Bab 68

10.7K 320 52
                                    

Sudah sekeliling taman perumahan Ammar mencari Nuha. Namun tiada juga Nuha kelihatan. Sudahlah langit semakin gelap. Ammar menghembus nafas berat. Keretanya di berhentikan di tepi jalan. Ammar bersandar lemah. Matanya dipejam rapat. Satu lagi keluhan berat dilepaskan. Kusut sungguh dia sekarang. Mahu mencari Nuha tapi dia juga buntu dimana isterinya berada. Terbit rasa menyesal kerana bercakap seperti orang bodoh.

"Kenapa awak pergi betul betul? Awak tak fikir ke awak tu mengandung. Kalau apa apa jadi pada awak nanti macam mana?" Ujar Ammar sendiri. Ada juga rasa marah terselit di hatinya. Marah kerana Nuha sanggup pergi meninggalkannya. Walaupun ternyata Ammar yang sengaja meminta untuk Nuha pergi.

"Ya Allah kau lindungilah isteri aku walau dimana pun dia berada." Ammar memohon doa. dengan nada sayu. Matanya berair kerana risau teramat.

Kini dia pula yang merasa sesal. Niat mahu membalas dendam terhadap perbuatan Nuha berbalik kepadanya semula.

Ammar meraup kasar mukanya. Dia menghidupkan kembali enjin keretanya. Dia mahu terus mencari Nuha sehingga jumpa. Dia tak akan sesekali menyerah kalah.

**

Nuha memandang matahari yang semakin merendah. Hatinya terasa bimbang kerana tidak tahu mahu tidur dimana. Jenuh juga dia berfikir mahu tidur di hotel murah ataupun tidak dengan bajetnya yang tidak mencukupi.

"Mana kita nak tidur malam ni ya? Ibu takut malam malam macam ni." Nuha mengusap perutnya. Dia buntu. Kalau dia sewa hotel, pasti duitnya akan berkurangan. Nanti dia mahu makan guna apa? Habis tu dimana lagi dia mahu tidur? Di lorong tepi jalan?

"Dengan duit yang kita ada sekarang ni, kita tak ada pilihan lain lagi dah. Kita tidur saja mana mana yang boleh ya baby? Ibu minta maaf kalau baby tak selesa. Esok esok ibu cari lah duit supaya kita boleh tidur tempat yang lebih selesa."

"Nampaknya ayah memang tak pedulikan kita dah. Mesti ibu tak terlintas langsung dalam fikiran ayah kan. Ibu sedih sangat. Lain ibu harapkan, lain jadinya." Air mata Nuha turun mengalir di pipi. Dia betul betul kecewa. Hatinya bagai berkecai menjadi serpihan kecil.

"Nura, Kak Nuha tengah rasa apa yang Nura rasa. Agaknya macam ni lah ya perasaan Nura. Mesti Nura kecewa sangat dengan Kak Nuha. Samalah macam Kak Nuha. Kak Nuha kecewa sangat."

Nuha berjalan perlahan. Dia mahu mencari tempat yang agak selamat untuk dia tidur. Walaupun hakikatnya, tiada tempat yang selamat kalau di luar.

Setelah berjalan tidak berapa jauh dari tempatnya tadi, Nuha ternampak sebuah surau kecil. Nuha tersenyum kecil.

"Ada surau lah. Apa kata kita singgah situ nak? Ada juga tempat untuk kita tidur malam ni." Ujar Nuha dengan nada sedikit teruja. Dia tanpa membuang masa lantas berjalan laju ke arah surau kecil tersebut.

Nuha menapak masuk ke dalam surau tersebut. Kelihatan beberapa orang turut mahu ke surau itu untuk menunaikan solat maghrib. Nuha merasa agak janggal takut juga kalau dia tak dibenarkan untuk berehat di surau itu.

Usai sahaja waktu maghrib, Nuha memandang ruangan dalam surau. Jemaah semakin berkurangan kerana masing masing sudah pulang ke rumah, Nuha memasuki surau itu lalu melabuhkan punggung di sudut surau. Dia mengeluh perlahan. Dapat juga dia berehat menenangkan diri.

