~LIMA BELAS~

944 175 41
                                    

"Jaemin" panggil Aeri. Jaemin memandang Aeri dengan kening di naikkan.

"Mana TheBoyz eh. Changmin je ada?" tanya Aeri. Jaemin menyerahkan telefonnya ke arah Aeri. Aeri mengambil dan membaca.

"Rumah TheBoyz terbakar dan melibatkan nyawa." baca Aeri dengan perlahan. Dia terkedu. Dia melihat Changmin yang hanya termenung sahaja.

"Kesiannya. Siapalah yang buat. Tak patut pun." kata Aeri. Jaemin hanya buat tidak tahu.

"Macam mana aku boleh tidak perasan Changmin tiada dekat dalam rumah itu. Hmm, kau terlepas Changmin. Aku beri kau peluang kedua." kata Jaemin dalam hati.

Aeri mengeluarkan buku teksnya dan mula membaca sikit lalu menutup. Jaemin yang melihat hanya tergelak kecil.

"Apa gelak-gelak." kata Aeri pelik. Buang tabiat ke apa gelak tiba-tiba. Jaemin menggeleng-geleng.

"Sekejapnya baca. Selalunya 30 minute baru habis baca." kata Jaemin. Aeri mencubit perlahan lengan Jaemin.

"Biarlah. Saya study sekejap je. " balas Aeri. Jaemin menggosok perlahan tempat Aeri cubit tadi. Perit!

"Sakit Aeri oii. Tangan ketam ke apa." rajuk Jaemin. Aeri hanya sengih.

Ssaem Kai masuk ke dalam kelas sambil membawa bukunya. Perwatakannya yang selalu kemas membuatkan pelajar perempuan selalu fangirling.

"Okay class. Today we learn about algebra and linear. I know this subject from form two. You know, this year will you last school. I want you repeat this subunit. Write you own notes and put at my table tomorrow. Before 10.00 o'clock. Can use any gadget to prefer subunit. Who send late, I will punishment you. Do it now! I won't hear something noise." Arah Ssaem Kai tegas. Aeri mengeluarkan buku tulis matematiknya dan mula mencari bab itu di dalam telefon.

Jaemin membuka telefon dan membuka google untuk mencari persamaan linear dan Algebra. Semasa mencari, dia ternampak satu artikel tentang seseorang yang pernah membuangnya.

Tuan Na telah menyumbang sebanyak 78,000000 won ke Pusat Kebajikan Anak Yatim Busan.

Jaemin mendengus. Terus jarinya menekan pautan subunit itu. Bibirnya di ketap. Moodnya betul-betul hancur.  Sesungguhnya dia tak nak ada orang sebut nama orang tua itu di depannya. Baginya nama tu amat jijik di telinganya.

💫💫💫

Jaemin keluar dari kelas seusai bunyi loceng untuk rehat di bunyikan. Aeri yang melihat terus mengerutkan dahinya.

"Kenapa dengan Jaemin ni. Bengis semacam. Ada benda yang berlaku ke tadi. Perlu ke aku ikut. Aku takut dia marah aku." kata Aeri perlahan. Changmin yang melihat Aeri ke seorangan terus dia datang.

"Aeri." panggil Changmin. Aeri memandang Changmin. Riak wajahnya mula masam.

"Kenapa? Nak tuduh aku bakar rumah korang?" tanya Aeri. Changmin menggeleng-geleng kepalanya.

"Aniya! Aku nak berkawan dengan kau. Aku, aku nak minta maaf apa yang aku buat selama ni. Aku terlalu ikut kata kata diaorang. Aku harap kau maafkan aku." kata Changmin. Aeri mula diam.

"Betul ke. Boleh percaya ke kau ni." kata Aeri yang masih tidak percaya.

"Kau nak aku buat apa untuk kau maafkan aku. Anything!" kata Changmin. Ketawa Aeri mula ke dengaran.

"Kau ni. Aku dah lama maafkan kau. Yang lain pun." kata Aeri sambil memberikan senyuman manis. Changmin membalas senyuman. Mark yang melihat terus menjeling. Menyampah pula dia tengok. Kalau aku, masam mencuka. Getus Mark dalam hati.

"Sudahlah, aku nak cari Jaemin. Mana dia pergi entah. Bye" kata Aeri lalu pergi dari situ. Changmin hanya melihat tubuh Aeri keluar dari kelas.

Mark bangun dan menuju ke arah Changmin. Dia menepuk bahu Changmin. Changmin tersentak.

"Kau nak apa? Tiada mulut nak beri salam ke nak tegur ke. Kalau aku mati terkejut kau nak tanam." bebel Changmin sambil memberikan death glare kepada Mark. Mark tersengih.

"Kau suka Aeri eh." tebak Mark. Changmin mula gugup.

"M-mana a-ada. A-aku t-tak s-suka d-dia p-pun lah." balas Changmin tergagap-gagap. Mark tergelak kecil.

"Aku tahu. Aku pun suka dia. Kau nak buat satu rancangan tak?" ajak Mark. Changmin mengerutkan dahinya.

"Tak nak aku! Aku dah lupakan dah. Aku dah terima takdir yang dia tu milik Jaemin." tolak Changmin. Gila ke? Mahunya kena bunuh dengan Jaemin.

"Penakut lah kau ni. Benda boleh rampas Min. Takat Jaemin je pun." hasut Mark.

"Kau takkan berjaya Mark. Silap hari bulan, kau yang masuk perangkap kau sendiri." tegus satu suara. Mark dan Changmin memandang ke arah empunya suara.

"Apa maksud kau Jackson?" tanya Mark pelik.

"Kau tak perlu tahu. Apa yang kau kena tahu. He very dangerous person. Any one can't take Aeri from his." balas Jackson.

"Tch, kau lebih kurang sama Jackson. Nak bajet baik pula." kata Mark. Jackson mendecit kasar.

"Okay fine! Kalau ada something berlaku dekat kau. Jangan kata aku tak warning. Aku chaw dulu." kata Jackson lalu pergi dari situ.

Mark hanya menjeling kelibat Jackson lalu pergi dari situ. Changmin yang keseorangan terus mencebikkan bibirnya.

"Baik aku ikut cakap Jackson. Jaemin betul-betul bahaya." kata Changmin seorang diri dan pergi dari situ.

Tbc.

A/N: apa kes ni mark? Hasut je tahu. Gigit kang. Hahahah apa pun vote and comment! Abaikan speaking aku tu. Nggak bisa sangat bahasa eng.

「C」Psycho Love 사이코사랑• Na Jaemin/나재민• Where stories live. Discover now