[ DUA PULUH DUA]

977 157 22
                                    

satu bulan kemudian~~

Kini Jaemin sudah sembuh dari penyakit mentalnya. Aeri gembira apabila mendapat tahu Jaemin sudah pulih.

"Chagiyaaa~~~" panggil Jaemin meleret . Aeri yang sedang memasak terus memadam api. Dia memandang Jaemin dengan kening terangkat.

"Kenapa?" tanya Aeri. Kacau sahaja dia tengah masak. Jaemin memeluk Aeri  dari belakang.

"Rindu~~" balas Jaemin manja. Aeri menggeleng melihat perubahan Jaemin selepas pulih daripada penyakit mentalnya. Manja terlebih!

"Saya tak pergi mana-mana pun Encik Na. Saya cuma turun bawah untuk masak je. Takkan itu pun dah rindu." kata Aeri. Jaemin mencebik. Dagu tajamnya mendarat di bahu Aeri.

"Alahh sama lah tu awak duduk jauh dari saya." kata Jaemin. Sejak kebelakangan ini, Jaemin sering menggunakan panggilan awak-saya sahaja. Entah katanya lebih sweet.

"Habis tu tak payah masak lah macam tu?" tanya Aeri. Jaemin mengangguk.

"Kita order luar jelah. Awak tak payah masak. Awak selalu ada dengan saya." balas Jaemin sambil mencium pipi Aeri lembut.

"Bazir duit je. Makan dekat rumah lagi sihat." kata Aeru sambil mencuit hidung mancung Jaemin. Jaemin mencebik.

"Iye lah. Nak popo." pinta Jaemin sambil memuncungkan bibirnya. Aeri menepuk kuat mulut Jaemin menggunakan tapak tangannya. Jaemin mengaduh sakit.

"Gatal lagi." Kata Aeri sambil tergelak. Jaemin mendecit. Dia mencium pipi Aeri bertalu-talu sehingga Aeri mula menjerit meminta lepas.

"Jaemin saya tengah masak lah." kata Aeri. Jaemin memberhentikan perbuatannya. Dia melepaskan pelukkan di pinggang Aeri. Aeri menuangkan masakan tadi di dalam mangkuk. Jaemin memasuk jarinya ke dalam kuah ayam masak kicap itu dan mencalit di pipi Aeri.

Orang calit pipi orang guna tepung, Jaemin punya rare sedikit😭🤙

"Kya Na Jaemin!" jerit Aeri. Ketawa Jaemin meletus. Sungguh kuat sampaikan ayah pin pun tersedak ketum.  Okay gurau jelah hshshsh.

"Alah marah ke." kata Jaemin lalu mengambil tisu dan mengelap pipi Aeri. Aeri menjeling.

"Apa jeling-jeling, cucuk kang" kata Jaemin. Aeri menjelirkan lidahnya. Jaemin mencubit pipi Aeri sedikit kuat. Aeri hanya redha.

"Awak ni kang kalau tak kacau orang memang tak sah kan." kata Aeri. Jaemin tersenyum senget.

"Saya kacau awak, awak sukakan. Ermm Kang Aeri." tanya Jaemin sambil mendekatkan mukanya ke arah muka Aeri. Aeri tersengih.

"Yelah-yelah. Sebab tu saya cintakan awak." kata Aeri sambil mempautkan tangannya di leher Jaemin. Jaemin memeluk pinggang Aeri.

"Tahu pun." kata Jaemin. Aeri mendecit.

"Jom makan." ajak Aeri. Jaemin mengangguk lalu melepaskan pelukkan. Mereka berdua mula makan.

💫💫💫

Mark berada di sebuah cafe. Dia menunggu seseorang. Dia menyedut air americano. Jarinya di ketuk-ketuk di atas meja.

"Sorry I am late." kata seseorang. Mark berpaling dan melihat Changmin yang duduk di depannya.

"Awat lambat." tanya Mark. Changmin tersengih.

"Hantar Chucky aku dekat rumah. Takkan nak bawa dekat sini. Aku bawa dia pergi salon tadi luruskan rambut dia yang kusut." balas Changmin membuatkan Mark ternganga. Gila ke apa budak ni simpan Chucky dekat rumah. Tak hidup ke?

"Pelik-pelik je kau simpan dekat rumah. Eomma dengan appa kau tak takut ke." kata Mark. Changmin menggeleng-geleng kepalanya.

"Eomma aku simpan annabelle. Appa aku simpan Freddy." balas Changmin selamba. (Siapa tak tahu freddy tu siapa. Patung beruang dalam game five night at Freddy a.k.a FNAF. Patung kesukaan aku. Aku suka yang itik tu. Comel. Tapi dia bukan patung, tapi robot)

"Pelik sungguh keluarga kau." kata Mark. Changmin tergelak kecil.

"Rilek arh. Diaorang comel apa." Mark mula pasrah apabila Changmin mengatakan patung seram itu comel. Sabar jelah.

"Apa-apa jelah. Kau dah jumpa jejak Aeri?" tanya Mark. Changmin menggeleng. Mark mengangguk.

"Dah sebulan dia hilang. Bukan dia sorang je, Jaemin pun sama. Kau tak rasa ke diaorang ada kena mengena kehilangan diaorang." teka Mark.

"Aku pun perasan. Kehilangan diaorang berdua berlaku dalam serentak. Nak kata Jaemin punca Aeri hilang tak boleh juga. Mana tahu salah, tak pepasal malu." kata Changmin sambil menyedut air Mark. Mark memandang Changmin dengan pandangan tajam. Changmin tersengih.

"Kau tahu rumah Jaemin tak?" tanya Mark. Changmin memandang atas cafe lalu menggeleng.

"Tak. Jaemin jenis yang berahsia lah. Sekolah dari mana dia pindah pun tak beritahu." balas Changmin. Tiba-tiba mereka senyap sebelum membeliakkan mata.

"Jangan kata..." kata-kata mereka berdua tergantung sebelum menyambung.

"Jaemin culik Aeri!!" jerit mereka berdua sehingga membuatkan pelanggan Cafe memandang mereka berdua. Mereka berdua meminta maaf.

Tbc

A/N: rilek belum ending dia lagi. Hoho. Mungkin Bab 25 atau bab 30 baru ending. Hoho

Apa pun vote and Comment❤

「C」Psycho Love 사이코사랑• Na Jaemin/나재민• Where stories live. Discover now