7

998 92 1
                                    

Perlahan-lahan Saidatul membuka matanya. Kepalanya berdenyut. Matanya terasa berpinar. Sedaya upaya dia membuka matanya luas.

Matanya melilau memandang sekeliling. Tempat asing dan mewah ini dipandang dengan mata yang ketakutan.

"Tolong!!" jerit Saidatul sekuat hati. Tangan dan kaki yang terikat di kerusi itu cuba direntap namun tidak berjaya.

"Lepaskan aku!" teriak Saidatul lagi. Seketika kemudian, lehernya dipeluk oleh seseorang dari belakang. Saidatul tersentak. Tangan yang memeluknya itu dipandang.

"Hi Saidatul, nice to meet you." sapa suara seorang wanita yang memeluknya. Perlahan-lahan tangan itu melepaskan pelukan. Bahu Saidatul diusap lembut.

Wanita itu berjalan ke arah sebuah meja dihadapannya. Botol kaca yang terisi minuman air kencing syaitan itu dituang ke dalam cawan kaca. Air kencing syaitan itu dihirup kecil.

Saidatul memandang figura wanita yang mengenakan pakaian gaun hitam labuh dari belakang. Sosok tubuh wanita itu diperhati.

Perlahan-lahan wanita itu menoleh memandang Saidatul. Cawan kaca yang terisi air kencing syaitan itu dikocak kecil. Pinggang disandar ke meja seraya berpeluk tubuh.

"Kau tak cam suara aku ke?" soal wanita dihadapannya ini. Saidatul berkerut kecil. Wanita dalam lingkungan 25 tahun ini dipandang dengan riak pelik dan bingung.

"Nampaknya begitu," gumam wanita itu perlahan. Cawan kaca itu diletakkan di atas meja lalu dia berjalan mendekati Saidatul.

"Aku malas nak panjangkan cerita, jadi aku terus straight to the point. Aku nak kau buat satu kerja senang." jelas wanita itu. Kening Saidatul makin bertaut rapat.

"K-kerja...?" soal Saidatul gugup.

"Yes, aku nak kau sabotaj projek Zameera Razia dan Radzif Zayden," jelas wanita itu. Terus terbuntang luas mata Saidatul.

"S-sabotaj?!" soal Saidatul tidak percaya. Tidak pernah dia melakukan kerja kotor seperti ini meskipun perasaan benci dan geram terhadap majikannya amatlah dalam.

"Yes young girl, sabotaj. Jangan risau, aku ada ganjaran yang lumayan untuk kau kalau kau mahu buat kerja tu." jelas wanita itu lagi.

"Tak, tak mungkin aku buat kerja terkutuk tu! Aku boleh kena buang kerja tahu tak!" jerkah Saidatul. Wanita itu hanya mengguling anak matanya ke atas.

"5 million,"

"Ha?" soal Saidatul tidak mengerti.

"Kalau kau mahu buat kerja tu, aku bagi kau 5 million sebagai ganjaran," jelas wanita itu.

Saidatul terus melopong. Dia tidak salah dengar kan? 5 juta? Sungguh lumayan!

Wanita itu hanya tersenyum sinis melihat respon Saidatul.

'Huh! Gold digger!' getusnya.

"Itupun kalau kau mahu." sambung wanita itu lagi. Saidatul mengelipkan matanya berkali-kali.

"Apa bukti kau?" soal Saidatul. Ingin berhati-hati. Dia tidak mahu ditipu hidup-hidup oleh wanita dihadapannya ini.

Wanita itu tersenyum nipis. Matanya terarah ke seorang lelaki segak mengenakan tuxedo berwarna dark blue. Wanita itu mengangguk sekilas memberi arahan.

Lelaki segak itu berjalan mendekati Saidatul dengan sebuah beg bimbit ditangannya. Beg bimbit itu diletakkan di atas meja kecil bersebelahan dengan Saidatul lalu dibuka. Mata Saidatul terus terbuka luas. Air liur ditelan payah.

Wang ringgit yang banyak dalam anggaran 3 juta di dalam beg itu dipandang tidak percaya.

"Dalam beg bimbit itu adalah separuh daripada 5 juta. Lagi 2.5 juta, aku akan bagi lepas kau dah selesai buat kerja tu." jelas wanita itu. Beg bimbit itu ditutup kembali. Saidatul memandang wajah lelaki itu lalu dia memandang ke arah wanita itu kembali.

