"Kan Ammar dah kata biar Ammar yang tentukan bila kami nak berbulan madu..." Ujar Ammar dengan nada keluhan dihujungnya. Dia betul-betul tak setuju dengan mamanya. Tiba-tiba saja Datin Harizah kata yang mereka berdua akan berbulan madu di Pulau Redang. Malah mamanya itu sudah pun menempah hotel untuk mereka berdua menginap.
"Mama dah lama diam dah pasal bulan madu kamu berdua. Tapi sampai sekarang langsung tak ada pergi mana-mana pun untuk berbulan madu... Sebab itulah mama dah tentukan destinasi kamu berdua."
"Tapi Pulau Redang tu jauhlah mama. Ammar bukannya rajin nak memandu sejauh itu."
"Apa yang jauhnya? Terengganu aje pun. Mama rasa Nuha pun tak ada masalah nak temankan Ammar memandu. Lagipun, mama tahu Ammar tak pernah bawa Nuha berjalan-jalan kan? Dan mama rasa inilah masanya Ammar dan Nuha untuk pupuk hubungan suami isteri tu."
Nuha cuma tersenyum nipis. Dia tidak mahu menyampuk perbualan anak beranak itu. Biarlah mereka berdua yang membuka mulut. Kalau dia bercakap nanti Ammar cop dirinya batu api pula.
"Tak boleh ke pergi dekat-dekat aje? Ini terpaksa bersengkang mata demi nak pergi berbulan madu. Tak logik langsung. Ammar penat lah mama."
"Ammar ni banyak alasan lah. Dulu Ammar dan Zarith berjalan sampai ke Perlis tu boleh pulak? Nak ajak isteri sendiri bercuti pun banyak songeh." Datin Harizah menggelengkan kepalanya. Dia yakin Ammar cuma memberi alasan untuk mengelak daripada berbulan madu.
"Tapi mama..."
"Sudah mama tak mahu ada lagi jawapan. Keputusan mama muktamad. Kamu berdua akan berbulan madu disana nanti selama 3 hari 2 malam. Bertolaknya pada hari lusa."
Ammar merengus pendek. Dia berpaling pada Nuha yang menunjuk riak tidak tahu apa-apa itu. Sungguh dia bengang dengan Nuha tika ini. Berlakon polos konon padahal suka apabila mamanya membuat keputusan begitu. Ammar tidak henti-henti berdecit. Dia tidak dapat membayangkan hari-harinya nanti jika mereka berdua berbulan madu. Pasti gelap tiada cahaya menerangi.
PADA malam itu, Ammar keluar dari tandas biliknya seusai mencuci mukanya. Nuha yang sudah berbaring diatas katil dipandang lama. Keningnya berkerut kerana bengang yang masih bersisa. Wajah Nuha yang turut membalas pandangan itu sungguh menyakitkan hatinya.
"Kenapa pandang macam tu?" Soal Nuha. Dia pelik kenapa Ammar memandangnya dengan riak tidak berpuas hati. Dia ada berbuat salahkah dengan Ammar?
"Aku tahu mesti kau yang hasut mama pasal berbulan madu tu kan? Kau dah tahu aku tak akan bawa kau kemana-mana sebab tu kau hasut mama supaya mama paksa aku bawa kau ke Pulau Redang tu." Ammar mula menyuarakan ketidakpuasan hatinya itu.
"Bila masa saya hasut mama? Saya pun tak tahu apa-apa tentang bulan madu ni. Saya ikut aje kemana-mana pun."
"Jadi kau memang setuju lah pasal bulan madu ni? Kau tahu kan yang aku tak mahu berbulan madu? Untuk apa benda tu semua? Aku bukannya sukakan kau pun sampai nak kena bulan madu segala. Aku tak setuju langsung lah keputusan mama ni. Kau kena fikir jalan untuk batalkan bulan madu tu."
"Saya pun tak suka tuan juga. Tapi tak ada lah sampai nak bangkang keputusan mama. Kalau tuan tak nak habistu saya ni nak sangat ke?"
"Kalau kau tak nak kenapa kau nak kena ikutkan? Kau faham tak bulan madu tu apa? Bulan madu tu untuk pasangan suami isteri bercuti untuk meluangkan masa bersama. Aku mahu serumah dengan kau pun aku tak suka apatah lagi bercuti dengan kau."
"Dah lah. Malas betul saya nak layan tuan. Baik saya tidur lagi bagus. Buat serabut kepala otak aje nak berfikir pasal benda remeh ni. Kalau tuan nak berjaga semata-mata nak fikir pasal hal ni dipersilakan. Saya tak mahu." Nuha menarik selimut menutupi tubuhnya. Dia betul-betul sudah mengantuk.
KAMU SEDANG MEMBACA
Rintihan Rasa ✔️
RomanceSTART - 15 NOVEMBER 2020 END - 24 FEBRUARI 2022 Nuha Madina seorang gadis yang membesar dengan layanan seorang ayah yang dibezakan antara dia dan Nurani Marisa, adik kandungnya. Dia tidak pernah merasa kasih Pak Yussof walaupun dia memang anak kandu...