Nuha mengetuk pintu bilik Ammar untuk menghantar fail kerjanya. Selama seminggu dia berkhidmat dengan Ammar, belum pernah lagi Ammar mengkritik cara kerjanya. Semuanya baik saja dimata Ammar. Walaupun kelayakan Nuha tidak sesuai dengan jawatan yang disandang, Nuha tidak kekok. Dia memang seorang yang cepat belajar.
"Masuk." Arah Ammar.
Nuha lantas memusingkan tombol pintu bilik itu. Senyuman manis diukir sambil menyusun langkah menghampiri Ammar yang ralit menandatangani fail kerja itu.
"Encik Ammar, saya nak serahkan fail yang Encik Ammar minta semalam. Saya dah siapkan semuanya." Fail itu diletakkan diatas meja Ammar.
Ammar mengangguk faham. Dia mencapai fail yang diberi Nuha tadi. Setiap helaian kertas diperiksa dengan penuh tekun. Ammar tersenyum nipis. Dia mengangguk kepalanya lagi tanda berpuas hati dengan hasil kerja Nuha.
"Semuanya bagus. Kau boleh masuk bilik kau semula." Ammar menyusun fail kerja Nuha ditepi mejanya.
"Baik Encik Ammar. Saya masuk bilik saya dulu." Pamit Nuha lalu beredar dari situ. Senyuman tidak surut diwajahnya. Terasa bangga pula bila Ammar kerap memujinya. Sekarang dia akan membuat Ammar mempercayai dirinya. Tidak lama lagi dia akan membuat Ammar menjadi miliknya pula.
"Nuha..." panggil Zarith yang mahu menuju ke bilik Ammar. Kebetulan dia nampak Nuha lalu disitu jadi dia tegurlah.
"Zarith, kenapa panggil saya?" Soal Nuha. Langkahnya untuk masuk semula kebiliknya terhenti disitu.
"I ingat nak ajak you lunch sama-sama dengan I. Boleh tak?"
Nuha berfikir sejenak.
"Boleh juga." Nuha mengangguk setuju.
Zarith tersenyum lebar. "Kalau macam tu, masa lunch nanti kita jumpa. I ada hal nak jumpa Ammar."
"Okay." Nuha menyusun langkah untuk ke biliknya semula.
Zarith menghantar pandangan kearah Nuha sebelum dia memulas tombol pintu bilik pejabat Ammar. Tanpa mengetuk pintu terlebih dahulu, Zarith memasuki bilik itu. Memang tak makan saman betul Zarith ni. Sesuka hati aje masuk bilik boss macam bilik sendiri. Nasib baik lah Ammar tu kawan baiknya.
"Amboi, tak reti nak ketuk pintu dulu ke?" Soal Ammar. Pandangannya yang tadi terarah pada skrin komputer riba beralih pada Zarith. Keningnya berkerut.
"Sorry lah. Aku terlupa pulak nak ketuk." Zarith tersengih kambing. Dia menarik kerusi dihadapan meja Ammar lalu dia melabuhkan punggung disitu.
"Kau ada hal apa masuk bilik aku ni?" Ammar menyambung kerja yang tertangguh tadi.
"Aku ingat nak kahwin lah, Mar." Ujar Zarith membuatkan Ammar tersedak air liur. Apa? Buaya darat nak berkahwin? Ini bukan biasa-biasa punya berita ni? Ini berita luar biasa? Gadis mana pula yang sudah menambat hati Zarith Aqil yang terkenal dengan sikap playboynya itu?
"Kau biar betul, Zar? Kau nak kahwin dengan siapa pula?" Soal Ammar.
"Aku pun tak tahu nak kahwin dengan siapa. Tapi, sumpah aku rasa macam nak kahwin sekarang ni."
Ammar menjungkitkan keningnya. Nak kahwin tapi tiada calon. Kelakar juga bila difikir kembali.
"Kau dah tahu tak ada calon, tak payah lah fikir pasal kahwin. Lainlah macam aku ni. Aku tak lama lagi nak jadi suami orang, tahu?" Sindir Ammar sambil tersenyum sinis. Sengaja mahu menyakitkan hati Zarith.
"Eleh, riak betul kau ni Mar. Aku takut nanti aku yang kahwin dulu. Sekarang memang belum ada calon lagi. Mana tahu esok lusa aku jumpa gadis pilihan hati. Terus aku ajak nikah. Tak payah tunang-tunang. Lambat." Lawan Zarith tidak mahu kalah.
"Aku cadang nak tunang dulu. Baru kenal perangai masing-masing. Aku tak nak tersilap buat keputusan. Itu saja. Biar lambat, asal selamat."
"Tapi, kau kena jaga-jaga juga Mar. Peribahasa kau tu ada masanya boleh dipakai, ada kalanya tak kena dengan situasi. Dalam situasi ni, kena cepat kalau tidak disambar orang. Kalau bukan Nurani yang kena sambar, boleh jadi kau yang kena. Aku risau tunang entah kemana, nikah pun entah kemana. "
Ammar terdiam membisu. Bicara Zarith kali ini memang menusuk ke hati. Ada benarnya juga kata-kata Zarith itu. Dia risau juga kalau-kalau ada yang berkenan dengan Nurani. Sudahlah dia baru merisik. Belum lagi bertunang. Bila-bila masa saja lelaki lain boleh merampas Nurani darinya. Jangan lah jadi begitu, dia benar-benar cintakan Nurani. Dia tak mahu ada yang merampas Nurani darinya.
Ammar menggeleng laju. Dia cuba untuk membuang fikiran negatif yang berada dikepalanya itu. Nafas panjang ditarik sedalam-dalamnya. Dia yakin, hubungan dia dan Nurani akan baik saja nanti. Cuma dia mahu mempercepatkan acara pertunangannya bersama Nurani.
"Mungkin minggu depan aku akan bertunang dengan Nurani. Aku pun risau sebenarnya kalau apa yang kau kata tu betul-betul terjadi."
"Baguslah kalau macam tu. Benda baik tak elok dilengah-lengahkan. Aku rasa Nurani tu memang pilihan yang tepat. Kau sendiri kata kau suka Nurani disebabkan hati."
"Memang pun. Dia baik sangat Zar. Sebab tu aku takut kehilangan dia."
"Baguslah kalau macam tu. Tiba-tiba aku rasa cemburu pula dengan kau. Bila agaknya aku nak jumpa calon yang sesuai untuk aku. Makin sendulah aku." Rintih Zarith membuatkan Ammar ketawa kecil.
"Dah nak masuk waktu makan tengah hari dah ni. Nanti jom lunch sama-sama? Aku nak belanja kau." Pelawa Ammar. Tiba-tiba moodnya yang baik nak belanja Zarith makan tengah hari.
Zarith menggeleng perlahan. "Not today, bro. Aku ada date kejap lagi." Gigi yang tersusun cantik dipaparkan pada Ammar.
"Dengan siapa?"
"Nuha."
Ammar menganggukkan kepalanya. "Kau yang ajak dia?"
"Yalah. Kau tahu tak?"
Dahi Ammar berkerut. "Apa?"
"Aku rasa aku selesa lah dengan Nuha. Aku bukan apa. Setiap kali aku dengan dia, aku gembira. Kau rasa itu tanda-tanda berjodoh ke?"
"Manalah aku. Tapi, aku nak tanya kau. Kau tahu tak?"
"Tak tahu. Apa yang aku perlu tahu?"
"Kalau kau jadi dengan Nuha, kau dan aku berbiras."
Zarith mengangkat keningnya. Dia cuba untuk memahami apa yang dikatakan oleh Ammar. Kalau dia dan Ammar berbiras. Maksudnya...
"Nuha dan Nurani tu adik-beradik ke?" Soal Zarith mahu kepastian.
Ammar mengangguk laju. "Aku ingatkan kau tak faham tadi. Muka kau berkerut betul eh macam aku bagi soalan Matematik pula."
Ammar dan Zarith ketawa berdekah.
"Seriuslah?" Soal Zarith kembali.
"Ya. Nuha tu kakak Nurani."
"What the kebetulan, bro. Tak nak aku berbiras dengan kau. Kat pejabat hari-hari menghadap muka. Takkan lah kalau balik rumah mertua pun kena hadap muka kau lagi." Zarith menggeleng tanda tidak setuju. Padahal dia tidak mengambil benda tu serius pun. Dia sekadar bergurau.
"Amboi. Apa buruk sangat ke muka aku ni sampai kau tak nak menghadap muka aku?"
"Bukan buruk. Cuma, aku muak aje. Aku ni kan cepat bosan orangnya."
"Aku tahu. Buktinya, hari-hari kau tukar perempuan." Usik Ammar.
"Nanti aku dah kahwin aku insaflah. Apa susah." Zarith menjeling.
"Apa-apa ajelah."
"Dah lah. Aku minta diri dulu. Nanti tak pasal-pasal boss besar potong gaji aku." Zarith bangkit dari duduknya sambil mengenyitkan sebelah matanya kepada Ammar. Ammar sekadar menghantar pandangannya kepada Zarith sambil menggelengkan kepala apabila disindir kawan baiknya itu.
***
RINTIHAN RASA
BIAR JIWA YANG MERINTIH RASA KASIH INI BERSULAM SESAL KERANA DENDAM LAMA
KAMU SEDANG MEMBACA
Rintihan Rasa ✔️
RomansaSTART - 15 NOVEMBER 2020 END - 24 FEBRUARI 2022 Nuha Madina seorang gadis yang membesar dengan layanan seorang ayah yang dibezakan antara dia dan Nurani Marisa, adik kandungnya. Dia tidak pernah merasa kasih Pak Yussof walaupun dia memang anak kandu...