Wanita itu hanya mengangkat kening kanannya.

"K-kalau aku ditangkap macam mana?" soal Saidatul ragu-ragu. Wanita itu kembali berjalan menuju ke meja kembali. Cawan kaca dicapai lalu air kencing syaitan itu dihirup kecil.

Bibirnya mengulum senyuman sinis.

"Kau tak perlu risau, anak buah aku sentiasa perhatikan kau." jelas wanita itu tanpa menoleh. Saidatul tertunduk memandang lantai.

Dirinya sendiri bingung mahu menerima tawaran ini atau tidak.

"Kau tak ada pilihan Saidatul." ujar wanita itu tiba-tiba. Saidatul memandang wanita itu kembali.

"Tak ada pilihan?" soal Saidatul tidak mengerti. Wanita itu membuka laci di meja tersebut lalu iPad dibawa keluar. Sebuah rakaman cctv dibuka lalu iPad itu diletakkan di atas meja bersebelahan dengan Saidatul. Saidatul terus menoleh memandang skrin iPad tersebut.

Makin membulat mata Saidatul. Wajah wanita itu dipandang dengan riak tidak percaya.

"Apa kau cuba buat ni ha?!" herdik Saidatul. Wanita itu hanya menayangkan riak wajah selamba.

"Like just what I said, you don't have a choices." jelas wanita itu. Saidatul memandang skrin iPad itu kembali.

Rakaman cctv dirumahnya dipandang. Dapat dia lihat, ayah dan ibunya sedang menonton televisyen bersama adik perempuannya.

"Mahu tidak mahu, kau kena buat kerja tu. Jika tidak, riwayat hidup ahli keluarga kau akan aku habiskan." ugut wanita itu. Mata Saidatul terkebil-kebil. Dia terkaku.

Mata dipejam rapat, keningnya berkerut seribu. Nafas ditarik dalam lalu dihembus perlahan.

"B-baik, a-aku akan buat." ujar Saidatul. Wanita itu terus tersenyum senang.

"Goodgirl." ujar wanita itu lalu dia mengarahkan lelaki itu untuk melepaskan ikatan Saidatul. Sebaik sahaja ikatan dilepaskan, Saidatul terus bangun dari duduknya seraya mengusap kesan ikatan yang mula memerah.

Wanita itu terus mencengkam wajah Saidatul perlahan.

"Ingat, jangan kau cuba untuk khianat aku. Kalau aku dapat tahu, aku takkan biarkan kau hidup dengan tenang." ujar wanita itu berbaur amaran. Wajah Saidatul terus dilepas lalu ditepuk pipi Saidatul perlahan.

Saidatul mengangguk-angguk kepalanya tanda mengerti.

"You can go now, bawa duit itu sekali. Lebihan aku akan bagi setelah semuanya selesai." jelas wanita itu. Dia mengarahkan anak buahnya untuk menghantar Saidatul ke tempat parkir keretanya kembali.

Sebaik sahaja sampai di tempat parkir kereta itu, Saidatul diarah turun dari kereta mewah tersebut. Beg bimbit hitam dihulur kepada Saidatul. Saidatul menyambut huluran itu lalu pintu kereta itu ditutup kembali.

Kelibat kereta itu dipandang sehingga hilang dari pandangan mata.

Beg bimbit ditangannya dipandang. Mata melilau memandang sekeliling lalu dia terus menerobos masuk ke dalam kereta. Beg bimbit diletakkan di seat penumpang di sebelahnya lalu enjin kereta dihidupkan.

Penghawa dingin dibuka paling kuat. Nafasnya tercungap-cungap. Dibiarkan kulitnya disapa oleh angin penghawa dingin. Mata dipejam sesaat lalu beg bimbit di seat penumpang disebelahnya dipandang.

Beg bimbit itu dibuka. Wang ringgit di dalam beg bimbit itu dipandang. Perlahan-lahan bibirnya tesenyum lebar.

"Kalau aku berhenti kerja pun mungkin tak ada masalah. Silap hari bulan, aku boleh belikan Mama dengan Papa bungalow." gumamnya seorang diri.

Beg bimbit ditutup kembali lalu gear kereta diubah ke gear R. Pedal minyak ditekan lalu gear ditukar ke gear D. Keretanya laju meluncur meninggalkan kawasan parking lot.

Bodyguard's Girl : Reunited Where stories live. Discover now