Aeri masuk ke dalam café untuk membeli air kesukaannya. Dia menuju ke kaunter.
"Ye adik, nak order apa." tanya petugas cafe itu.
"Ermm bagi saya ice latte satu. Itu sahaja." pesan Aeri sambil tersenyum. Dia menunggu seketika. Petugas cafe itu kembali ke kaunter dengan membawa secawan latte ais.
"4000 won sahaja." kata petugas cafe itu. Aeri mengambil dompetnya dan membayar air itu.
"Kamsahamnida." kata Aeri lalu pergi dari situ. Semasa dia ingin keluar, dia telah bertembung dengan Mark.
"Eh Aeri. Awak buat apa dekat sini." tanya Mark.
"Beli air lah. Buat apa saya masuk cafe ni." balas Aeri berserta dengan gelak kecil. Mark menggosok belakang lehernya. Betul juga.
"Boleh kita keluar sama-sama?" ajak Mark. Aeri tanpa fikir terus mengangguk. Mereka berdua mula berjalan menuju ke sebuah taman.
💫💫💫
Jaemin keluar dari rumah selepas membunuh seseorang. Dia mengangkut mayat lelaki yang di bunuhnya ke dalam kereta.
"Tch, cari pasal dengan aku. Ini balasannya" kata Jaemin lalu masuk ke dalam kereta dan menuju ke satu hutan.
Selepas menanam mayat lelaki itu, Jaemin membawa keretanya menuju sebuah taman. Matanya ternampak dua figura yang sangat di kenali.
Mark dengan Aeri. Jaemin mengetap bibir kuat sehingga berdarah. Matanya memandang tajam ke arah Mark dan Aeri. Tangannya menggenggam stereng kereta dan mengetuk kuat.
"Sampai hati kau curang dengan aku!! Kau milik aku lah Kang Aeri- no Na Aeri!! Aku tahu, aku tahu nak buat apa. Tunggu kau malam ni. Kau milik aku Na Aeri." kata Jaemin lalu pergi dari situ. Dia menuju ke rumahnya.
Jaemin keluar dari kereta dan masuk ke dalam rumahnya. Kakinya menuju ke sebuah bilik yang bakal menjadi tempat tidur Kang Aeri.
Jaemin mengemas peralatan tajam yang bergantungan di dinding dan masuk ke dalam laci. Dia mengemop lantai yang di penuhi darah kering.
Jaemin mencampak batang mop itu ke dalam bilik air. Dia tersengih sinis. Malam ni akan menjadi titik hitam bagi seorang perempuan yang bertakhta di hatinya.
"Wait for me baby~" kata Jaemin lalu baring di atas katil. Dia mengambil telefon bimbitnya dan terpapar gambar Aeri yang di jadikan latar belakang telefonnya. Dia membuka aplikasi permainan.
Sempat lagi main game *moji hug*
💫💫💫
[Malam~]
Aeri turun ke bawah untuk pergi ke arah dapur. Dia membuka pintu peti ais dan mengambil sebotol air mineral dan meneguk air itu.
Kletak
Aeri memandang pelik ke arah ruang tamu. Siapa pula yang buka pintu rumahnya. Hatinya mula tidak tenteram. Aeri pergi menuju ke ruang tamu dan betul, pintu rumah terbuka tetapi tiada sesiapa.
"Siapa pula yang buka pintu rumah aku ni." kata Aeri. Ada seseorang berada di belakang Aeri dan perlahan-lahan menekup muka Aeri dengan kain yang adanya ubat tidur(aku tak tahu apa natang tu)
"Mmphht l-lepaskan" kata Aeri sambil meronta-ronta. Makin lama matanya mula tertutup.
"Now you are mine sweety. I will never let you go. Tomorrow, your life will change. Your Jaemin will be---" kata-kata Jaemin berhenti untuk memasukkan Aeri ke dalam keretannya.
"---Psychopath person." sambung Jaemin. Dia tergelak kecil dan masuk ke dalam kereta. Dia mula keluar dari kawasan rumah Aeri dan menuju ke rumahnya.
Tbc.
A/N: ya~~ bab yang di nanti-nantikan sudah tiba. Tiada Jaemin yang lembut sebaliknya Jaemin yang kasar. Hue hue
Apa pun vote and comment❤
YOU ARE READING
「C」Psycho Love 사이코사랑• Na Jaemin/나재민•
Fanfictionʚ nct series fanfiction 『1』 ɞ [ sinopsis season one ] Psycho or obsessed Dua perkataan itu dapat digambarkan dalam diri Na Jaemin yang tekad ingin memiliki Kang Aeri. Ingin seseorang berada di sampingnya sehingga nafas terakhir. Dia sanggup menjaga...