"Assalamualaikum." Aireena menekan loceng rumah itu sambil menjenguk. Risau pula tiada orang di rumah. Harini dia ada tuisyen subjek addmath bersama gurunya. Maklumlah peperiksaan kan tak lama lagi.
"Waalaikumsalam. Masuk Aireena. Pagar tak kunci pun." Dayang tersenyum lebar ke arah Aireena di hadapan pintu rumahnya.
Aireena mengangguk lalu memasuki rumah Dayang. Tangan wanita itu disalam mesra sebagai tanda hormat.
"Kak Dayang sihat?" Soal Aireena, ramah. Dia melabuhkan pungungnya diatas kerusi di ruang tamu.
"Alhamdulillah sihat. Aireena? Macam mana? Belajar okay?" soal Dayang kembali.
"Okay saja. Tapi itulah bila dah dekat dengan exam ni, makin stress rasanya." Aireena memuncungkan bibirnya. Kadang kala dia penat juga mahu belajar. Tapi yalah. Jadi apa pun ada susahnya, termasuklah menjadi seorang pelajar. Dia perlu juga teruskan usaha untuk mencapai matlamat hidup.
"Biasalah student kan. Kak Dayang pun pernah jadi macam Aireena. Penat belajar. Tapi, Aireena kena ingat. Setiap apa yang kita buat dengan usaha, akan dibalas dengan perkara yang lebih baik. Sesuai dengan usaha kita." Dayang tersenyum.
Aireena mengangguk faham.
"Okaylah, sebelum kita mula belajar. Kak Dayang nak pergi dapur dulu ambil makanan untuk kawan Kak Dayang. Aireena nak air apa apa?" Dayang bangkit untuk menuju ke ruang dapur. Sebelum dia lupa untuk memberi makan kepada Nurani, baik dia buat dulu. Takut Nurani kelaparan pula nanti.
"Kawan? Kawan Kak Dayang ada ke?" Aireena mengangkat keningnya.
"Iya. Dia tinggal sekali dengan Kak Dayang. Kak Dayang kasihan sangat pada dia. Dia sakit tenat sampaikan nak bangun pun tak boleh. Kak Dayang tengok pun macam sebatang kara saja. Dia kata dia ada kakak tapi tak tahu dimana." Luah Kak Dayang sambil menahan sebak. Setiap kali bercerita tentang Nurani, dia berasa sayu sekali. Pasti matanya terasa hangat mahu mengeluarkan tangisan.
Aireena menggelengkan kepalanya. Terasa kasihan pula apabila mendengar apa yang diceritakan oleh Kak Dayang.
"Boleh tak kalau Aireena nak jumpa dia?" Tak semena mena Aireena mahu bersemuka dengan orang yang diceritakan oleh Dayang itu. Hatinya seakan akan terpanggil.
"Boleh. Aireena jalan aje ke bilik nombor dua itu. Pintu bilik tak kunci pun."
Aireena mengangguk faham. Dia menapak perlahan memasuki bilik yang disebut Dayang itu. Tombol pintu diputar lalu dia menjenguk sekejap. Mata Aireena membulat kerana terkejut.
"Kak Nura." panggil Aireena serta merta mendapatkan Nurani yang terlantar sakit itu. Alangkah terkejutnya dia melihat keadaan Nurani sebegitu. Tubuh Nurani semakin kurus dan cengkung. Wajahnya pucat sekali. Kalau diikutkan lain benar dengan wajah Nurani yang sebelum ini.
"Aireena." panggil Nurani perlahan. Gembira sekali hatinya dapat berjumpa dengan Aireena. Adakah ini kebetulan?
"Kenapa dengan Kak Nura? Macam mana Kak Nura boleh jadi macam ni? Kak Nura sakit apa?" Soal Aireena bertubi tubi. Dia risau sekali dengan keadaan Nurani.
"Kak Nura okay sajalah. Aireena janganlah risau ya. Macam mana Aireena boleh ada di sini?"
"Kak Dayang guru tuisyen Aireena. Aireena memang datang rumah Kak Dayang setiap minggu. Tapi tak sangka hari ni Aireena dapat jumpa Kak Nura. Kak Nura, jom ikut Aireena balik rumah? Aireena tak sampai hati tengok keadaan Kak Nura." Tangan Nurani dibelai lembut sambil dia mengalirkan cecair hangat dari matanya.
