Hot sauce gipi dip that eh nal ttara neon twist that eh, Hot sauce taoreul ttae ooh immatdaero golla ma dish~~
Alarm telefon Aeri berbunyi dan dia pun mematikan bunyi alarm itu. Aeru bangun dari tidur dan menggosok-gosok matanya. Dia melihat jam. Jarum pendek menunjuk angka tujuh manakala jarum panjang menunjuk angka 12. Aeri membesarkan matanya.
"Omo! Aku dah lambat." Aeri bingkas bangun dari atas katil dan mengambil tuala yang tersangkut di kepala katil lalu masuk ke dalam bilik air.
Skip
Aeri berlari masuk ke dalam sekolah dan menuju ke kelasnya. Di dalam kelas sudah ada guru yang masuk.
Tok tok tok
Ssaem Seongwon atau lebih di kenali Ssaem Wendy berhenti mengajar seketika. Dia melihat Aeri yang menunduk di depan kelas.
"Kang Aeri, kenapa lambat? Sebelum ni kamu tak pernah datang lambat ke sekolah. Boleh beri alasan." tanya Ssaem Wendy.
"Saya tersalah kunci jam. Mianhae Ssaem. Saya janji tidak buat lagi." Aeri membalas pertanyaan Ssaem Wendy sambil meminta maaf.
"Tidak apalah. Kamu boleh duduk di tempat kamu. Buka buku muka surat 34 ye."kata Ssaem Wendy. Aeri menunduk hormat dan menuju ke tempatnya. Dia melihat tempat duduk Hyena tiada orang. Dia duduk di tempatnya dan mengeluarkan buku teks subjek matematik.
Mereka belajar seperti biasa sehinggalah Ssaem Irene mengetuk pintu kelas mereka. Ssaem Wendy mengeluh kerana kelasnya di ganggu sekali lagi. Dia berjalan ke arah Ssaem Irene.
Aeri melihat Ssaem Irene berbisik sesuatu kepada Ssaem Wendy. Kelihatan riak muka Ssaem Wendy berubah. Ssaem Irene pergi dari situ selepas memberitahu sesuatu kepada Ssaem Wendy.
"Okay kelas. Harini ada berita sedih. Pengetua dapat tahu bahawa Lee Hyena telah mati akibat di bunuh oleh seseorang. Punca kematian, mendiang kehilangan darah dan nadinya terputus. Marilah kita berdoa untuknya." kata Ssaem Wendy. Suasana mula senyap. Kawan rapat Hyena mula menangis secara perlahan-lahan. Jaemin dalam diam tersenyum sinis.
Aeri yang perasan segera berfikir. Kenapa Jaemin senyum sinis padahal situasi sekarang ini adalah situasi sedih. Rehat nanti lah dia tanya, getus Aeri dalam hati.
🔪🔪🔪
Aeri membawa bekal menuju ke rooftop. Dia selalu rehat di situ. Dia melihat Jaemin yang berada di salah satu bangku sedang makan roti sahaja.
Kakinya melangkah menuju ke arah Jaemin. Jaemin yang perasan hanya mengabaikan. Dia tahu Aeri ada situ.
"Awak seorang je ke? Awak tiada kawan ke." tanya Aeri polos. Jaemin menggeleng kepalanya.
"Siapa je nak kawan aku. Diaorang lebih memulaukan aku adalah. Aku dah biasa ke seorangan." balas Jaemin. Aeri mengangguk. Dia menghulurkan tangannya ke arah Jaemin.
"Saya boleh jadi kawan awak. Saya pun tiada kawan. Kalau awak tak kisahlah. Iye lah saya kan pembawa bala." kata Aeri. Jaemin mengangguk lalu menyambut tangan lembut Aeri.
"Aku tak kisah. Aku terlalu kacak untuk di bunuh lah. Silap hari bulan aku yang bunuh dia. HAHAHA" kata Jaemin sambil tergelak. Tapi bunyi gelakkan itu seram bagi Aeri. Macam gelak psycho.
"Tch, perasan. Awak nak sikit." Aeri pelawa Jaemin untuk merasa sikit kimbab yang di buatnya. Dia menyediakan dari malam tadi. Jaemin menggeleng.
"Aku dah kenyang." tolak Jaemin perlahan. Aeri mencebikkan bibirnya. Jaemin yang melihat segera mengambil sebiji (or ulas?) kimbab lalu masuk ke dalam mulutnya. Dia mengunyah dan menelan.
"Masshita. Pandai kau masak." puji Jaemin. Aeri memberikan senyuman manis kepada Jaemin yang membuatkan dadanya sesak.
"Macam mana lah aku boleh jatuh cinta dengan gadis comel macam kau. Setiap senyuman kau walaupun senyum palsu kau membuatkan hati aku berdegup selalu. Haih aku akan protect kau walau macam mana sekali pun." kata Jaemim dalam hati. Dia tersenyum melihat Aeri yang leka memasukkan kimbab ke dalam mulut sehingga pipinya mengembung. Dia terlihat comel begitu. Mereka mula rapat dan meluangkan masa bersama-sama.
Tbc.
A/N: hai reader. Sorry kalau ending bab dia macam tergantung sikit. Next chapter maybe forward 1 minggu terus. Apa pun vote and comment.
YOU ARE READING
「C」Psycho Love 사이코사랑• Na Jaemin/나재민•
Fanfictionʚ nct series fanfiction 『1』 ɞ [ sinopsis season one ] Psycho or obsessed Dua perkataan itu dapat digambarkan dalam diri Na Jaemin yang tekad ingin memiliki Kang Aeri. Ingin seseorang berada di sampingnya sehingga nafas terakhir. Dia sanggup menjaga...