Kedengaran bunyi deruman enjin kereta Ammar dari luar menandakan Ammar sudah pulang dari pejabat. Nuha dengan perasaan teruja lantas menuju ke pintu hadapan untuk menyambut kepulangan suaminya. Walaupun banyak kali hatinya terluka kerana kata kata Ammar, Nuha tak pernah berhenti untuk berusaha mendapatkan hati Ammar kembali. Biarpun sakit hatinya, biarlah asalkan hati Ammar masih ada untuknya.
Senyuman manis dihadiahkan kepada Ammar yang memasuki rumah itu. "Abang macam mana kerja hari ni? Okay?" Soal Nuha ramah.
"Kat office tadi okay aje. Bila balik terus hilang mood." Balas Ammar dengan nada dingin. Suara pun sedikit perlahan mungkin kerana terlalu penat. Nuha ada perasan juga muka Ammar pucat sedikit daripada biasa. Tapi Nuha memilih untuk tidak bertanya. Nanti dikatanya tidak faham bahasa pula.
Nuha senyum tawar. Perutnya yang besar diusap perlahan. Terasa tendangan bayi daripada dalam membuatkan Nuha tersengih.
"Abang cuba abang rasa ni." Nuha mencuba untuk mencapai tangan Ammar tapi lelaki itu pantas menyentak tangan Nuha kasar.
"Kenapa ni?" Tanya Ammar sambil mengangkat keningnya tanda bingung.
"Anak kita tendang tendang. Mesti sebab dia happy ayah dia balik rumah."
Ammar hanya menjeling. Tapi ada juga sedikit rasa bangga kerana anaknya yang berada didalam perut Nuha sudah mula menendang. Memori ini memang akan dia ingat selalu.
"Abang, Nuha teringin sangat nak rasa macam ibu mengandung lain. Suami diorang sibuk nak dengar bunyi baby. Rasa tendangan baby. Abang tak nak ke buat macam tu?" Rayu Nuha. Dia juga berasa cemburu melihat orang lain boleh melalui pengalaman mengandung dengan begitu bahagia sekali. Kenapa dirinya tak dapat merasakan perasaan itu?
"Buat apa? Saya rela tunggu baby tu keluar daripada saya sentuh awak." Balas Ammar dengan nada sinis. Dia tersenyum senget melihat Nuha yang sudah tergamam. Puas hatinya dapat melukakan perasaan wanita itu. Baru dia kenal siapa Ammar Huzair sebenarnya. Selama ini Nuha belum kenal siapa dia lagi sebab tu lah Nuha dengan beraninya menyalahgunakan kebaikan yang dia berikan.
Hati Nuha mula koyak. Mendengar saja kata kata Ammar tadi, terus matanya berkaca untuk kali yang dia sendiri tak tahu berapa. Tak terkira rasanya.
"Abang, Nuha minta maaf. Nuha tahu Nuha banyak buat dosa pada abang." Tangan Ammsr cuba diraih. Kali ini memang betul betul dia merayu agar dia dapat kemaafan dari lelaki itu. Kalau disuruh untuk sujud di kaki pun, dia sanggup. Asalkan kebahagiaan rumah tangganya kembali seperti dulu.
"Tak payah nak berlakon. Kalini saya tak akan termakan lagi dengan rayuan awak. Saya tahu dalam akal fikiran awak ada banyak helah untuk jatuhkan saya." Ammar menolak kasar tangan Nuha. Sungguh dia serik. Cinta yang dia berikan kepada Nuha hanya dianggap mainan saja di mata Nuha. Ditambah pula dengan sifat keji yang Nuha tunjukkan kepada Nurani. Itu cukup membuatkan rasa benci melodak lodak di dalam diri. Akan dia balas semua perbuatan Nuha sampai wanita itu tersungkur!
"Nuha tahu Nuha banyak silap. Nuha jahat sangat. Tapi, kali ni Nuha betul betul ikhlas nak minta maaf. Nuha merayu pada abang maafkan Nuha."
"Berhenti jadi hipokrit!" Suara Ammar kuat memecahkan suasana.
Nuha tersentak. Air matanya makin lebat menuruni pipi.
"Kalau betul awak ikhlas. Saya nak tanya awak. Sanggup ke awak keluar dari rumah ni? Sanggup tak awak duduk merempat tak ada tempat tinggal macam apa yang Nurani rasa? Sanggup ke awak tahan sejuk dan panas kat luar sana?" Ammar menyunggingkan bibirnya sambil memaparkan riak sinis. Memang dia sudah agak Nuha tak akan sesekali sanggup untuk berbuay demikian. Nampak sangat semuanya hanyalah palsu semata mata.
Nuha terdiam. Dia berfikir sejenak.
Ammar menggeleng lalu menyusun langkah untuk berlalu daripada situ. Tiba tiba kepalanya berasa berat sehinggakan lelaki itu hilang keseimbangan lalu rebah disitu. Nuha lekas menahan Ammar dari jatuh. Riak risau ditunjukkan oleh Nuha sambil pipi Ammar ditepuk perlahan untuk menyedarkan lelaki itu.
"Abang..." panggil Nuha.
***
Nuha memerah kain yang direndamkan di dalam bekas berisi air lalu di letakkan kain basah itu di dahi Ammar. Ammar demam dan itu membuatkan Nuha risau sekali. Memang dia sudah agak Ammar tidak berapa sihat dari riak wajah Ammar yang agak pucat setelah pulang daripada pejabat. Mata Nuha yang sudah mengantuk di tahan daripada tidur. Nuha menjaga Ammar sehingga pagi.
Pagi itu, Nuha membawa sedulang mangkuk berisi bubur nasi. Nuha duduk di sisi Ammar. Dia tersenyum manis.
"Abang, Nuha bawakan abang bubur nasi. Kali ni, Nuha yang masakkan untuk abang. Nuha teringat pula bubur nasi yang abang masakkan untuk Nuha sepanjang Nuha sakit. Nuha rindu. Entah bila lagi Nuha dapat rasa bubur nasi buatan abang tu kan. Nuha mengidam bubur nasi yang abang masak. Tapi Nuha tahu abang tak nak buatkan untuk Nuha." Ujar Nuha dengan nada sayu. Dia memandang Ammar yang masih lena. Sejenak Nuha meletakkan tangan di atas dahi Ammar. Mujur panasnya sudah mula reda. Tidak sepanas malam tadi.
"Esok mesti abang dah sembuh." Nuha membelai kepala Ammar dengan penuh kasih. Melihat wajah suaminya, membuatkan air mata Nuha mengalir laju.
"Abang, Nuha sanggup keluar dari rumah ni dan duduk merempat kalau itu yang boleh membuatkan abang maafkan Nuha. Nuha tak ada sesiapa lagi dah abang. Abang Nadim sendiri pun bencikan Nuha. Cuma abang saja tempat Nuha bergantung sebab abang suami Nuha. Nuha dah tak sanggup dibenci suami sendiri." Dahi lelaki itu dicium lama bagi melepaskan rasa rindu. Bukan senang dia mahu mencium lelaki itu. Masa ini saja yang boleh dia gunakan untuk melepaskan perasaan rindu yang lama terpendam.
"Nuha minta maaf sebab menyusahkan abang selama ni. Apa yang abang buat pada Nuha, Nuha anggap sebagai pengajaran untuk diri Nuha sendiri. Nuha akan pergi, abang. Nuha nak perbaiki diri Nuha. Abang izinkan Nuha keluar dari rumah ni ya? Bila abang dah sedia untuk maafkan Nuha, abang carilah Nuha. Nuha sentiasa menunggu abang selagi ada hayat dikandung badan."
Nuha memerhati Ammar yang masih nyenyak tidur. Air matanya masih laju mengalir dipipinya. Dia mahu melihat muka Ammar sepuas puasnya. Kerana selepas ini, dia tak tahu bila lagi dapat dia jumpa dengan lelaki itu.
KAMU SEDANG MEMBACA
Rintihan Rasa ✔️
Любовные романыSTART - 15 NOVEMBER 2020 END - 24 FEBRUARI 2022 Nuha Madina seorang gadis yang membesar dengan layanan seorang ayah yang dibezakan antara dia dan Nurani Marisa, adik kandungnya. Dia tidak pernah merasa kasih Pak Yussof walaupun dia memang anak kandu...