"Ish tak apa lah Aireena. Kak Nura baik saja disini. Aireena kan boleh jumpa Kak Nura tiap minggu. Aireena jangan risau ya?" Nurani menolak lembut. Dia bukan apa. Dia tak mahu kehadirannya menimbulkan kebencian orang lain nanti. Dia tahu Datin Harizah tidak akan pernah sukakan dirinya. Apatah lagi mahu duduk sekali. Lagipun, dia memang sudah berjanji tidak akan munculkan diri lagi. Itu semua sebab dia tahu Nuha pasti akan marah nanti.
Daripada dia membuatkan orang tak berpuas hati. Baik dia duduk aje di rumah Dayang. Disini, tak akan ada sesiapa pun berasa susah hati.
"Aireena, janji pada Kak Nura. Jangan bagitahu sesiapa pun tentang keadaan Kak Nura. Boleh?" Pinta Nurani.
"Tapi Kak Nura, keluarga Kak Nura kena tahu. Mereka pasti risaukan Kak Nura."
"Itulah sebabnya Aireena, Kak Nura tak mahu sesiapa pun risau ataupun susah hati. Mereka semua pasti sedang bahagia sekarang. Tak apa lah, Kak Nura tak mahu rosakkan kebahagiaan sesiapa." Nurani perlahan menggeleng.
"Kak Nura, Aireena tak sanggup." Aireena memejamkan matanya sambil menggeleng.
"Please?" Pinta Nurani sekali lagi.
Aireena teragak agak mahu bersetuju. Dia hanya menganggukkan kepalanya tapi hatinya masih menidakkan permintaan Nurani. Mana mungkin dia mahu membiarkan Nurani tenat dan terlantar sedangkan keluargnya hanya membuat tak tahu saja.
**
Nuha menarik zip beg bagasinya lalu diletakkan ditepi katil. Hari ini mereka akan bertolak ke Pulau Redang dan Nuha memang sudah bersemangat mahu bertolak ke sana. Yalah, dia kan tak pernah bercuti jauh jauh. Mana tak dia teruja semacam.Nadim sudah dihantar ke rumah mertuanya. Memang Datin Harizah yang menyuruh Nadim tinggal bersama sementara Nuha dan Ammar pergi berbulan madu. Tak adalah Nuha risau sangat tentang Nadim kerana memang ada yang menjaga abangnya itu.
Pada mulanya Nadim menolak dan mengatakan dia boleh duduk sendiri. Tapi setelah dipujuk Nuha, Nadim pun bersetuju. Bukan apa, tujuan Nuha mahu Nadim duduk di rumah mertuanya itu supaya abangnya itu terurus. Nadim kan tak berdaya mahu berjalan. Nuha risau apa apa akan terjadi pada Nadim nanti.
Setelah semua barangan siap dikemas dan disimpan ke dalam bagasi. Mereka berdua mula bertolak. Mata Nuha meliar ke luar tingkap kerana begitu teruja. Suka sekali dia memandang persekitaran luar.
"Lambat lagi ke nak sampai?" Soal Nuha dengan nada seronok.
"Kita kan baru bertolak. Mestilah lama lagi nak sampai. Kau dah tak sabar sangat ke nak sampai ke sana?"
"Mestilah. Saya gembira sangat hari ni. Dapat bercuti dengan awak. Pergi Pulau Redang pula tu. Seumur hidup saya, saya tak pernah kesitu. Bila awak nak bawa saya ni, saya jadi happy sangat." Nuha tersenyum lebar kepada Ammar.
Ammar membalas senyuman Nuha.
"Baguslah kalau kau happy. Lepasni kau cakap aje kau nak kemana. Aku boleh bawakan." Ujar Ammar sambil matanya fokus memandang jalan. Dia menunggu jawapan dari Nuha, tapi tiada pula balasan. Ammar mengerutkan keningnya. Dia menoleh ke arah Nuha.
Kelihatan Nuha sudah terlentok ketiduran. Ammar menggelengkan kepalanya.
"Cepatnya kau tidur. Penat sangatlah tu. aku yang drive, kau pula yang penat." Gumam Ammar perlahan. Tak lama selepas itu, dia tersenyum nipis. Aduhai Nuha, ada saja karenahnya membuatkan Ammar terhibur. Padahal baru kejap tadi mereka berbual. Sekilas lagi tengok tidur pula. Bertuah punya Nuha.
KAMU SEDANG MEMBACA
Rintihan Rasa ✔️
RomanceSTART - 15 NOVEMBER 2020 END - 24 FEBRUARI 2022 Nuha Madina seorang gadis yang membesar dengan layanan seorang ayah yang dibezakan antara dia dan Nurani Marisa, adik kandungnya. Dia tidak pernah merasa kasih Pak Yussof walaupun dia memang anak kandu...