Keesokan harinya...
Zameera melangkah masuk pintu gerbang automatik syarikat Razf Holdings diiringi dengan Lucifer dan Zameer. Langkah terus diatur menuju ke pintu lif. Mereka bertiga memasuki perut lif. Butang nombor 17 ditekan Zameer.
Sebaik sahaja sampai di tingkat 17, pintu lif itu terbuka secara automatik. Mereka terus berjalan keluar dari perut lif.
"Selamat datang ke syarikat Razf Holdings, saya Saidatul selaku pembantu peribadi kepada Encik Radzif. Sila ikut saya ke bilik mesyuarat." jelas Saidatul kepada Zameera lalu matanya terarah kepada dua orang lelaki yang turut berdiri di samping wanita itu.
Saidatul memandang ke arah Lucifer dan Zameer seraya tersenyum kecil. Sayangnya, mereka berdua hanya membalas dengan wajah yang membeku dan tiada riak. Saidatul terus melangkah menuju ke bilik mesyuarat.
'Sombong, aku senyum pun tak nak balas.' getus Saidatul saat dia berpaling. Mereka berempat berjalan menuju ke bilik mesyuarat yang dinyatakan oleh Saidatul sebentar tadi.
Daun pintu ditolak lalu figura Radzif yang sedang duduk di atas kerusi menyapa retina mata mereka. Radzif terus bangkit dari duduknya menyambut kedatangan Zameera.
Kali ini, Radzif menjadi sedikit 'normal' dan serius. Wajahnya juga tenang dan yakin.
"Welcome and good morning to you guys. Come have a seat." ujar Radzif. Zameera, Zameer dan Lucifer mengambil tempat berhadapan dengan Radzif. Saidatul melabuh punggung bersebelahan dengan Radzif.
Buku nota diletakkan di atas meja lalu komputer riba yang sememangnya sudah sedia ada di atas meja itu dihidupkan.
"Memandangkan ini adalah meeting kedua kita, pasti Cik Zameera sudah sedia maklum tentang perancangan serta prosedur kami dalam menjalankan sesuatu tugas atau projek," Radzif berjeda. Zameera hanya mengangguk perlahan tanda mengerti.
Rasa kagum melihat keyakinan Radzif ketika menjalankan tugas sebagai seorang CEO syarikat. Sungguh petah dan lancar percakapannya.
"Harap kita boleh teruskan meeting kita?" soal Radzif. Matanya memandang wajah Zameera, Zameer dan seorang lelaki yang dia tidak tahu asal usulnya.
Zameera mengangguk yakin bagi memberi ruang untuk Radzif meneruskan perbincangan pada hari ini.
"Okay, Saidatul?" mata dialih memandang Saidatul disebelahnya. Saidatul mengangguk faham lalu dia menyambungkan skrin projector ke komputer riba. Lakaran yang diukir oleh salah seorang arkitek di dalam syarikatnya dibentang di skrin putih projector tersebut.
Radzif terus bangun dari duduknya mendekati skrin putih yang tergantung di dinding tersebut.
"Jadi, ini adalah idea lakaran pertama kami untuk bangunan yang bakal dibina di Italy. Keluasan bangunan ini adalah **** dan lebar ****. Tingkat di bangunan ini pula adalah sebanyak ** tingkat," pandangan dialih memandang Zameera. Ingin melihat respon Zameera.
Pandangan dialih ke arah skrin putih kembali.
"Lakaran idea ini direka oleh salah seorang arkitek terbaik kami di dalam syarikat ini. Rekaan yang unik dan kemas direka dengan penuh kesungguhannya." sambung Radzif lagi. Zameera menoleh memandang Zameer dan Lucifer.
Zameer mendekatkan wajahnya ke telinga Zameera lalu berbisik perlahan.
"Kau mengumpat aku ke Zam?" soal Radzif. Zameer terus memandang Radzif dengan mata yang sedikit membulat.
"M-Mana ada kau ni." jelas Zameer. Bibirnya dijuih kecil.
'Macam mana dia tahu ni? Bela saka ke?' getus Zameer lalu dia menikus memandang tapak tangannya. Pandangannya beralih memandang Saidatul dihadapannya.
Mata mereka bertaut seketika lalu Zameer terus mengalihkan pandangan ke arah skrin putih.
Saidatul juga turut mengalihkan pandangan ke arah skrin komputer riba kembali. Bawah bibir digigit kecil. Malu dia rasakan ketika ini apabila matanya bertaut dengan mata Zameer.
Mesyuarat diteruskan dengan lakaran idea yang seterusnya dan ianya berlangsung selama 1 jam 15 minit. Tepat jam 12 tengahari, mereka mula bersurai.
"Saidatul," panggil Radzif. Saidatul yang sedang mengemas meja mesyuarat itu terus menoleh memandang Radzif.
"Ya bos?" soal Saidatul kembali. Radzif yang sedang leka dengan telefon pintarnya itu dipandang.
"Aku tak masuk office lepas ni, apa-apahal call je." ujar Radzif lalu dia terus berjalan menuju ke pintu keluar bilik mesyuarat tersebut. Saidatul hanya mampu memandang sepi.
"Macam tu je?" gumam Saidatul lalu dia menjeling ke arah pintu yang sudah ditutup rapat oleh Radzif.
"Mentang-mentanglah aku PA dia, dia boleh buat macam aku ni kuli batak dia lah? Nasib baik kau bos kalau tak dah lama aku blah dari sini." bebel Saidatul seorang diri.
Meja itu dikemas sedikit lalu kerusi dimasukkan ke dalam meja. Komputer riba dan buku nota diusung olehnya. Langkah diatur keluar dari bilik mesyuarat menuju ke meja kerjanya.
"Hi Sai!" sapa Syasha ceria. Saidatul hanya menjeling sekilas. Malas hendak melayan.
"Kau perasan tak tadi client baru kita tu? Aku tengok tadi ada dua orang lelaki handsome dengan seorang perempuan masuk bilik meeting tadi. Mesti kau dapat jumpa diorang kan?" jelas Syasha panjang berjela.
"Hm...," gumam Saidatul malas.
"Wah! Handsome tak lelaki-lelaki tu?" soal Syasha teruja. Saidatul mengeluh perlahan. Wajah Syasha dipandang dingin.
"Kau..., kalau satu hari tak ganggu aku tak boleh ke?" soal Saidatul tegas. Perlahan-lahan senyuman Syasha mati.
"Aku..., cuma nak berkawan dengan kau je," jelas Syasha perlahan. Saidatul mengguling anak matanya ke atas.
"Hei, aku tak kisahlah kalau aku tak ada kawan sekali pun. Semua tu nanti memang akan tinggalkan aku satu hari nanti. Dah lah, berhambus sana!" halau Saidatul kasar. Syasha hanya mampu pasrah lalu berjalan meninggalkan Saidatul.
"Semak!" keluh Saidatul geram. Pandangan dialih memandang ke arah skrin komputer ribanya.
Sedar tak sedar, masa berlalu dengan pantas. Jam sudah menunjukkan pukul 8 malam.
"Sai," panggil Syasha namun Saidatul hanya menghiraukan dirinya.
"Kau..., tak nak balik ke?" soal Syasha. Saidatul terus memandang Syasha tajam.
"Kau balik je boleh tak?" soal Saidatul dengan suara yang sedikit ditekan.
"Tak apalah, aku balik dulu. Jangan balik lambat sangat, jaga diri." pesan Syasha lalu dia terus melangkah meninggalkan Saidatul.
Saidatul memandang Syasha dengan ekor matanya.
"Sibuk...! Tahulah aku nak jaga diri! Macamlah aku ni budak kecil!" gumam Saidatul perlahan. Jarinya laju menekan papan kekunci.
Tiba-tiba perutnya berbunyi. Saidatul menekan perutnya perlahan. Baru dia sedar, yang dia belum menjamah apa-apa makanan selepas sahaja mesyuarat itu bersurai. Dek kerana terlalu sibuk dengan kerja, sehingga lupa untuk makan.
Saidatul terus mematikan komputer riba itu lalu mejanya dikemas sedikit. Beg tangan di atas meja dicapai, kerusi dimasukkan ke dalam meja. Langkah diatur menuju ke pintu lif.
Sampai sahaja di lobi, Saidatul terus melangkah keluar dari bangunan tersebut. Di saat dia berjalan menuju ke tempat dimana dia memarkirkan kenderaannya, dapat dia rasakan dia diekori oleh seseorang. Pantas dia menoleh ke belakang.
Tiada tanda-tanda seperti dia diekori. Saidatul melajukan langkahnya. Dengan tergopoh-gapah, tangan menyeluk ke dalam beg tangan mencari kunci kereta.
Baru sahaja dia ingin menekan butang lock kunci kereta itu, mulut dan hidungnya ditekup oleh seseorang dari belakang menggunakan kain. Saidatul terus bergelut meminta dia dilepaskan namun hidungnya terhidu satu bauan aneh dari kain yang menekup hidung dan mulutnya.
Pergelutan itu menjadi semakin perlahan dan lemah kemudian Saidatul terus tidak sedarkan diri.
YOU ARE READING
Bodyguard's Girl : Reunited
Action(Beautiful cover by @rinfrhnaaaa) Di sini, adalah kisah disebalik watak-watak yang ada. 'HUTANG DARAH, DIBAYAR DARAH.' Second version of Bodyguard's Girl. Start : 15/7/2021 End : ⚠️PLEASE, READ THE FIRST STORY THEN YOU WILL UND...