«DUA»

1.3K 223 50
                                    

AERI POV•

Aku masuk ke dalam sekolah. Ramai yang memandang aku. Aku abaikan. Luka yang Taehwan buat belum sembuh lagi. Aku tak tahu kenapa semua buli aku. Nak kata aku nerd, aku bukanlah seorang yang menghadap buku 24 jam. Aku tiada kawan. Sebab, aku beban. Harap-harap Taehwan tak buli aku. Tapi aku tak nampak dia langsung. Takkan lah-

Benda tu berlaku sekali lagi. Setiap pembuli yang buli aku, dua hari selepas tu. Di temui mati atau hilang. Semua anggap aku pembawa malang, anak sialan. Ada yang kata eomma appa aku tiada sebab aku. Padahal bukan. Eomma appa aku mati di sebabkan kemalangan jalan raya.

Aku masuk ke dalam kelas dan duduk di tempat aku. Sebelah aku tiada sesiapa. Siapa je nak duduk sebelah aku. Silap hari bulan mati- itu orang kata lah.

"Ssaem datang!" jerit ketua kelas aku, iaitu Lee Jeno. Muka dah tahan handsome, tapi tulah perangai. Selalu sangat buli aku. Tapi buli ringan lah. Just kacau aku, ejek aku. Aku dah biasa.

"Selamat pagi semua. Kita ada murid baru. Sila masuk dan perkenalkan diri kamu." kata Ssaem Jihyo. Seorang pelajar lelaki yang bermuka dingin masuk ke dalam kelas aku.

END POV•

"Annyeonghaseyo cheoneun Na Jaemin imnida." Jaemin perkenalkan diri kepada murid di dalam kelas itu. Pelajar perempuan kecuali Aeri mula fangirling.

Matanya menatap tajam ke arah Aeri. Tapi Aeri tidak perasan. Dia leka membaca buku.

"Okay Jaemin. Memandangkan meja dah full. Kamu duduk di sebelah Aeri. Kang Aeri angkat tangan kamu." kata Ssaem Jihyo. Aeri mengangkat tangannya. Pelajar perempuan mula membisik-bisik.

"Ssaem tak tahu ke sesiapa yang duduk sebelah budak bala tu akan mati" kata seorang pelajar perempuan tu. Aeri yang mendengarnya terus menunduk. Jaemin hanya smirk.

"Mangsa baru nampaknya." kata Jaemin dalam hati. Dia segera duduk di sebelah Aeri.

"Hai nama aku Jaemin. Panggil Jae." kata Jaemin sambil hulur tangan. Aeri menunduk. Dia takut. Dia pasti akan di buli dengan pelajar perempuan.

"Nama saya Aeri." kata Aeri tanpa menyambut tangan Jaemin. Jaemin mengangguk lalu membuka buku.

JAEMIN POV•

Aeri tak nak salam aku, sebab aku tahu akan ada orang buli dia nanti. Aku masuk sekolah ni pun aku nak tengok sejauh mana diaorang buli kesayangan aku ni. Aku tahu aku dah 23 tahun. Aku pandai tipu pengetua.

Aku just kata, aku kena repeat sekolah. Aku tahu ia mengarut. Peduli apa aku. Hahahah.

Aku membuka buku teks mata pelajaran sains. Ahh bosan. Aku dah belajar banyak kali lah. Aku melihat raut wajah Aeri dari tepi. Cantik.

Macam mana aku boleh jumpa dia dan jatuh cinta. Semuanya bermula dari dia melanggar badan aku sewaktu di kedai runcit. Sejak itu, aku selalu mengikutnya. Aku rasa dia tak kenal aku. Sebab aku pakai mask dan hoodie yang menutup dahi aku.

•END JAEMIN POV•

Belajar punya belajar sampai lah waktu rehat. Aeri mengemas peralatan sekolah dan masuk ke dalam begnya. Dia mengeluarkan bekal yang di bawanya. Dia hanya rehat di dalam kelas.

Tiba-tiba ada satu suara berteriak di dalam kelas. Aeri hanya mengabaikan.

"Guys!!! Aku dapat berita yang Taehwan hilang. Mak dia bagitahu dalam group kelas. And yeah it's because Aeri fault. Siapa yang buli dia, orang tu akan hilang atau mati" kata Hyena. Semua memandang Aeri tajam.

"Woii malang. Kau buat apa dekat Taehwan hah! Kau yang bunuh dia atau culik dia kan?" tuduh Jaena. Aeri hanya menggeleng-geleng kepalanya.

"Bukan aku lah. Semalam aku dekat rumah jelah." nafi Aeri. Gila ke dia nak culik orang. Dirinya bukan kuat sangat.

"Orang kalau dah salah mana nak mengaku kan. Hey Jaemin, kau tukar jelah tempat kau. Aku takut kau jadi mangsa seterusnya." kata Hyena.  Jaemin tergelak kecil.

"Kalau aku tak nak? Aku percaya dia takkan buat macam tu. Come on girl's, zaman dah maju kan? Detect jelah lokasi telefon dia tu. Kalau lah orang tu wujud." kata Jaemin dengan senyuman sinis. Hyena and the gang terus terdiam apabila mendengar kata Jaemin.

"Kamsahamnida sebab tolong saya." ucap Aeri sambil tersenyum manis. Jaemin membalas senyuman Aeri.

"Kalau lah aku dapat kau. Takkan sesekali aku lepaskan perempuan baik dan cantik seperti kau. Aku sanggup berbuat apa-apa demi kau, sayang." monolong Jaemin dalam hati.

Tbc.

A/N: hai guys. I know you guys terkejut apabila Jaemin sekolah kembali. Hahahah. Tak de lah casting kan. Heheh

Ok guys, siapa tahu FF Han Family? Mesti yang para Stay tahu hoho. Okay ada member Yoonri buat rp untuk Han Family. Mana tahu kita boleh kenal dan jadi online friends. Siapa yang berminat boleh pm member Yoonri ni sjiwoo jangan risau masing-masing masuk air and tak kering gusi melihat kelawakan para rp.

Btw tq siapa yang vote. Siapa tak vote Jaemin datang rumah korang HAHAHAHA.






「C」Psycho Love 사이코사랑• Na Jaemin/나재민• Where stories live. Discover now