[DUA PULUH EMPAT]

933 135 110
                                    

Aeri dan Jaemin memandang orang yang memanggil mereka. Wajah Jaemin mula cemberut.

"Mana korang pergi selama ni. Hilang macam tu je." kata Changmin. Dialah yang memanggil Jaemin dan Aeri. Korang fikir Mark eh.

"Tak payah sibuklah." balas Jaemin lalu menarik tangan Aeri lalu masuk ke dalam kereta. Changmin membuat muka tidak percaya.

"Whut- aku kena tinggal macam tu je. Whatta- eii geram betul aku dengan Jaemin ni." bebel Changmin sambil membuat gaya ingin mencekik Jaemin. Bila dia tersedar bahawa dia berada di tempat awam segera pergi dari situ sambil menutup muka.

"Kau kenapa Changmin?" tanya Mark apabila melihat Changmin asyik menutup muka.

"Diam ah-" balas Changmin lalu melepaskan tangannya dari muka.

"Kau nak tahu tak aku jumpa siapa tadi." kata Changmin. Mark mengangkat keningnya. Changmin tersenyum.

"Aku jumpa Jaemin dengan Aeri dekat depan kedai ttebeokki yang famous tu" sambung Changmin. Mark tersedak air liur.

"Seriouslah!? Kau kata apa." tanya Mark. Muka Changmin terus cemberut lalu menceritakan apa yang terjadi. Mark tergelak kecil.

"See, Aeri mesti dengan Jaemin. Kau je tak nak caya." kata Mark riak. Changmin mendecit.

"Dah lah weyh. Lupa jelah Aeri tu. Bukan jodoh kau." kata Changmin selamba. Mark menjeling Changmin.

"Aku tetap nak dia. Wey Jaemin tu tak sesuai dengan dia lah. Jaemin tu, eii aku tak tahu nak describe dia macam mana." bantah Mark. Changmin mendecit. Dia memandang Mark dengan pandangan tajam.

"Cuba kau fikir apa perasaan Jaemin bila dia dapat tahu kau nak rampas Aeri dari dia. Cuba kau duduk dekat tempat Jaemin sendiri. Kau mesti marah kan. Fikir pakai otak lah, banyak lagi perempuan dekat luar sana sama persis dengan Aeri." kata Changmin tegas. Mark diam. Changmin mengeluh.

"Think about that. Think they're feeling. Aeri, I saw she very love Jaemin. Sanggup kau nak pisahkan mereka berdua? Jodoh di tangan tuhan kan." sambung Changmin lalu bangun dari situ dan balik.

Mark masih memikirkan kata-kata Changmin. Dia termenung.

"Betul ke apa yang aku buat. Kalau aku jadi Jaemin pun aku akan marah. Arghh aku malas nak fikir." kata Mark lalu pergi dari situ. Koyak lah tu-

💫💫💫

K

ereta Jaemin masuk ke dalam perkarangan rumahnya. Aeri keluar dari kereta sambil membawa plastik tteokbokki.

"Khaja." kata Jaemin lalu memegang tangan Aeri dan masuk ke dalam rumah. Aeri menuju ke dapur dan mengambil mangkuk untuk meletakkan tteokbokki ke dalamnya.

"Tak sabar-sabar." kata Jaemin sambil mencuit hidung Aeri. Mata Aeri terua juling. Jaemin tergelak melihat mimik muka Aeri.

"Awak tak nak makan?" tanya Aeri. Jaemin mengangguk dan mengambil bekas tteokbokki.

Aeri mula makan tteokbokki itu. Jaemin gelak kecil apabila melihat keterujaan Aeri makan kek beras pedas itu.

"Sedap?" tanya Jaemin sambil mengelap tepi bibir Aeri yang comot dengan kuah tteokbokki. Aeri mengangguk laju.

"Masshita~~" balas Aeri sambil menaikkan ibu jarinya ke atas. Jaemin tersenyum melihat gelagat comel kekasihnya.

"Kita kahwin nak?" tanya Jaemin tiba-tiba membuat Aeri tersedak. Jaemin mula gelabah dan mencari air, apabila sudah dapat segera dia memberi kepada Aeri. Aeri minum dengan rakus.

「C」Psycho Love 사이코사랑• Na Jaemin/나재민• Where stories live. Discover now