Bab 59

3.5K 144 16
                                    

Usia kandungan Nuha sudah masuk 5 bulan. Nuha meminta Ammar untuk menghantarnya ke rumah lama untuk dia berjumpa Nadim sementara Ammar pulang ke pejabat. Dia rindu sangat dengan Nadim. Sudah lama benar dia tak jumpa Nadim semenjak Nadim sudah berupaya untuk berjalan dengan tongkat.

Bosan pula dia apabila hanya duduk di ruang tamu sementara menunggu Nadim pulang dari kedai. Rancangan di televisyen pula tak ada yang menarik. Nuha memandang sekeliling mencari sesuatu sebagai hiburan. Dia bangkit lalu berjalan perlahan. Matanya tertacap pada bilik Nurani yang kosong. Kakinya menyinggah pada bilik Nurani.

Matanya meliar pada ruangan bilik itu sambil tersenyum sinis.

"Habis semua barang kau, kau angkut keluar. Baguslah. Tak ada lah sakit mata aku tengok barang barang kau." Nuha tergelak kecil. Puas hati dia apabila dapat menewaskan Nurani. Selepas ni tak ada lah dia risau lagi.

Perutnya yang membesar itu dipandang lalu dibelai lembut.

"Seronoknya mengandung. Apa yang aku mahu, suami aku tak pernah tak tunaikan. Jadi lawak pula kan. Kau yang beria nak kahwin, aku pula yang merasa. Aku pula yang mengandung anak lelaki yang konon kau nak buat suami tu."

"Suami aku sayang aku tau. Dia dah lupakan kau pula tu. Sekarang ni aku bahagia dengan suami aku. Aku dah cakap, akan ada balasan untuk orang macam kau." Sambung Nuha lagi.

Dia bangun lalu menuju ke almari. Sengaja mahu menyelongkar. Mana tahu ada lagi sisa sisa Nurani dalam bilik ni. Boleh lah dia bakar saja.

Didalam almari kosong. Dia memandang katil pula. Terdetik di fikirannya untuk mengangkat tilam di atas katil tersebut. Angkat saja tilam, tiba tiba pucuk surat daripada bawah tilam tersebut jatuh ke lantai.

Nuha mengerut wajah. Surat surat itu memberikan tanda tanya kepada Nuha. Siapa punya surat ni? Apa isi didalam surat ni?

Nuha terus mengoyakkan satu daripada dua surat tersebut. Dia kenal tulisan di atas surat ni. Ini tulisan Nurani. Dada Nuha menjadi semakin laju berdebar. Satu persatu huruf yang tertulis pada surat itu dibaca dengan teliti.

-
Kak Nuha, Nura tulis surat ni khas buat Kak Nuha. Kak Nuha sentiasa menjadi seorang kakak yang Nura sayangi. Maafkan salah silap Nura. Nura tahu Nura berdosa pada Kak Nuha. Tapi buat kesekian kali. Bagilah Nura kesempatan untuk mendapat maaf dari Kak Nuha sebelum Nura pejamkan mata.

Nura ada sakit barah otak. Nura tengah berjuang nak lawan sakit Nura. Sebenarnya Nura tak sanggup nak bagitahu semua ni tapi Nura terpaksa. Nura tak nak pemergian Nura menjadi tanda tanya semua orang. Andai kata Nura tak dapat kemaafan Kak Nuha sampailah Nura tak ada lagi di dunia ni. Percayalah, Nura lah manusia yang malang.

Kak Nuha, abah ada bagi surat untuk Kak Nuha. Surat yang Nura sekalikan dengan surat yang Kak Nuha tengah baca sekarang ni. Kak Nuha baca lah. Abah buat surat tu untuk anak kesayangan dia, Kak Nuha. Semoga luahan abah dapat melembutkan hati Kak Nuha. Cuma Nura nak bagitahu, abah kata, anak anak abah sentiasa mendapat kemaafan dan keredhaan abah sebelum abah tutup mata selamanya.

Sekian dari adikmu,
Nurani.
-

Habis saja Nuha membaca surat daripada Nurani, terus dia capai surat lagi satu yang dikatakan daripada abahnya. Nuha masih berada dalam tanda tanya.

Dia koyakkan sampul surat itu. Tulisannya pun memang tulis Pak Yussof. Dia tidak mahu membuang masa, dengan segera dia baca surat yang ditulis oleh Pak Yussof itu.

-
Assalamualaikum Nuha Madina. Abah tahu Nuha tengah baca surat ni. Abah bersyukur Nuha terdetik hati nak baca luahan hati abah. Abah cuma nak Nuha tahu, abah sayangkan anak abah. Tak pernah pun kasih sayang abah berlainan untuk anak anak abah. Maafkan abah, nak. Mungkin Nuha terasa dengan sikap abah. Abah memang silap pada Nuha. Layanan abah mungkin membuatkan Nuha kecil hati pada abah. Tapi percayalah, abah sayangkan Nuha. Hilang Nuha bagai hilang separuh nyawa abah.

Kenapa abah layan Nurani lebih dari Nuha. Sebab Nurani bukan anak kandung abah. Niat abah cuma tak mahu Nurani rasa dirinya dipinggirkan. Memang silap abah sebab abah tak mahu Nurani sedih. Hakikatnya abah buat anak kandung abah sendiri yang sedih. Maafkan abah, nak. Abah berdosa dengan Nuha.

Harta yang abah ada, abah serahkan pada Nuha dan Nadim. Cuma untuk Nuha, abah ada buatkan simpanan. Abah harap dengan peninggalan abah yang tak seberapa ni boleh membuatkan Nuha yakin kasih abah untuk Nuha tak pernah berbelah bahagi. Maafkan abah Nuha. Abah sayangkan Nuha. Abah maafkan Nuha dari hujung rambut sampailah ke hujung kaki.
-

Air mata Nuha mengalir laju. Hatinya bagai dirobek robek kerana sedih teramat.

'Abah sayang Nuha.'

Kata kata itu tak pernah pun dia dengari dari mulut Pak Yussof. Tapi apabila dia terbaca istilah sayang dari abahnya, hati Nuha bagai tersentuh.

"Abah.." panggil Nuha dengan nada teresak esak.

"Nuha sayang abah. Maafkan Nuha abah sebab bersangka buruk. Nuha banyak dosa pada abah." Nuha merintih. Air matanya seakan tak boleh berhenti.

"Nurani, maafkan Kak Nuha."

Nuha memeluk surat itu sambil air matanya jatuh berjujuran. Dia sudah kehilangan orang penting yang dia anggap tak pernah menyayangi dirinya.

Ammar yang baru sahaja tiba rumah Pak Yussof terus memarkir keretanya di halaman rumah itu. Tali pinggang keledar dilepaskan lalu dia keluar dari perut keretanya. Dia masuk sahaja di rumah itu, terasa sunyi saja bagai tiada orang. Ammar sudah memeriksa Nuha di dalam biliknya tapi tiada juga. Ammar cuba lalu di hadapan bilik Nurani. Kelihatan Nuha sedang menunduk sambil memeluk sesuatu. Ammar segera mendekati isterinya.

"Sayang, kenapa ni?" Ammar memeluk bahu isterinya. Jadi makin risau jadinya apabila dia melihat Nuha sedang menangis teruk. Habis merah menyala wajah Nuha jadinya.

"Abang, Nuha nak jumpa Nura. Mana Nura pergi abang?" Soal Nuha dengan suara yang bergetar kerana masih menangis.

Ammar terdiam. Dia tidak menjawab tapi dia terus memeluk isterinya untuk menenangkan Nuha. Dia juga buntu mahu mencari Nuha.

**
HI READERS! Macam mana part ni okay ke tidak? korang rasa apa jadi lepasni? Nuha insaf betul ke insaf tipu eh rasa rasanya?

Sis harap korang akan sentiasa support Rintihan Rasa sampailah ke akhir episod. Jangan lupa vote dan tinggalkan komen. Sis suka sangat baca komen korang. Rasa semangat sangat nak update.

Jangan stop baca Rintihan Rasa okay? Muah <3

Rintihan Rasa ✔️Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang