Zarith kebetulan lalu di hadapan bilik pejabat Ammar dan ternampak Ammar sedang ralit menaip sesuatu pada kekunci komputer. Tanpa membuang masa, Zarith memasuki bilik. Di mahu mengacau Ammar yang nampak gayanya macam sibuk benar.
"Wah pengantin. Lama betul aku tak nampak kat kat pejabat ni. Ingat dah berhenti kerja dah." Perli Zarith sambil tersengih seperti kerang busuk.
"Tak payah lah kau perli aku Zar. Aku tak datang pejabat sebab isteri aku sakit. Selepas dia sembuh tu kami pergi bulan madu pula."
Zarith membuat wajah teruja sambil menepuk tangannya.
"Wah, seronoknya berbulan madu. Amacam? Lekat ke?" Zarith sengaja mengusik. Dia tergelak kecil melihat wajah Ammar yang sudah naik merah menahan malu itu.
"Kau ni aku tengok berseri seri. Macam perempuan dah. Disebabkan kau nampak berseri seri harini. Apa kata kita pergi mall lepasni nak? Aku belanja!" Pelawa Zarith sambil menepuk bahu Ammar. Dia tahu pasti Ammar akan bersetuju. Ammar kalau pasal melepak memang bagilah pada dia. Tak mungkin lelaki itu akan menolak.
"Tak apa lah. Aku tak join kot. Kasihan bini aku tunggu kat rumah tu. Dah masak penat penat aku tak balik rumah pula." Ammar menolak. Dia masih ralit menyiapkan kerja di komputernya.
"Aik. Sejak bila kau kisahkan orang rumah kau ni. Dulu kemain lagi bencinya." Sindir Zarith sambil mengerut kening. Setahu dia Ammar memang cukup tak suka akan Nuha. Takkan semenjak cuti lama ni hatinya berubah pula. Bukan ke Ammar ni jenis hati batu. Haih, hati batu dah jadi lembut ke?
"Allah tu kalau nak ubah hati orang, sekejap saja dia boleh buat. Aku dah berapa lama kahwin dengan Nuha. Slow slow aku suka dia. Makin lama makin sayang. Siapa yang tak sayang bini oi." Balas Ammar.
Zarith hanya mengangguk faham. Baguslah kalau itu yang Ammar rasakan sekarang. Tak adalah lagi dia dengar Ammar dan Nuha asyik berperang mulut saja. Jadi teringat pula sewaktu Ammar sakit perut sebab perbuatan Nuha. Nakal sungguh pasangan suami isteri ni.
**
Nuha duduk di atas sofa untuk menonton televisyen sementara menunggu kepulangan Ammar untuk makan tengah hari. Dia baru saja selesai masak. Tinggal hidang saja.
Bunyi deruman enjin kereta Ammar kedengaran. Terus Nuha bangkit dari duduknya lalu terus menuju ke pintu. Dia membuka pintu rumah menyambut kepulangan suaminya.
Ammar tersenyum lebar memandang isterinya yang sudah berdiri tegak di hadapan pintu. Memang punca kegembiraan betul lah. Segala kusut kerja jadi hilang sebaik sahaja Ammar terpandang wajah cantik Nuha. Hilang terus kepenatannya apabila Nuha berada dihadapannya. Kalau lah hari hari dia terpaksa bekerja lebih masa pun tak apa. Asalkan ada Nuha di sisi. Terus dia lupa penat itu apa.
"Abang mesti penat kan? Abang mandi ya. Makanan Nuha dah siap masak dah. Nuha nak pergi hidang kita makan sama sama." Ujar Nuha sebaik saja dia mencium tangan suaminya itu.
"Abang nak Nuha kiss abang dulu sebelum abang pergi mandi. Baru lah abang bersemangat nak mandi." Ammar tersengih gatal. Dia menarik tubuh Nuha mendekatinya.
Nuha yang sudah malu terus menolak perlahan tubuh Ammar.
"Ish abang ni. Kalau abang Nadim nampak nanti macam mana? Pergi mandi cepat. Busuk tahu tak?" Ujar Nuha sambil menutup hidungnya.
"Busuk ke? Lepas abang dah wangi nanti Nuha nak kiss abang tak? Silap silap bukannya kiss lagi. Mana tahu Nuha terus ngap abang. Wangi lah katakan." Ammar masih menyakat. Dia memang suka melihat muka Nuha memerah kerana menahan malu itu.
"Abang ni gatal lah." Nuha mencubit kuat pinggang Ammar membuatkan Ammar terlompat kecil.
"Aduh sakitlah sayang. Nuha ni ketamlah. Dah lah abang nak lari. Bahaya sangat ketam cantik ni." Ammar berlari anak menaiki tangga lalu masuk ke dalam biliknya.
Nuha hanya menggeleng kepala. Di menuju ke dapur untuk menghidang makanan. Kelihatan Nadim yang baru masuk ke ruang dapur dari pintu belakang. Mungkin daripada halaman belakang rumah.
"Abang Nadim buat apa kat belakang rumah tu?"
"Abang Nadim saja tengok. Luas sangat rumah Nuha ni. Kalau kita buat Barbeque kat belakang pun best kan. Nuha tak nak tanya Ammar ke?" Cadang Nadim.
"Boleh juga. Tapi sekarang ni abang Nadim kena makan. Kejap lagi Ammar turun kita makan sama sama tau. Nuha masak makanan kegemaran abang Nadim harini."
Turun saja Ammar ke dapur, mereka bertiga menjamu selera dengan penuh nikmat. Ammar dan Nadim macam biasalah, sepinggan mana cukup. Kena tambah sepinggan dua lagi baru cukup. Bila aje Nuha ni masak tak sedap. Setiap hari sedap aje. Sebab tu Ammar lagi suka makan kat rumah daripada makan luar. Kat rumah ada tukang masak professional.
***
Pukul 11 malam, Nuha memerhati Ammar yang sudah lena. Dia dari tadi menukar posisi tidur yang selesa supaya boleh lelapkan mata. Tapi masih dia boleh tidur juga. Tak tahu apa lagi cara supaya dia boleh lena. Dia tidak mahu bersengkang mata pula. Sudah lah boleh tahan penat juga dia harini.
Dalam Nuha asyik bergerak saja, Ammar tersedar dari tidurnya. Dia bangun dari baringnya lalu duduk menghadap Nuha.
"Kenapa tak tidur lagi ni Nuha?" Soal Ammar sambil mengesat matanya.
"Nuha tak boleh tidur. Dah cuba pejam mata pun masih tak boleh." Balas Nuha sambil memuncung.
Ammar kembali berbaring. Kepala Nuha dicapai lembut lalu di bawa ke dadanya. Dia membawa Nuha tidur bersama sambil Nuha mendengar degup jantungnya. Ammar membelai kepala Nuha dengan penuh kasih.
Lama juga Ammar membiarkan Nuha melentokkan kepala di atas dadanya. Tiba tiba satu soalan datang difikiran Ammar. Dia teringat sesuatu. Sewaktu dia dan Nuha melakukan hubungan mesra semasa berbulan madu tu, dia ada ternampak kesan parut di belakang badan Nuha. Tapi dia tak kisah pun dengan parut tu. Cuma dia jadi bimbang juga dan terasa ingin tahu selalu menghantui dirinya.
"Nuha, abang nak tanya Nuha ni." Ujar Ammar.
Tapi tiada jawapan daripada Nuha. Mungkin Nuha sudah tidur. Dia akan cuba tanyakan soalan itu pada hari lain pula.
KAMU SEDANG MEMBACA
Rintihan Rasa ✔️
RomanceSTART - 15 NOVEMBER 2020 END - 24 FEBRUARI 2022 Nuha Madina seorang gadis yang membesar dengan layanan seorang ayah yang dibezakan antara dia dan Nurani Marisa, adik kandungnya. Dia tidak pernah merasa kasih Pak Yussof walaupun dia memang anak kandu...