Bab 63

7K 221 40
                                    

"Bestnya kalau dapat makan kek batik kan baby? Ibu teringin betul lah nak makan. Jom minta kat ayah nak?" Nuha tanpa membuang masa terus bangkit daripada baringnya. Hari ini dia rasa tak sedap badan. Kaki pun asyik sakit saja baru baru ni. Sebab tu lah dia berehat saja. Tadi dia ada cakap dengan Ammar mahu menolong buat kerja rumah tapi dimarahi. Alasan Ammar dia tak mahu anak dia terbeban.

Ada juga rasa bangga apabila Ammar berkata begitu. Tapi Nuha sedar, Ammar hanya akan risau tentang bayi yang dikandungnya saja. Kalau dia tak mengandung, pasti Nuha sudah dibuang jauh jauh.

Kelihatan Ammar sudah selesai mengemop lantai. Memang ada rasa kasihan apabila melihat Ammar keletihan. Tapi nak buat macam mana. Mahu dibantu tapi dihalang pula. Nuha mendekati Ammar untuk menyatakan dia betul betul teringin mahu makan kek batik.

"Abang, boleh tak harini abang tolong belikan Nuha kek batik? Nuha teringin nak makan." Nuha tersenyum.

"Awak teringin? Bukan anak yang teringin?" Ammar mengangkat keningnya.

"Nuha yang teringin." Balas Nuha perlahan.

Ammar tergelak sinis. "Ingatkan betul insaf dah. Rupanya sama saja masih suka menyusahkan orang. Insaf tak sungguh." Dia menyilangkan tangannya itu.

Nuha tergamam. Allahu. Kata kata Ammar sangat mengguris perasaannya. Sudah lah emosinya memang tak stabil. Ditambah pula dengan Ammar yang suka membuatkan dirinya terasa hati.

"Tak apa lah kalau abang tak mahu belikan. Nuha tak dapat makan kek batik pun tak apa. Maaf sebab menyusahkan abang." Nuha terus membelakangi Ammar untuk beredar.

"Memang menyusahkan pun." Laju saja Ammar membalas. Memang sengaja mahu membuat Nuha terusik.

Langkah Nuha terhenti. Air mata Nuha terus menuruni pipi. Jantungnya bagai mahu jatuh kerana sedih teramat. Sampai betul hati Ammar berkata begitu kepada Nuha. Ini bukan Ammar yang dikenalinya sebelum ini. Ammar yang menyayanginya tak akan pernah berkata Nuha menyusahkan. Tapi sekarang ini sungguh berbeza. Ammar tanpa memikirkan perasaan Nuha hanya selamba melukakan hatinya.

Nuha menyambung langkahnya. Dia memasuki bilik terus duduk sambil merenung lantai. Diikutkan hati dia mahu saja merajuk dengan Ammar. Tapi adakah Ammar akan memujuk? Tak mungkin lelaki itu memujuk.

Kek batik yang diingini tak dapat. Kelukaan pula yang dia dapat daripada Ammar. Perutnya dibelai sambil teresak esak menangis.

"Baby tolong kuatkan ibu. Ibu tak mahu berpisah dengan ayah. Ibu nak anak ibu sama macam anak orang lain yang dapat rasa kasih sayang ibu ayah sama rata." Ucap Nuha perlahan kepada kandungannya. Dia berharap sangat dirinya akan tabah selama dia mahu berbaik dengan Ammar. Dia tak rela untuk berpisah dengan Ammar. Tak mungkin ada lelaki lain yang dapat menggantikan tempat Ammar dihatinya.

Petang itu, Nuha terasa lapar sekali. Tapi dia tak mahu makan makanan lain selain daripada kek batik yang dia idamkan. Memang nampak seperti mengada ngada tapi memang betul. Tekak Nuha memang tak dapat menerima makanan lain. Difikirannya hanya kek batik saja.

Nuha menuruni anak tangga untuk menuju ke dapur. Tekaknya memang berasa dahaga. Dia mahu minum untuk menghilangkan hausnya itu.

Sampai sahaja di dapur. Dia terlihat sebekas kek batik di atas meja makan. Nuha tersenyum. Wajahnya yang muram terus bertukar ceria. Dia tahu Ammar tak akan membiarkan dirinya kempunan.

"Nuha tahu abang masih pedulikan Nuha. Kata kata abang saja yang kasar tapi hati abang tak bermaksud pun nak sakitkan hati Nuha kan." Gumam Nuha perlahan. Dia terus mendapatkan sudu di dalam laci dapur.

Sekali suapan membuatkan Nuha memejamkan mata. Nikmat sekali apabila dapat merasa kek batik yang dia mahu. Rasa terharu pun ada juga. Akhirnya dia tak rasa kempunan. Memang itu lah perasaan ibu ibu mengandung. Kalau dapat apa yang dia mengidam, terus gembira bagai tak ada hari esok.

Nuha menikmati kek batik itu sampai tinggal separuh. Diikutkan hati memang dia mahu habiskan tapi sudah muak pula rasanya. Nuha menghentikan suapannya. Dia mengusap perutnya sambil sendawa kecil. Senyumannya masih tidak lekang daripada wajah.

Ammar muncul kedapur daripada ruang tamu. dia melihat Nuha yang duduk bersandari kekenyangan di atas kerusi makan. Dahinya berkerut melihat kek batik yang baru dibelinya itu hanya tinggal separuh bekas saja.

"Siapa yang suruh awak makan kek batik tu?" Tengking Ammar membuatkan Nuha terperanjat.

"Ab-abang..." Tergagap gagap Nuha memanggil Ammar. Dia memandang Ammar dan kek batik itu silih berganti. Reaksi risau terpapar dimuka Nuha. Kek batik ini bukak dirinyakah?

"Nuha ingatkan kek batik ni untuk Nuha. Nuha teringin sangat makan kek batik ni abang."

"Tanya pun tidak main makan saja. Saya beli untuk saya makan sendiri. Awak ni memang tak akan pernah berubah kan? Daripada dulu sampai sekarang sama saja suka rampas hak orang." Tempik Ammar.

Serta merta air muka Nuha berubah.

"Nuha tak tahu kek batik ni abang yang nak makan. Kenapa abang tuduh Nuha perampas?" Air mata Nuha jatuh lagi.

"Memang awak perampas kan? Mula mula awak rampas saya..."

"Sudah abang. Nuha tak sanggup nak dengar. Nuha memang pendosa. Tapi Nuha dah minta maaf pada abang. Tak cukup ke abang?"

"Abang Nadim pun tak sanggup nak maafkan awak. Apatah lagi saya? Nampak tak betapa besarnya salah awak?"

"Habistu abang nak Nuha buat apa?" Suara Nuha mula meninggi. Dia menatap Ammar lama dengan matanya yang memerah.

Ammar seperti tidak dapat menerima Nuha meninggi suara. Dia terus mencapai bekas kek batik lalu dicampak. Habis bersepah kek batik itu di atas lantai. Nuha terkejut melihat tingkah laku Ammar yang sudah naik baran itu. Ada juga rasa risau kalau Ammar tak dapat mengawal amarahnya lalu memukul. Sungguh Nuha takut. Sudahlah dia sedang mengandung.

"Nuha minta maaf abang. Nuha janji akan tanya dulu sebelum Nuha makan." Baik Nuha meminta maaf terlebih dahulu. Nuha menunduk. Dia berdoa supaya Ammar tidak membuat tindakan luar kawalan.

"Lain kali fikir dulu. Perbuatan awak tu mengundang kebencian atau tidak. Kalau tak sungguh nak berubah tak payah cakap banyak. Cukuplah selama ni saya jadi bodoh sebab percayakan awak. Dasar penipu!" Ammar terus meninggalkan Nuha yang sudah menangis teruk itu. Tiada langsung perasaan simpati terhadap Nuha.

Nuha hanya mampu menongkat tangannya di atas meja. Mahu saja dia menangis sekuat hati tapi dia tahu Ammar tak akan pernah kisah. Daripada dia buang tenaga. Baik dia ajar diri dia untuk bersabar. Selagi dia boleh tahan. Dia akan tetap tabah walaupun Ammar mengujinya.

Rintihan Rasa ✔️Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang