[DUA PULUH SATU]

1K 168 28
                                    

Aeri dan Jaemin masuk ke dalam hospital psikiatri. Jaemin menjeling nurse perempuan yang sibuk senyum-senyum dengan dia. Gunting mulut tu tahulah.

"Saya pergi ambil giliran nae." kata Aeri. Dia berura-ura untuk pergi tetapi tangan di tahan oleh Jaemin. Jaemin mengerutkan dahi.

"Aku nak ikut. Nanti kau lari dari aku." kata Jaemin. Aeri mengangguk dan Jaemin mengikut Aeri ke kaunter.

"Ye cik nak apa." kata nurse itu. Matanya memandang wajah tampan Jaemin. Aeri mendehem.

" Saya nak jumpa doktor. Tapi boleh tak doktor lelaki." pinta Aeri sambil tersenyum. Nurse itu mengangguk. Dia menghulurkan satu kertas kecil ke arah Aeri. Jaemin segera menarik tangan Aeri pergi dari situ. Nurse itu mendecit.

Jaemin dan Aeri pergi ke arah kerusi yang telah di sediakan lalu duduk. Jaemin menggenggam tangan Aeri kuat. Aeri merintih kesakitan. Jaemin ssgera melepaskan.

"Mianhae." kata Jaemin sepatah. Aeri mengangguk. Jaemin mengetap bibir bawahnya.

"Hey kenapa gelisah je ni." tegur Aeri apabila dia perasan Jaemin seperti cacing kepanasan.

"Aku tak nak masuk hospital gila. Nanti kau tinggalkan aku. Bila aku dah keluar dari hospital, tup..tup..tup.. Kau dah kahwin. Memang aku bunuh laki tu." kata Jaemin. Ketawa Aeri mula kedengaran.

"Jauhnya fikir. Tiadalah. Saya hanya cintakan awak je. Asalkan awak rawat diri awak tu. Saya nak awak normal." kata Aeri sambil tersenyum. Jaemin mencebik. Jaemin memandang muka Aeri, matanya menuju ke tepi bibir Aeri. Jarinya menyentuh tepi bibir itu.

"Mianhae. Aku dah buat macam-macam dekat kau. Tetapi kau still cintakan aku. Aku lelaki dayus kan. Pukul perempuan." kata Jaemin. Aeri menggeleng kepalanya.

"Saya dah maafkan awak. Sejujurnya, saya masih marah dekat awak. Tapi bila saya fikir, benda dah jadi. Itu ketentuannya. Siapa nak tolak kan." Aeri berkata sambil menggosok tangan Jaemin. Jaemin mengenggam tangan Aeri.

"Na Jaemin." panggil Nurse menyuruh Jaemin dan Aeri masuk. Jaemin mula cemberut.

Mereka berdua masuk ke dalam bilik Doktor Park. Doktor Park menyuruh mereka berdua duduk.

"Na Jaemin. Sebelum ni kamu pernah datang hospital ini bukan? Selepas tu kamu langsung tak datang kenapa?" tanya Doktor Park. Jaemin mendengus kasar.

"Sebab Doktor perempuan yang rawat aku. Dia bukan rawat, tapi tanya soalan pelik-pelik. Ingat aku tak selesa ke" adu Jaemin kasar. Aeri hanya memerhati mereka berdua.

"Siapa suruh kamu kacak sangat. Memang yang lain usha lah." balas Doktor Park santai. Jaemin mendecit.

"Okay lah. Jaemin ni cuma mengalami D.I.D sebab itu dia karakter dia akan berubah dan pemerhatian saya, Jaemin telah di tinggalkan oleh keluarganya semenjak umurnya tujuh tahun. Jaemin mengalami kekurangan kasih sayang sahaja sampai dia mengalami ke tekanan mental. Dan dia mengalami D.I.D ni masa umur dia 13 tahu. Penawar dia, cuma kasih sayang sahaja. Semoga kamu boleh jaga dia macam mana tugas seorang isteri." terang Doktor Park. ( I know banyak mengalami😭). Aeri terkedu. Isteri? Tua sangat ke dia sampai di gelar Isteri?

Jaemin yang perasan riak wajah Aeri berubah apabila Doktor Park menyebut Isteri segera menyembunyikan senyuman. Doktor Park tergelak kecil.

"Itu sahaja. Minggu depan ada perjumpaan. Jangan tak datang ye Encik Na." kata Doktor Park sambil menekan ayat last itu.

"Iye Doktor." balas Jaemin. Aeri menggeleng melihat gelagat Jaemin yang sudah macam budak kecil ini.

"Aeri jom balik. Tiada apa-apa kan?" kata Jaemin lalu menarik tangan Aeri keluar. Doktor Park menggeleng melihat cara Jaemin melayan Aeri.

Dia mengambil telefon lalu menelefon seseorang.

"Anak kau baru je jumpa aku. Dia okay je. Cuma ada seorang perempuan berada dengan dia. Maybe he's girlfriend. Anak kau berhak mendapatkan kebahagian, Jaehyuk. Now, he happy tetapi layanan dia agak kasar sedikit. Biasalah, ikut perangai mendiang isteri kau juga. Muka dia sebiji macam mendiang isteri kau. Sudahlah aku letak dahulu. Iye, okay bye." kata Doktor Park lalu meletakkan telefon di atas mejanya.

Tbc

A/N: double update ❤ sorry kalau x best. Aku cuba yang terbaik nak buat ff ni nampak best.

Apa pun vote and comment ❤

「C」Psycho Love 사이코사랑• Na Jaemin/나재민• Where stories live. Discover now