"Kita duduk sini sementara waktu ya? Kat sini pun dah cukup selesa. Sejuk aje kat dalam ni. Ibu minta maaf sayang. Ibu tahu ini semua silap ibu. Tapi baby pula kena tempiasnya..."

"Kalau tahu macam ni, ibu tak nak ganggu hubungan ayah dengan Cik Nura. Kenapa ya ibu rasa sakit hati sangat dulu sampai sanggup buat benda yang bukan bukan? Sedangkan ibu tahu akibatnya..."

Nuha bersandar lemah. Dia mengusap perutnya yang membuyung. Terlalu banyak air matanya keluar hari ini sehingga membuatkan dirinya terlalu penat. Nuha memejamkan matanya lalu terlena kerana keletihan.

***

"Apa?" Jerit Datin Harizah sebaik sahaja mendengar kata kata dari Ammar. Terkejut beruk dia apabila mendapat tahu Nuha lari dari rumah kerana dihalau Ammar.

"Kenapa dengan Ammar ni? Isteri seorang pun tak pandai nak jaga ke?" Bebel Datin Harizah lagi. Dadanya berombak menahan marah. Menantu kesayangan telah pergi tak tahu ke mana. Terbit rasa risau yang teramat apa lagi Nuha sekarang sedang mengandungkan cucunya.

"Ammar tak sangka dia betul betul pergi. Mama tolonglah Ammar cari Nuha. Ammar buntu nak cari dia dimana lagi dah. Ammar risaukan dia."

"Ammar..." Bahu Ammar diusap perlahan oleh Dato Muzaffar.

"Ya pa." Sambut Ammar sambil menunduk. Takut mahu memandang papanya itu.

"Apa dah jadi ni? Kenapa Nuha boleh lari rumah? Apa yang Ammar buat pada dia?"

Aireena yang dari tadi mendengar memeluk tubuh.

"Abang Am tak ada salah apa pun. Memang patutlah di--"

"Na.. sudahlah. Jangan keruhkan keadaan boleh tak? Abang Am pun dah cukup serabut. Jangan lah Na jadi arang yang memarakkan lagi api." Ammar cepat cepat mencelah. Dia dah bosan mendengar Aireena asyik menghina Nuha. Baginya perasaan risau kepada Nuha lebih kuat berbandinh marah.

Aireena terus terdiam. Dia tahu kalau Ammar cakap begitu, dia memang tiada peluang lagi untuk melawan.

"Mama nak cari Nuha..." Datin Harizah lantas bangun dari duduknya namun di halang oleh Dato Muzaffar.

"Awak nak pergi mana? Kita tak tahu pun mana Nuha pergi. Lagipun sekarang dah malam. Esok siang sajalah kita pergi..." Pujuk Dato Muzaffar menenangkan Datin Harizah yang mula tidak senang duduk itu.

"Saya takut apa apa jadi pada Nuha. Nuha tu mengandung. Mesti kaki dia sakit sebab banyak berjalan. Nuha tu menunggu masa bersalin saja. Kalau dia nak bersalin nanti macam mana?" Datin Harizah makin tidak tenang. Dia betul betul khawatir memikirkan Nuha.

Mata Ammar terus berkaca. Hatinya makin berdebar memikirkan Nuha. Ditambah pula dengan Datin Harizah yang turut risau.

"Ini semua sebab Ammar yang ikutkan perasaan marah Ammar. Ammar terlampau marah sampai tak fikir pun Nuha tengah sarat. Ammar buat dia macam dia tak wujud. Ammar sakitkan hati dia. Ammar tak ada masa dia tengah sakit." Suara Ammar bergetar teringatkan Nuha. Memang tak dinafikan Nuha bersalah. Tapi Ammar harus berfikir juga keadaan Nuha. Dia bukannya sihat macam orang biasa. Nuha sedang mengandung dan itu membataskan semua pergerakannya. Mana mungkin Nuha mampu membuat kerja seperti orang biasa.

Dalam kepala Ammar hanya satu. Dia mahu Nuha kembali kepadanya. Cukuplah ada Nuha disisi itu mampu menenangkan hatinya kembali.

Rintihan Rasa ✔️Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang