kau hancur aku kerjakan! Kau pergi cari gelas kaca untuk hidang pada tetamu." Jari telunjuk Nuha menolak kasar kepada Nurani yang sedang menangis itu.

Tanpa membuang masa, Nurani pantas menurut suruhan Nuha. Dia mendapatkan rak untuk mencari gelas kaca.

Nadim yang kebetulan lalu disitu terus menghentikan langkahnya. Dia melihat dua orang adik perempuannya sedang bertungkus-lumus didapur. Nadim tersenyum kecil.

"Cepat sikit buat air. Tetamu dah nak sampai. Abang Nadim nak pergi sambut tetamu." Nadim menyusun langkah untuk keruang tamu.

Kelihatan sebuah kereta besar berwarna putih berhenti dihadapan rumahnya. Nadim segera menuju ke pintu utama. Wajahnya menguntumkan senyuman lebar kepada tetamu yang hadir.

Ammar membetulkan rambutnya supaya lebih rapi. Matanya meliar mencari kelibat Nurani. Nafas ditarik panjang. Kemudian dia menghembus kembali nafasnya. Dia mengulangi perbuatan itu untuk menenangkan hatinya yang berdebar melampau itu.

Rintihan Rasa ✔️Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang