Bab 57

3.1K 107 5
                                    

Nuha menapak menuju ke dapur mencari sarapan pagi. Perutnya memang sangat lapar. Maklumlah bangun pun dah nak tengahhari. Dia tengok jam sudah menunjukkan pukul 11 pagi. Hari ini pula hari ahad. Pasti Ammar tidak ke pejabat. Mestilah sarapan pun sudah lama Ammar sediakan.

Sampai sahaja di dapur, Nuha segera membuka tudung saji. Ternyata hanya kosong. Tiada makanan langsung disediakan di atas meja. Dahinya berkerut.  Hatinya mula naik marah. Dia meninggalkan dapur lalu menuju ke ruang tamu mencari kelibat Ammar.

Kelihatan Ammar sedang nyenyak tidur atas sofa. Televisyen pula hanya dibiarkan menyala tanpa ada yang menonton.

"Ini kerja kau kan." Ujar Nuha perlahan. Cukup dia meluat melihat Ammar yang melepk seperti tiada kerja harus dilaksanakan. Sarapan pun tak disediakan. Nak bagi Nuha kelaparan ke apa?

"Abang." Panggil Nuha kasar. Di menolak bahu Ammar supaya suaminya lekas bangkit.

Ammar seakan terdengar suara Nuha lantas bangun dari lenanya. Dia menukar posisi daripada baring ke duduk. Wajah Nuha dipandang lama. Sejenak dia menggosok matanya yang masih mamai.

"Kenapa abang tidur? Nuha lapar tahu tak? Abang dah lah tak masak." Nuha memeluk tubuhnya.

"Sorry sayang. Abang terlelap. Ingatkan nak baring kejap aje."

"Alasan. Abang cakap jelah abang malas kan buat kerja? Abang nak Nuha pulak buat kerja?"

Ammar menggeleng laju. Dia mencapai tangan Nuha namun Nuha menyentap kasar tangan lelaki itu.

'Ding dong'

Kedengaran bunyi loceng memecah kesunyian rumah itu. Ammar lantas menuju ke tingkap untuk mengintai siapa yang datang.

"Aireena datang." Kata Ammar lalu membuka pintu.

Nuha hanya mencebik. Dah kenapa pula Aireena nak datang rumah ni? Sengaja nak menaikkan darah dia gamaknya. Di dalam hati, Nuha juga berasa bimbang. Risau kalau Aireena membuka mulut tentang Nurani kepada Ammar. Pasti mati dia nanti kalau Ammar dapat tahu dia yang halau Nurani.

"Abang Am!" Panggil Aireena dengan nada teruja. Dia berlari anak mendapatkan abangnya. Dah lama sungguh dia tak jumpa abangnya itu. Terasa rindu sekali.

"Ingatkan Na dah tak nak jumpa abang Am dah." Ammar memuncungkan mulutnya namun tak lama. Dia kembali tersenyum lebar melihat kedatangan adiknya itu.

"Takkan lah Na tak nak jumpa abang kesayangan Na ni. Abang Am tak nak jemput Na masuk ke? Penat penat tau Na datang sini."

"Mari masuk." Ammar seakan akan mengerti. Segera dia menjemput Aireena masuk kedalam rumah.

Aireena menapak saja di dalam rumah, dia ternampak Nuha yang sedang berdiri di tepi pintu. Wajah Nuha seperti kurang suka akan kehadirannya. Aireena tahu walaupun Nuha sedaya upaya mencuba untuk menyembunyikannya.

"Aireena duduk lah. Kak Nuha pergi dapur jap buatkan air." Nuha lantas menuju ke dapur untuk membuat air.

Aireena menghantar pandangan ke arah Nuha yang menyusun langkah ke dapur itu.

"Abang Am. Na pergi dapur tolong Kak Nuha. Risau Kak Nuha tak larat pula nanti." Aireena memberi alasan. Padahal dia mahu berjumpa dengan Nuha kerana ada sesuatu yang mahu dia cakapkan. Tak ada masa langsung dia nak menolong Nuha.

Ammar hanya mengangguk.

Sampai sahaja di dapur, Aireena segera mendekati Nuha yang sedang membancuh kordial oren di dalam jag sederhana kecil.

"Tak payah lah susah susah buat air ni." Ujar Aireena sambil memandang air oren yang sedang dibancuh. Tak kuasa langsung dia nak minum air buatan orang jahat macam Nuha.

"Tak susah pun. Aireena buat apa kat sini? Kenapa tak duduk dengan abang Am?"

"Saja. Aireena tengok perut Kak Nuha dah makin menonjol. Berapa bulan dah?"

"Nak masuk 4 bulan. Kenapa?"

"Tak ada apa. Aireena jadi terbayang pula kalau Kak Nura yang tengah mengandung anak abang Am. Mesti lagi comel kan?"

Muka Nuha serta merta berubah.

"Aireena ni kenapa? Tak habis habis Nurani saja nak disebutkan?"

"Apa tak betul ke? Memang patut pun kan? Tapi Kak Nuha ni boleh tahan bijak juga. Tup tup Kak Nuha pula yang ganti Kak Nura kan?"

"Kalau tak ada benda baik yang Aireena cakapkan. Baik Aireena pergi dari dapur ni. Kak Nuha malas nak bergaduh. Buat sakit hati saja."

Aireena menjeling tajam. Dia pun malas mahu meneruskan kata katanya. Melihat Nuha lama lama membuatkan hatinya jadi meluat pula. Dia beredar meninggalkan Nuha di dapur.

"Biadap punya budak. Kau ingat kau tu siapa nak biadap dengan aku? Abang kau pun dah macam hamba aku saja kat rumah ni. Macam lah aku ikhlas sangat nak kat abang kau. Kalau aku nak jatuhkan kau, sekelip mata saja aku boleh buat tahu tak? Abang kau akan ikut saja cakap aku sepanjang aku mengandung ni. Kau tengok jelah nanti." Nuha membebel sendiri melepaskan geram. Kalau lah ikutkan hati dia yang tengah geram ni, mahu saja dia koyak koyak mulur Aireena yang kurang ajar tu.

Dalam dia sedang melepaskan ketidakpuasan hatinya melalui kata kata, Aireena dari tadi mendengar daripada sebalik dinding. Aireena mengeluh berat. Memang dia sudah agak Nuha memang mempunyai niat jahat.

Aireena segera mendapatkan Ammar sebelum Nuha menyedari kehadiran dia disini.

Rintihan Rasa ✔️Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang