•JAEMIN POV•
Selepas menghantar Aeri ke rumahnya, aku membawa kereta menuju ke sekolah semula. Aku memerhati Hyunjae yang baru keluar dari sekolah. Aku mengikutnya dari belakang menggunakan kereta. Dia tidak perasan langsung. Leka bermain telefon.
Aku melihat cermin di tepi kereta, kawasan situ tiada orang. Sudut bibir ku menaik. Aku mula masukkan gear 1 dan memijak pedal dengan kuat yang membuatkan kereta menjadi laju.
Hyunjae melintas jalan tanpa memandang kiri kanan. Dia tidak perasan bahawa ada kereta meluncur laju ke arahnya dan
BUMM
Badan Hyunjae tercampak jauh dan tepat terkena dahan pokok yang tajam sehingga menikam perutnya. Aku tersenyum sinis. Mangsa sudah tumpas. Aku keluar dari kereta dan mengambil telefon bimbitnya.
"Lain kali kacau lagi Aeri aku. Dasar manusia." aku masuk ke dalam kereta dan segera pergi meninggalkan tempat itu. Telefonnya aku membawa sekali.
•END JAEMIN POV•
Aeri masuk ke dalam dapur untuk memasak. Dia hanya masak daging kicap dengan stew kimchi. Selepas masak, Aeri membersihkan apa yang patut sebelum menjamu selera.
Ting~
Bunyi notifikasi LINE memberhentikan Aeri untuk makan. Aeri mengambil telefonnya dan melihat siapa yang mesejnya.
Jaemin Na😜
Oii kau buat apa?
Seen at 2:05 p.mK.A💫
Makan. Kenapa?
Seen at 2:05Jaemin Na😜
Ooh ok bye
Seen at 2:06"Itu je? Apa kena dengan Jaemin ni. Haih kacau aku makan je lah." bebel Aeri lalu menyambung makan.
[Skip~]
Aeri duduk di sofa dan membuka televisyen. Matanya membeliak apabila melihat tajuk berita itu.
Seorang pelajar sekolah di temui
mati dalam keadaan yang tragis. Pelajar itu bernama Lee Jaehyun, berumur 20 tahun. Di percayai mati akibat di langgar lari lalu melambung sehingga dahan pokok yang tajam menembusi badan mendiang. Sekian dari kami."Tak mungkinlah Hyunjae." kata Aeri lalu membuka WhatsApp. Dia mencari group sekolahnya. Ternyata betul lelaki itu yang mati. (Kejam ke ayat aku?)
"Aku maafkan kau Hyunjae. Tenang lah kau dekat sana." kata Aeri lalu menukar siaran.
🔪🔪🔪
Aeri masuk ke dalam kelas dan melihat meja Hyunjae di penuhi dengan bunga. Dia pun membawa bunga mawar putih dan meletakkan di atas meja.
Tiba-tiba seorang telah menolak bahu Aeri sehingga jatuh. Aeri menahan dirinya jatuh menggunakan tangannya sehingga terseliuh.
"Kau yang langgar dia kan!" jerit Hakyeon. Aeri menggeleng-geleng kepalanya.
"Bukan aku. Aku tak geti bawa kereta lah." nafi Aeri. Hakyeon tergelak sinis. Dia menjambak rambut Aeri.
"Kau boleh je upah orang! Kenapa eh, orang yang buli kau akan mati. Kau yang bunuh kan. Sekali dengan mak bapak kau yang dah mati tu pun kau bunuh kan!" tengking Hakyeon.
PANG
Aeri menampar muka Hakyeon kuat. Matanya memerah. Dadanya berombak laju.
"KAU BOLEH HINA AKU!! TAPI BUKAN PARENT AKU!! KAU FIKIR AKU BERDUIT KE NAK UPAH ORANG!? AKU DIAM, AKU BIARKAN KORANG BULI AKU. KAU INGAT AKU TAK TERTEKAN KE BODOH!! KAU INGAT AKU KUAT KE NAK BUNUH ORANG? AKU TRAUMA BODOH!! HEY!! AKU TAHU KORANG ADA PARENT, ADA KASIH SAYANG. KORANG INGAT BOLEH BULI AKU YANG DAH TIADA PARENT NI SESUKA HATI KE!? AKU PUN ADA HATI DAN PERASAAN LAH SIAL!! KENAPA KAU TAK AMBIL PISAU TIKAM AKU!! ITU YANG KORANG NAK KAN? KORANG NAK AKU MATI KAN? BUNUH AKU JE. AKU PENAT HIDUP MACAM NI." jerit Aeri. Pelajar di dalam kelas itu mula terdiam. Aeri menangis teresak-esak. Jaemin yang baru sampai segera memandang keadaan itu dengan mata terkebil-kebil. Jaemin melihat Aeri menangis segera memandang pelajar dalam kelas itu dengan pandangan tajam.
Kakinya menuju ke arah Aeri dan menarik tangan Aeri lalu keluar dari kelas. Aeri hanya mengikut.
"Kita dah keterlaluan ke?" tanya Hakyeon. The Boyz mengangkat bahu.
"Tak sangka aku, Aeri boleh keluarkan kata-kata macam tu. Semenjak Jaemin masuk sekolah ni, Aeri dan berubah." kata Jacob.
Mark yang berada di sudut kelas hanya memandang sahaja tadi. Dia tak tahu nak masuk celah mana.
"Kenapa Jaemin bertindak kasar kalau orang cuba apa-apakan Aeri. Adakah Jaemin menyukai Aeri. Tapi, aku pun suka Aeri juga. Kisah apa aku, aku nak juga Aeri." kata Mark dalam hati. Kau salah Markeu, pilihan kau salah. Kau dah termasuk dalam zon bahaya.
Tbc
A/N: HEYOO, HOW ABOUT THIS STORY? BEST? Boleh tolong tak? Tolong pomot ff Kentuck ni. Kalau korang rajin.
Apapun vote&comment.
See ya!
YOU ARE READING
「C」Psycho Love 사이코사랑• Na Jaemin/나재민•
Fanfictionʚ nct series fanfiction 『1』 ɞ [ sinopsis season one ] Psycho or obsessed Dua perkataan itu dapat digambarkan dalam diri Na Jaemin yang tekad ingin memiliki Kang Aeri. Ingin seseorang berada di sampingnya sehingga nafas terakhir. Dia sanggup menjaga...