|DUA PULUH|

1K 169 16
                                    

"Sakit Jaemin!!" jerit Aeri. Jaemin yang bertindak menendang Aeri terus menjambak rambut Aeri.

"Siapa suruh kau lari! Aku takkan lepaskan kau lah bodoh!! Kau sengaja nak buat aku marah ke apa!!!" teriak Jaemin lalu menampar kuat pipi Aeri. Aeri berusaha melepaskan diri dari cengkaman Jaemin.

"Kenapa awak tak bunuh saya saja!! Itu yang awak nak kan!! Ingat saya ni mangsa awak sebelum ni ke!!! Saya penat Jaemin, jangan seksa saya macam ni." jerit Aeri dengan tangisan. Jaemin datang dekat ke arah Aeri.

"Kau nak aku bunuh kau? Buat apa aku jatuh cinta dengan kau kalau niat aku nak bunuh kau? Ermm, aku ikhlas cintakan kau. Kau dah tak cintakan aku ke?" tanya Jaemin sambil mengangkat dagu Aeri ke atas. Anak mata Aeri bertembung dengan anak mata Jaemin.

"Cara awak salah Jaemin. Kalau awak sayang dan cintakan saya, awak takkan bunuh orang yang kacau saya. Suatu hari nanti kalau polis tahu, awak kena hukuman gantung. Awak nak ke." balas Aeri membuatkan ketawa Jaemin meletus.

"Polis nak tahu buat apa. Diaorang dengan aku sama je. Bunuh orang. Chagiya, aku tahu aku ada penyakit mental. Tapi aku berhak nak rasa kasih sayang. Kau lah satu-satunya perempuan yang bagi aku kasih sayang selain eomma aku. Kau nak tahu tak kenapa aku jadi macam ni." tanya Jaemin kepada Aeri.

"Hmm" Aeri mengangguk menandakan dia ingin tahu. Jaemin memeluk pinggang Aeri erat seolah-olah tidak mahu melepaskannya.

"Aku dahagakan kasih sayang seorang perempuan. Kau bayangkan, kanak-kanak berusia tujuh tahun hidup keseorangan. Tiada siapa yang peduli aku, sejak itu bila aku ingin duit. Aku bunuh orang. Aku curi duit itu. Aku survive seorang diri, sayang. Sampaikan.." kata Jaemin tergantung sebelum tangan besarnya menekup pipi Aeri.

" Kau terlanggar aku dekat kedai runcit. Sejak itu aku mula jatuh cinta dengan kau. Aku tahu kau perempuan yang baik, sejak itu juga aku selalu ikut kau kemana-mana sahaja. Aku masuk ke sekolah kau padahal usia aku dah 23 tahun. Dah habis sekolah dah. Sebab apa, sebab aku nak bersama dengan kau. Aku jadi marah apabila ada orang nak buli kau. Aku tak nak tangan kotor diaorang sentuh badan kau. Sebab itu aku bunuh diaorang." sambung Jaemin. Aeri memandang Jaemin.

"Lepaskan saya boleh." pinta Aeri. Jaemin menrengus kasar. Dia menggeleng kepalanya.

"Nanti kau tinggalkan aku macam mana eomma tinggalkan aku!! Jangan tinggalkan aku!! Aku takkan izinkan kau pergi!! Aku sanggup bunuh diri aku  kalau kau tinggalkan aku!!" jerit Jaemin. Air mata Jaemin mula jatuh, Aeri mula tidak faham dengan perbuatan Jaemin.

"Kalau awak tak nak saya tinggalkan awak, kita jumpa doktor ye. Kita buat terapi." tanya Aeri. Jaemin memandang Aeri.

"Aku tak nak jumpa doktor sial tu. Dia bukan rawat aku. Dia asyik tanya soalan pepelik dekat aku." balas Jaemin macam kebudak-budakan. Aeri mula faham kenapa Jaemin jadi macam ni. Doktor pun tak membantu. Mesti doktor perempuan yang rawat dia.

"Saya minta doktor lelaki. Tiada doktor perempuan. Kita pergi nae?" kata Aeri. Jaemin mengangguk laju.

"Jangan tinggalkan Nana please. Nana takut." kata Jaemin. Aeri mengangguk. Dia akan tolong Jaemin untuk jadi manusia normal. Lagipun dia masih cintakan jejaka di depannya.

Jaemin memeluk Aeri erat. Aeri membalas pelukkan Jaemin.

"Saya masak nae." kata Aeri. Jaemin menggeleng. Aeri mengerutkan dahi.

"Aku tak nak kau lari dari aku. Biar aku masak. Kau duduk sini." kata Jaemin. Aeri mengangguk. Kakinya melangkah ke arah katil. Jaemin keluar dari bilik Aeri dan mengunci.

"Aku akan tolong dia jadi manusia normal. Benarlah kata dia, dia pun berhak nak bahagia. Cuma, mental yang penghalang." kata Aeri seorang diri.

Tbc.

A/N: I know uoll pelik dengan perwatakan Jaemin kejap" jadi budak kejap" ganas. Next chapter segala persoalan terjawab.

Vote and comment❤

「C」Psycho Love 사이코사랑• Na Jaemin/나재민• Where stories live. Discover now