Adrian terus melangkah keluar dari control centre menuju ke bilik pejabat Radzif.
Lucifer dan Radzif hanya memerhati sosok Adrian yang semakin hilang.
"Ada orang hack cctv company kau." jelas Lucifer lalu dia juga turut melangkah keluar dari control centre.
"S-sorry boss, s-saya leka." pinta pekerja itu. Radzif hanya menepuk bahu lelaki itu perlahan.
"It's okay, it's not your fault." ujar Radzif lalu dia melangkah keluar.
"Syasha, nampak Saidatul?" sapa Radzif apabila dia melihat Syasha berdiri kaku di tengah-tengah pintu masuk pejabatnya. Lucifer yang sedang berdiri bersebelahan dengan Radzif itu hanya membatu.
Mata Syasha teralih ke arah Lucifer sekilas lalu dia memandang wajah Radzif kembali.
"D-dia baru je pergi tadi, dia kata dia berhenti kerja." jelas Syasha. Radzif terus berpaling ke arah berlainan seraya menggeleng perlahan. Gigi diketap kuat, rahangnya mula bergerak-gerak. Mata dipejam sesaat. Cuba menahan diri dari menghamburkan kemarahan.
"Tak ada." celah Adrian yang baru sahaja keluar dari bilik pejabat milik Radzif. Lucifer mengangguk faham.
Syasha memandang wajah 3 jejaka dihadapannya silih ganti.
"Awak kemas barang awak semua, letak dekat meja PA. Mulai hari ini, awak dilantik sebagai PA saya." arah Radzif kepada Syasha lalu dia terus melangkah ke pintu lif. Butang lif ditekan. Adrian juga turut melangkah meninggalkan Lucifer dan Syasha.
"Congratulations Syasha." puji Lucifer seraya tersenyum manis. Syasha tersipu malu seraya mengangguk sekilas. Ucapan terima kasih diucapkan perlahan.
Lucifer mula melangkah mendekati lif. Di saat dia ingin melangkah masuk ke dalam perut lif, Lucifer menoleh memandang Syasha sekilas lalu kaca mata hitam diturunkan sedikit. Mata dikenyitkan kepada Syasha sebelum dia melangkah masuk ke dalam perut lif.
Muka Syasha semakin membahang. Wajahnya pula sudah memerah bak padma.
Bayang Lucifer yang sudah hilang dari hadapan pintu lif itu masih kelihatan jelas di matanya.
"Aku dah boleh kahwin."
-----------------------------------------------------------------
Saidatul memandu laju membelah jalan raya. Matanya dari tadi tidak henti mengerling ke arah cermin pandang belakang kereta. Jiwanya semakin gusar dan gelisah.
Kereta dipandu masuk ke dalam sebuah villa. Selesai memarkirkan keretanya, tanpa menunggu masa Saidatul berlari anak mendekati pintu utama. Loceng ditekan.
Seketika kemudian, pintu dibuka dari dalam. Seorang lelaki bertubuh kekar menghiasi kornea mata milik Saidatul. Mukanya bengis dan menyeramkan.
Saidatul meneguk air liurnya.
Lelaki itu mengarah Saidatul masuk ke dalam dengan hanya lirikan matanya. Tanpa bicara, Saidatul melangkah masuk ke dalam.
Langkah diatur ke satu ruang yang terletak dibahagian bawah villa. Mata Saidatul melilau ke sekeliling ruang.
Langkahnya terhenti apabila lelaki bertubuh kekar yang berada di hadapannya berpaling ke arahnya.
Daun pintu dikuak lalu lelaki itu mengarahkan Saidatul masuk ke dalam. Saidatul tertunduk menikus saat lelaki itu memandang tajam ke arahnya. Kaki diatur melepasi lelaki itu.
Sebaik sahaja Saidatul melangkah masuk, pintu terus tertutup. Dengan pantas Saidatul berpaling ke belakang dengan mata yang meluas.
"Kau tak perlu takut."
YOU ARE READING
Bodyguard's Girl : Reunited
Action(Beautiful cover by @rinfrhnaaaa) Di sini, adalah kisah disebalik watak-watak yang ada. 'HUTANG DARAH, DIBAYAR DARAH.' Second version of Bodyguard's Girl. Start : 15/7/2021 End : ⚠️PLEASE, READ THE FIRST STORY THEN YOU WILL UND...