Lina berkerut kening. Sesekali matanya melilau memandang sekeliling jalan raya tersebut.
"Macam familiar je jalan ni?" gumamnya sendiri. Pacuan empat roda terus dipandu menuju ke lokasi yang telah diberikan oleh Zameera.
Dapat dia lihat, sebuah gerbang besar persis istana. Kereta dipandu mendekati gerbang itu lalu dia memberhentikan kenderaannya. Tidak sampai sesaat, pintu gerbang itu terbuka dengan sendirinya. Lina terdiam sejenak.
Setelah pintu gerbang itu terbuka luas, Lina tanpa menunggu masa terus menekan pedal minyak mini cooper miliknya. Dipandu keretanya itu masuk ke dalam perkarangan ruang tersebut. Terjatuh rahang Lina apabila matanya dihiasi dengan pelbagai kereta berjenama. Tidak tumpah saingnya juga dengan dekorasi halaman ruang tersebut. Sangat mewah!
Lina memarkirkan keretanya lalu kereta enjin dimatikan. Dipandang pintu masuk yang tertutup rapat itu sejenak.
Lina mengetuk stereng kereta.
"Macam tak ada orang je." omel Lina perlahan. Dia mengangkat kedua bahunya lalu terus keluar dari perut kereta. Baju dibetulkan seketika sebelum dia mengorak langkah ke pintu. Belum sempat tangannya mengetuk pintu, ia sudah dibuka dari dalam.
Wajah seorang jejaka berkacukan menghiasi mata Lina. Lina memandang wajah lelaki itu lalu turun ke bawah. Badan yang sasa, tubuh yang tegap dan bentuk tubuh yang cantik itu ditilik Lina atas bawah. Matanya kembali memandang wajah jejaka dihadapannya. Anak mata berwarna hijau lumut itu ditenung lama.
"Yes?" soal Nicole apabila wanita dihadapannya ini diam tidak berkutik.
Lina berdehem kecil apabila jejaka segak ini mula bersuara. Suara serak-serak basah dan garau itu membuatkan Lina gugup. Gatal perempuan ni.
"I datang ni nak jumpa Zameera, is she here?" soal Lina lembut. Wajah dimaniskan Lina seraya senyum senget. Alang-alang menyeluk pekasam, biarlah sampai ke pangkal lengan, ye dak?
Nicole menayangkan riak tidak berperasaan itu membuatkan Lina terkebil-kebil. Janggal pula dia rasa.
"Yeah she's here. Come on in, I'll call her for you." jelas Nicole tanpa nada. Perlahan-lahan senyum Lina mati. Tubuh jejaka yang sudah berjalan meninggalkan dia di luar itu dipandang dengan mata yang dipincing kecil. Tanpa berlengah, Lina mengikuti langkah Nicole. Sesekali matanya melilau memandang perkarangan ruang. Lina mencebik.
'Not bad.' getus Lina.
Langkah terhenti apabila jejaka dihadapannya berhenti secara tiba-tiba. Dijengah kepalanya ke tepi, mencari punca mengapa jejaka ini berhenti melangkah.
Nicole menolak daun pintu lalu dia berpaling menghadap wanita dibelakangnya.
"She'll be here in a few minutes, you can wait in here." ujar Nicole.
Lina yang faham itu hanya menuruti tanpa membantah. Kaki diatur ke arah sofa yang disediakan lalu dia melabuhkan punggungnya. Kaki disilang seraya memerhati keadaan ruang.
Ruang yang sangat besar namun minimalis. Hanya mempunyai beberapa buah kerusi dan meja di tengah. Dapat dia lihat ada satu lagi pintu yang tertutup rapat di penjuru ruang. Lina menarik nafas dengan payah.
Dapat dia rasakan satu perasaan seram di dalam ruang ini. Lampu yang sayup dan malap itu menambahkan lagi suasana suram ruang tersebut. Air liur ditelan kesat.
"Tak sediakan tetamu air ke?" soal Lina bengang. Dia menjilat bawah bibirnya yang mula kering akibat kesejukan mula menghurung dirinya. Hujung baju dikuis kecil.
Radzif yang dari tadi membuntuti langkah Zameera itu berkerut kecil.
"Miss," sapa Nicole sebaik sahaja Zameera dan Radzif keluar dari perut lif. Zameera hanya mengangguk lalu dia meneruskan langkahnya. Pintu yang tertutup rapat itu dikuak Zameera.
YOU ARE READING
Bodyguard's Girl : Reunited
Aksi(Beautiful cover by @rinfrhnaaaa) Di sini, adalah kisah disebalik watak-watak yang ada. 'HUTANG DARAH, DIBAYAR DARAH.' Second version of Bodyguard's Girl. Start : 15/7/2021 End : ⚠️PLEASE, READ THE FIRST STORY THEN YOU WILL UND...