1 minggu kemudian~~
Aeri berada di dalam rumah sedang menonton televisyen. Dia asyik bertukar siaran tetapi tiada satu channel yang menarik perhatiannya.
"Haih bosannya. Nak buat apa. Keluar. Beli barang dapur jelah. Lagipun barang dapur dah nak habis" Aeri bercakap sendirian. Dia bingkas bangun dari sofa dan menuju ke bilik untuk membersihkannya dirinya.
[Skip~]
Aeri turun ke bawah. Dia hanya mengenakan t-shirt oversize berwarna merah dan seluar panjang berwarna biru gelap.
Dia keluar dari rumah dan menutup pintu. Dia berjalan ke bus stop. Aeri menunggu mana-mana teksi atau bas yang lalu.
Tiba-tiba datang satu kereta hitam yang berjenama Honda Civic berhenti di depan Aeri. Aeri hanya mengabaikan, mana tahu pemilik kereta ini berhenti seketika.
Tingkap kereta di turunkan dan terpampang muka Jaemin. Aeri terkejut. Jaemin keluar dari kereta
"Kau nak pergi mana?" tanya Jaemin.
"Pasar raya dekat hujung sana. Saya tunggu basa atau teksi lalu. Awak buat apa kat sini." Aeri membalas pertanyaan Jaemin. Jaemin mengangguk.
"Entahlah aku pusing-pusing sekitar sini dan aku ternampak kau dekat sini. Tumpang aku jelah. Tunggu bas atau teksi lama." pelawa Jaemin.
"Tak perlu susah. Saya boleh naik teksi dengan bas." tolak Aeri dengan sopan. Dia segan sebenarnya. Jaemin menggulingkan anak matanya. Dia membuka pintu kerusi penumpang dan menarik Aeri lalu menolak Aeri masuk ke dalam. Dia menutup pintu. Dia masuk ke dalam kereta kembali.
"Awak ni paksa je tahu." kata Aeri. Sejak berkenalan dengan lelaki bermarga Na ni, lelaki itu selalu paksa dia walaupun dia dah tolak. Degil sungguh!
"Apa gunanya kawan kalau tak boleh tolong." balas Jaemin walaupun susah nak tuturkan perkataan 'kawan'. Baginya kawan itu tidak cukup lagipun dia cintakan Aeri bukan?
"Iyelah. Saya tak nak susahkan awak je. Awak terlalu baik." kata Aeri. Jaemin mengungkit kening kirinya sambil tangan kanannya kawal stereng.
"Kau nak aku jahat ke? Aku baik dengan kau, sebab kau baik dengan aku. Kalau kau dah tahu identiti aku, aku tak rasa kau akan berkawan dengan aku. Yeah, siapa je nak berkawan dengan aku." kata Jaemin. Aeri mula serba salah.
"Sorry kalau ayat saya buat awak tidak selesa. Saya tak biasa hidup susahkan orang. Saya dah biasa hidup berdikari." Aeri memohon maaf kepada Jaemin. Jaemin hanya senyum nipis.
"It's okay. Kau tak susahkan aku lah. Aku nak tolong kau kan." kata Jaemin.
"Haih Aeri, kau terlalu baik dan lemah lembut sayang. Bila kau dah tahu identiti sebenar aku, aku takut kau akan lari dari aku. Aku tak nak kehilangan orang yang aku sayang. Cukuplah, eomma pergi tinggalkan aku. Aku tak nak." kata Jaemin dalam hati. Suasana mula senyap sunyi.
🔪🔪🔪
Kereta Jaemin mula masuk ke kawasan pasar raya kecil yang terletak di hujung Pekan Seoul. Aeri keluar dari kereta.
"Awak tunggu ke? Kalau awak nak balik, balik lah. Saya boleh balik guna naik bas atau teksi." tanya Aeri.
"Aku tunggu. Nak aku ikut ke. Kalau boleh aku nak ikut." kata Jaemin. Aeri mengangguk. Jaemin matikan enjin dan keluar dari perut kereta.
Mereka berdua masuk ke dalam pasar raya kecil itu. Aeri mengambil troli. Cepat-cepat Jaemin merampas troli yang di bawa oleh Aeri dan membawanya. Aeri mengerutkan dahinya. Apa masalah lelaki ni, getus Aeri dalam hati.
Mereka berdua menuju ke tempat basah. Aeri memilih daging lembu dan mengambilnya lalu masuk ke dalam troli.
[Skip~]
Selepas membeli barang, Aeri dan Jaemin menuju ke kereta kembali. Jaemin mula membawa kereta itu.
"Thank you tolong saya." ucap Aeri sambil memberikan senyuman.
"Welcome. Mana alamat rumah kau?" tanya Jaemin. Aeri memberitahu alamat rumahnya kepada Jaemin.
Kereta Jaemin berhenti di depan rumah Aeri. Aeri keluar dari perut kereta itu sambil mengeluarkan barang tersebut.
"Gomawo Jaemin-ah. Esok kita jumpa dekat sekolah. Annyeong~" kata Aeri. Jaemin mengangguk. Aeri masuk ke dalam rumahnya.
•JAEMIN POV•
Aku meninggalkan kawasan perumahan Aeri. Aku berhenti di Sungai Han. Aku tidak keluar dari kereta. Aku menyandarkan badan aku di seat kereta itu.
"Baru kejap kita berpisah, aku dah mula rindukan kau. Haih, hebat sungguh penangan kau Aeri. Esok kita jumpa ye. See tomorrow sweety" kata Jaemin sendirian. Sudut bibir naik ke atas. Jaemin memasukkan gear dan memecut menuju ke rumahnya.
Tbc
YOU ARE READING
「C」Psycho Love 사이코사랑• Na Jaemin/나재민•
Fanfictionʚ nct series fanfiction 『1』 ɞ [ sinopsis season one ] Psycho or obsessed Dua perkataan itu dapat digambarkan dalam diri Na Jaemin yang tekad ingin memiliki Kang Aeri. Ingin seseorang berada di sampingnya sehingga nafas terakhir. Dia sanggup menjaga...