Bab 40

4.6K 157 13
                                    

Nuha memerhati Ammar yang memasuki bilik sambil menantang dulang berisi bubur nasi dan susu. Dia tersenyum janggal. Kenapa dia rasa Ammar yang dikenalinya lain benar dengan Ammar yang sekarang? Dulu bukan main garangnya. Sikit sikit nak marah. Tapi kali ni baik pula. Ah mungkin sebab dirinya sedang sakit. Nanti bila dah sembuh pasti Ammar akan menjadi buas semula!

"Kau boleh duduk tak? Kalau tak boleh biar aku bantu." Soal Ammar. Dia meletakkan dulang itu ditepi katil lalu mendekati Nuha untuk menolong. Setelah Nuha selesai menukar posisi, Ammar mencapai dulang itu semula lalu duduk disebelah Nuha.

"Nah makan. Kau mesti lapar." Ammar menghulurkan suapan pertama ke mulut Nuha. Nuha perlahan membuka matanya lalu menelan bubur nasi yang dimasak oleh Ammar itu. Dia tersenyum nipis. Sedap.

"Ammar.." panggil Nuha.

"Kenapa?" Ammar mengangkat keningnya.

"Terima kasih sebab sudi jaga saya. Masakkan bubur untuk saya. Saya banyak sangat menyusahkan awak."

"Siapa lagi nak jaga kau kalau bukan aku? Aku buat semua ni atas sebab aku terkenangkan budi kau. Kalau kau tak selamatkan aku haritu, aku yang akan sakit seperti apa yang kau hadap ni. Masa tu, kau pulak jaga aku. Betul?"

Nuha perlahan mengangguk.

"Terima kasih sebab selamatkan aku. Aku tahu aku punca semua ni berlaku. Aku minta maaf sebab tak dengar kata kau. Aku rasa serba salah pada kau dan Abang Nadim. Kalau lah masa tu kau tak ada harapan sembuh, sampai mati belum tentu aku dapat maafkan diri aku sendiri." Ammar menunduk sepi membuatkan Nuha tergamam.

Ammar Huzair kah yang berada dihadapannya sekarang ni? Dia bingung mana perginya Ammar yang keras kepala tu. Tiba tiba rasa kasihan muncul di sudut hati. Tersentuh rasanya melihat wajah sayu Ammar.

"Tak ada apa pun lah. Awak tengoklah saya ni makin sihat. Tak perlulah awak nak rasa sesal sampai macam tu sekali. Sikit aje pun." Nuha cuba menenangkan Ammar.

Ammar masih menunduk. Kepalanya sedikit mengangguk lalu dia tersenyum nipis.

"Dah kau kena sambung makan." Ujar Ammar. Dia menyambung menyuap Nuha.

"Abang Nadim buat apa? Dia mesti belum makan lagi." Nuha tiba tiba merasa risau.

"Aku ada pesan makanan online untuk dia tadi. Dia dah kenyang dah pun. Kau aje yang belum kenyang." Balas Ammar.

Nuha mengangguk mengerti. Dia membuka mulutnya untuk menelan bubur nasi yang disuap Ammar.

Selesai mengisi perut yang kosong tadi, Nuha sendawa perlahan. Kenyang sangat sampai naik senak perutnya itu. Seketika dia mencium bawah lengannya yang sudah naik bau. Nuha membuat reaksi mahu termuntah.

"Ish! Busuknya aku! Bila la aku nak mandi ni. Pemalas betul." Nuha mengata diri sendiri. Dia bukannya malas mandi pun sebenarnya. Dia cuma bingung macam mana agaknya mahu mandi kalau mahu bangun pun dia tak mampu. Melainkan kalau yang Ammar bantu.

Ammar yang terpandang gelagat Nuha lantas mengerut keningnya. Aneh betul perlakuan Nuha tu. Apa yang dia fikir agaknya reaksi muka sampai jadi begitu.

"Kau kenapa?" Soal Ammar membuatkan Nuha tersentak.

"Tak ada apa. Cuma saya belum mandi lagi." Jawab Nuha perlahan. Dia tersengih kecil.

"Kau nak aku mandikan kau? Boleh aje."

Nuha membuntangkan matanya. Apa yang Ammar merepekkan ni? Selamba badak aje cakap begitu. Suka la tu nak tengok oranh mandi. Dasar miang! Gatal! Nuha lantas menggelengkan kepalanya tanda tidak setuju sambil mengerutkan kening.

Rintihan Rasa ✔️Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang