~SEBELAS~

991 171 29
                                    

Jaemin dan Aeri rehat di kantin. Jaemin yang leka makan ramyeon  tersentak apabila Jeno mengetuk meja itu.

"Tiada adab eh ketuk meja orang tengah makan. Adab fail eh atau kau tak belajar adab. Nak aku hantar kau dekat Malaysia, ambik UPKK dekat sana." bebel Jaemin. Jeno menutup mata akibat kata-kata Jaemin terlalu menusuk ke dalam hati.

"Relax lah. Lepas rehat ni Ssaem Suho nak jumpa kau kat bilik kaunseling. Itu je bye." kata Jeno lalu pergi dari situ. Aeri yang melihat terus tergelak.

"Kuat bebel juga ye awak ni." kata Aeri. Jaemin mencebikkan bibirnya. Aeri menyambung makan.

💫💫💫

Jaemin berada di depan bilik kaunseling. Pipinya di tolak menggunakan lidahnya. Dia mengetuk muka pintu itu. Ssaem Suho menyuruhnya masuk.

"Ssaem nak apa panggil saya?" tanya Jaemin dengan muka dingin. Ssaem Suho senyum dan menyuruh Jaemin duduk.

"Saya nak bagi kamu kertas tadi. Tahniah kamu dapat 100%." kata Ssaem Suho. Jaemin mendecit kecil. Dia menongkat dagu dan memandang  Ssaem Suho dengan pandangan tidak bersalah.

"Ssaem nak kata saya ada penyakit mental lah? Ingat saya bodoh ke tidak tahu ujian ni." balas Jaemin sambil mengungkit kening. Jaemin tergelak sinis. Dia menyeluk koceknya dan mengeluarkan pisau lipat.

Wajah Ssaem Suho berubah riak. Jaemin memandang tajam ke arah Ssaem Suho.

"Aku nak kau tukar markah ni jadi teruk. Kalau kau tak tukar, jangan salahkan aku kalau kau ada dalam liang lahad." ugut Jaemin. Ssaem Suho perlahan-lahan mengangguk. Dia mengambil kertas ujian baru dan menjawab soalan dengan salah. Dia memberi markah 0%.

"Good. Kau jangan bagitahu sesiapa yang aku ugut kau. Kalau kau bagitahu, salah satu family kau. Aku bunuh. Jaga mulut. Bye" kata Jaemin lalu pergi dari situ. Ssaem Suho mengeluh.

"He psycho person. Maybe he had a reason why he become like this." kata Suho dalam hati.

💫💫💫

Jaemin keluar dari bilik kaunseling dan menuju ke dalam kelas. Mukanya yang dingin membuatkan Aeri tertanya di dalam hati. Tetapi dia biarkan sahaja dan menyambung ulang kaji.

"Aeri." panggil Jaemin. Aeri memandang Jaemin sambil menutup buku teksnya.

"Wae. Ada masalah ke?" soal Aeri. Jaemin menggeleng-geleng kepalanya.

"Aniya. Apa pendapat kau tentang orang psycho?" tanya Jaemin. Aeri hanya terkebil-kebil.

"Bagi saya, orang psycho ni cuma manusia yang mengalami gangguan mental. Tapi diaorang berhak bahagia seperti manusia normal. Cuma cara mereka pilih bahagia dengan cara yang salah. Contoh, seorang lelaki ni suka dan cintakan seorang perempuan ni tetapi lelaki ni menggunakan cara yang salah dengan cara membunuh setiap lelaki yang cuba mendekati perempuan itu. Dia beranggapan perempuan itu milik dia seorang. Lain orang lain caranya." balas Aeri. Kata-kata Aeri membuatkan Jaemin sentap. Dia mengetap bibirnya perlahan.

"Oh baiknya kau. Hehe." kata Jaemin sambil tergelak. Aeri hanya senyum dan menyambung study.

"Aku tak sangka kau boleh keluarkan contoh sebegitu. Kalau kau tahu orang yang kau cintakan ni psycho. Apa agaknya reaksi kau?" kata Jaemin dalam hati. Dia mengembungkan pipinya.

Mark yang perhatikan Jaemin dan Aeri hanya mengawal perasaan cemburunya. Dia mengigit bibirnya.

"Apa hubungan diaorang? Kenapa rapat macam pasangan kekasih? Kalau betul macam mana? Melepaslah aku. But, orang berkahwin pun boleh bercerai macam tu juga dengan bercinta" getus Mark dalam hati. Dia menyambung membuat nota sainsnya.

Tbc

Sorry kalau pendek. Tapi memang niat nak buat ff pendek but padat. Huhuhu. Macam nota pula.

Apa pun vomment ye anak anak manusia. Hehe

「C」Psycho Love 사이코사랑• Na Jaemin/나재민• Where stories live. Discover now