Mata Iqram melilau mencari sosok tubuh seseorang. Tidak terlepas sesaat pun matanya dari terus menatap pintu keluar dan masuk cafe.
Jam di tangan dikerling seketika.
Secawan kopi putih di atas meja itu diteguk perlahan. Keluhan kecil dilepaskan.
Resah,
gusar,
serba salah.
Itu yang dirasakan olehnya ketika ini.
Pertemuan yang tidak dirancang terlebih dahulu. Entah bagaimanalah reaksi Radzif lebih-lebih lagi crush nya, Zameera.
Seketika kemudian, bahunya ditepuk perlahan membuatkan dia tersentak kecil.
Kepala terus menoleh memandang gerangan yang menepuk bahunya. Kelihatan wajah Radzif yang sedang tersenyum kecil memandangnya, manakala Zameera berwajah beku seperti selalu.
"Lama tunggu?" soal Radzif. Kerusi di sebelah Iqram itu ditarik lalu punggung dihenyak perlahan. Zameera melabuhkan punggungnya di kerusi yang menghadap mereka berdua.
"Eh, tak..., tak adalah lama sangat. Nak dekat setengah jam je." jelas Iqram. Zameera hanya tersenyum senget.
"Ada apa kau nak jumpa kitaorang ni? Macam urgent je aku baca chat kau." soal Radzif. Iqram tersenyum kelat.
"Err..., k-kauorang order lah dulu." ujar Iqram gugup. Zameera yang perasan akan perilaku Iqram itu mula musykil.
Radzif tanpa banyak bicara terus memanggil seorang pelayan yang sedang bertugas di bahagian kaunter untuk mengambil pesanan mereka.
"Dah, kitaorang dah order. Now bagitahu, ada apa hal ni?" soal Radzif tidak sabar. Dari tadi lagi dia menanyakan soalan sama, namun Iqram seakan mahu melengahkan masa.
Seperti, menantikan seseorang.
Matanya tidak henti melilau mencari kelibat seseorang.
"Err...,"
"Ehem!"
Terbantut perbualan Iqram apabila deheman seseorang mencelah. Mereka bertiga terus menoleh ke arah deheman suara tersebut.
Radzif terus bangkit dari duduknya, memandang wajah manusia di hadapannya ini dengan riak wajah bungkam.
Zameera memandang manusia ini tajam lalu pandangan dialih memandang Iqram semula. Iqram tidak berani untuk membalas pandangan maut milik Zameera.
Zameera tertawa sinis lalu dahi pelipis diurut perlahan.
"Lama tunggu I?" soal Lina.
Masih ingatkah anda kepada Lina?
"Tak apalah bro, aku balik dulu. Jom, Meera." ujar Radzif lalu dia berura-ura mahu menarik tangan Zameera yang masih lagi duduk santai di atas kerusi.
Belum sempat tangan menyentuh kulit Zameera, Lina sudah menahan.
"Wait, you need an explanation." ujar Lina.
"Pftt... cliche nak mampus." gumam Zameera perlahan.
"Euw! Don't touch me! We haram you know haram?" soal Radzif penuh nada sinis. Kulitnya yang masih disentuh Lina itu ditepis kasar.
"Hand stabilisation mana hand stabilisation? Kau ada hand stabilisation tak?" soal Radzif kepada Iqram. Iqram berkerut kening. Pe jadah hand stabilisation?
"Ehem!" Zameera berdehem kuat. Tangan diseluk kedalam poket jacket leather nya lalu sebotol hand sanitizer kecil dikeluarkan lalu dicampak kepada Radzif.
YOU ARE READING
Bodyguard's Girl : Reunited
Action(Beautiful cover by @rinfrhnaaaa) Di sini, adalah kisah disebalik watak-watak yang ada. 'HUTANG DARAH, DIBAYAR DARAH.' Second version of Bodyguard's Girl. Start : 15/7/2021 End : ⚠️PLEASE, READ THE FIRST STORY THEN YOU WILL UND...