2

1.8K 173 10
                                    

Dia memandang ke arah bangunan yang sudah hancur disebalik zink itu sepi. Sesekali telinganya terdengar bunyi bising disebalik dinding zink itu.

"Fräulein," panggil seorang lelaki menyentakkan dirinya dari terus memerhati dinding zink tersebut. Dia hanya diam tidak membalas.
(Miss,)

"Es ist fast eine halbe Stunde her, dass wir hier stehen." sambungnya lagi. Dia mengeluh perlahan.
(Sudah hampir setengah jam kita berdiri di sini.)

"Wie geht es dem mädchen?" soalnya tanpa menoleh.
(Apa khabar perempuan tu?)

"In Ordnung, in einem Zustand der Ruhe und des Glücks leben." balas lelaki itu.
(Dia okay, hidup dalam keadaan tenang dan bahagia.)

Dia terus tersenyum sinis.

"Das Glück, das er jetzt hat, wird nicht lange anhalten. Ich werde ihr Glück zerstören," ujarnya penuh dendam kesumat.
(Kebahagiaan yang dia ada sekarang ini takkan lama. Aku akan hancurkan kebahagiaan dia,)

"Lass uns gehen, ich habe viel zu tun." sambungnya lagi.
(Let's go, aku ada banyak kerja perlu aku buat.)

Dia terus melangkah masuk ke dalam perut kereta. Kereta itu dipandu meninggalkan bangunan yang sudah hancur itu.

-----------------------------------------------------------------

Radzif melangkah masuk ke sebuah bangunan. Kaunter pertanyaan dituju.

"Excuse me," sapa Radzif pada seorang perempuan yang bertugas disitu.

"Yes, what can I help you?" soal wanita itu penuh sopan. Radzif tersenyum nakal.

"I nak jumpa bos you. Is she here?" soal Radzif lembut.

"Yeah she's here. You ada buat appointment ke?" soal wanita itu kembali. Radzif mengangkat keningnya sedikit.

"Err..., tak ada but I ada urusan nak discuss dengan dia." jelas Radzif. Wanita itu mengangguk perlahan tanda faham.

"Sorry but you need to make an appointment before you meet her." balas wanita itu. Radzif menarik nafasnya dalam lalu dihembus kasar.

"You tak faham ke? I ada urusan nak discuss dengan dia. It's about business, bukan pasal benda lain." jelas Radzif bengang. Wanita itu hanya tersenyum kecil.

"Sorry but I can't let you in. You need to follow the procedure." jelas wanita itu sambil tersenyum. Radzif mengguling anak matanya ke atas.

"I-,"

"Zay?" celah seseorang menyentakkan Radzif dan wanita itu. Radzif terus menoleh ke arah suara yang memanggilnya.

"Zam?" sapa Radzif kembali. Zameer terus berjalan mendekati Radzif.

"Baru sampai ke? Apahal ni?" soal Zameer lalu dia memandang wanita itu dan Radzif silih ganti.

"Sorry Sir, saya hanya mengikut prosedur syarikat sahaja. Lelaki ni dia nak jumpa Miss Zameera tapi dia tak buat appointment dulu." jelas wanita itu.

"Oh..., tak apalah dia kawan saya dan Miss Zameera. Biar dia masuk." balas Zameer kembali lalu dia mengajak Radzif masuk ke dalam office nya.

Sebaik sahaja Zameer menutup pintu officenya, Radzif bertindak melutut perut Zameer membuatkan Zameer terus jatuh melutut sambil terjerit kecil.

Bodyguard's Girl : Reunited Where stories live. Discover now